05 May 2016

Bubur nasi untuk Elyass yang selesema dan batuk.

Assalamualaikum...

Khamis sudah... cepat sungguh masa seminggu ke seminggu berlalu... tinggal 33 hari sahaja lagi, menjelma lah Ramadhan... Alhamdulillah..

Elyass tak sihat balik dari kampung weekend aritu. Mungkin sebab cuaca yang tersangat panas di kampung tanpa hujan langsung. Balik ke KL hari Isnin... lebat pula hujan kat sini... perubahan cuaca panas tetiba hujan dan sejuk... dari parking nak naik ke rumah terkena lak hujan renyai-renyai.. terus berhingus dan batuk-batuk dah..

Tidur malam merengek dan tak berapa nak lena sebab hidung tersumbat dan batuk yang makin kuat dan kerap. Dengar pada bunyi batuk mesti sakit tekak dan dada dia.. Kesian anak kecik mama ni. Mujur lah abang Eusoff sihat je setakat harini. Tak tahu la kalau-kalau berjangkit juga nanti. Harapnya tidak laaa...

Harini, masakkan bubur nasi untuk Elyass. Bila bagi biskut dan roti dia eleng kepala, tak nak! Mungkin tak sedap nak makan benda tu bila tidak sihat ni. Makan bubur nasi abis satu pinggang.. dan minta tambah sikit lagi.. Kena sangat dengan selera dia agaknya.




Cepat sihat ye Elyass..... 
Tak seronok kawan mama moody je sebab tak sihat😌










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015