Esok sudah Sabtu... Excited!!!
Hari ini, hari pembersihan secara keseluruhan satu rumah termasuklah selesaikan kain baju yang perlu di basuh, dan lipat mana yang dah kering.. Oleh kerana esok adalah hari cuti, dan saya pun bercuti juge... jadi perlu lah dipastikan keadaan rumah adalah bersih.
Cuma kerja masak memasak tetap berjalan seperti biasa. Dapur mama OPEN 24/7 :)
Dalam sukar-sukar membuat kerja sambil melayan Elyass, kena gagahkan juga lah. Waktu nap time dia, laju-laju mama settlekan apa yang patut.
Selesai semua kerja, teringat yang pensil warna abang sudah tumpul-tumpul semua.. Kesian pulak waktu buat homework, abang mengeluh pasal pensil warna dah tak elok. Minta mama sharp. Mana yang dia nak guna waktu tu sharp je la kejap tapi bukan semua.
Elok pulak Elyass tido jadi mama ngadap kejap la pensil warna abang ni.
Sampai merah-merah jari mengasah pensil warna abang. Tapi takpe laa..demi anak..
Abang kusyuk mewarna Mr. Noddy |
Sedar-sedar dak kecil dah tersengih-sengih kat belakang sambil panggil "Ama.."
Oppocot...!!! terkejut mama tauuuuu dia nihhh... :p
payah nampaknye... :p
Stress dah gayanya, bangun-bangun main mainan lah pulak......
Dah jadi mak2 ni ada hari khas nak kena asah pensil colour anak kan??? Same!..
ReplyDeleteDulu kelam kabut... sekarang terurus.. Alhamdulillah.. :)
Delete