12 May 2016

Gambar pasport terkini abang Eusoff :: Pendaftaran Sek Ren Agama 2017

Assalamualaikum..

Entry throw back.. :)

Sepetang yang sangat rushing 10/05/2016.

Berkejar jumpa customer hantar resit.. kerja dah siap berkurun sudah.. resit original belum hantar. Hari ini kena completekan juga kerja nan satu ini. Rasa bersalah sungguh kat customer. Kekangan masa sungguh walaupun saya ini WAHM sahaja.

Seterusnya mencari pejabat Pos area Taman Melawati. Meredah jalan yang sesak, memandangkan laluan jalan yang sempit. Tambah resah gelisah, mencari tak jumpa-jumpa dengan hujan lebat yang amat. Ye jumpa pejabat Pos itu, tapi.. kotak pos yang dicari sudah tiada stok. Bergegas kami ke Pos Laju Batu Caves. Alhamdulillah selesai mengepos barang customer, hadiah hari guru 16 Mei 2016. Tinggal lagi  5 hari sahaja lagi. Harus la cepat-cepat pos kan...

Selepas itu bergegas ke Sri Gombak, untuk ambil gambar berukuran pasport abang Eusoff. Perlu sertakan 2 keping gambar bersama dengan borang permohonan kemasukan ke Sek. Ren. Agama yang saya ambil tempoh hari. Borang dah lengkap semua, tinggal lagi gambar berukuran pasport 2 keping je belum ada. Alhamdulillah.. senang..senang..senang sungguh kerja nak ambil gambar pasport abang. Membantu.. siap mintak "saya nak take picture lagi..." Elyass pulah susah yang teramat sangat.. jadi cancel dulu ambil gambar Elyass. Tunggu Ogos nanti untuk gambar pasport 2 tahun.

Panjang mukaddimah.

Nak tepek gambar berukuran pasport terbaru abang Eusoff aje pun.. Harus la tepek kat sini sebab di sini lah terhimpunnya segala perkembangan tumbesaran abang Eusoff dan Elyass kan...


Mama kata rambut abang macam topi keledar.. hihih 
Rasa baru je lagi potong rambut, ni nak kene potong lagi pulak dah.. 

Abang... botak nak..??

Abang Eusoff dah pandai jawab dah... "Tak nak mama, nanti saya malu...."

Borang permohonan kemasukan ke Sek. Ren. Agama abang Eusoff, papa dah hantar pada 11/05/2016. Dengan caj pendaftaran sebanyak RM20.00. Abang Eusoff pelajar pertama yang mendaftar untuk sesi pagi 2017 (Darjah 1)..

Papa kata, "Ustazah macam garang je mama.. bimbang plak..."

Itu lah realiti yang kita, sebagai mama dan papa.. serta abang Eusoff perlu hadapi nanti.. Tak boleh nak berlemak-lemak ditatang bagai minyak yang penuh seperti di CIC dah ye...

Insya Allah... Abang Eusoff mampu hadapi..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015