25 May 2016

Terkorban 2 gelas corelle mama..

Assalamualaikum..

Kalau kat rumah korang kat mana eh simpan pinggan, mangkuk, gelas, cawan kaca serta lain-lain yang seangkatan dengannya..?

Kat rumah ni, saya simpan kat kabinet bahagian bawah. Tak berapa percaya nak letak kat kabinet belah atas.. berat teramat nanti roboh. Walaupun supplier kitchen cabinet aritu dah bagitahu kayu yang digunakan boleh menampung berat.


Pilihan handle yang kami pilih pun jenis budak-budak susah nak buka. Handle tersorok ke dalam. Elyass memang tak reti nak buka walaupun tekun dia berusaha. Sehingga la 18/05/2016 (Rabu minggu lepas) berlaku kejadian yang sukar nak digambarkan.. Tak tahu mama nak senyum ke mama nak menangis ke.

Tengah duk basuh pinggan mangkuk kat singki, tetiba bunyi kaca jatuh berderai ke lantai. Berderau darah..sebab rasa bunyi kat tepi telinga aje. Pandang ke bawah, Elyass tengah berdiri di depan  kabinet yang terbuka, dengan kaca-kaca gelas berteraburan di sekeliling dia.


Allahurabbi.. senyap-senyap dia buat aktiviti.

Terus angkat Elyass yang tengah terkejut masa tu, jauhkan dari kaca-kaca berteraburan.

Tak tahu nak marah ke nak nangis ke.. Tapi mulut membebel la juga, macam la Elyass boleh faham.. :) Selama ni tak reti nak buka kabinet dapur.. usia 1 tahun 9 bulan cubaan Elyass akhirnya berjaya dan mengorbankan 2 biji gelas corelle mama..

Takpe la gelas boleh dibeli ganti.. keselamatan anak lebih penting dari segala-galanya..

Alhamdulillah takde kemalangan jiwa...ceehhhh.. macam berita tv3 :p








4 comments:

  1. Sy mmg simpan kat kabinet atas...pinggan mangkuk jag gelas semua la...yg jarang pakai....lbh selamat...:)

    ReplyDelete
  2. Nak kene tukar atas ke eh..? Mmm...mmm..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015