01 June 2016

Abang dan homework di hari cuti persekolahan

Assalamualaikum...

Selamat melangkah ke bulan June 2016!!!!!!!

Hari ke tiga cuti persekolahan... abang duduk rumah je tiga hari ni. Bukan sebab dia pujuk mama papa mendayu-dayu tak nak ke sekolah... tak..! tapi mama yang rasa kesian kat abang Eusoff.. mama ada je kat rumah tapi anak kena habiskan masa di sekolah.

Kejam sungguh mama kalau mama hantar abang ke sekolah.

Jadi, mama putuskan dua minggu cuti sekolah abang duduk rumah je la dengan mama dan Elyass.. tapi tak kan dapat la mengadap tv dan main mainan setiap masa.. Yang paling penting homework yang banyak tu..perlu disiapkan tambah ada la sikit kertas kerja yang mama buatkan untuk abang dan Elyass untuk dorang sama-sama buat sempena cuti persekolahan dua minggu ni. Insya Allah. Bacaan Al-Quran bersama mama atau papa berjalan seperti biasa seperti hari persekolahan juga.

Breakfast mereka pagi ni.. nasi putih ayam masak merah.. Adik lebih pada main-main je nasi tu sebab perut dah kenyang makan biskut mery 6 keping. Menu sama juga la untuk lunch pun.. :).. mereka ok je..


Hari ini siapkan homework Iqra'. Empat pages semuanya. Kena menulis jawi. Abang Eusoff tak confident dengan tulis dia.. buruk sangat katanya.. Tulis padam..tulis padam.. tulis padam sudahnya mintak tolong mama pegangkan tangan dia dan sama-sama tulis. awalnya tolong kan je.. tapi bila masuk page ke dua.. cakap elok-elok dengan dia.... "nanti abang kat sekolah mama takde nak tolong pegang tangan abang. Jadi abang kena cuba juga tulis sendiri. Biarlah buruk pun.. yang penting abang cuba tulis.. cuba..dan cuba.. lama-lama pasti abang akan pandai tulis jawi".

Termakan agaknya dengan nasihat mama, tiga pages seterusnya dia buat sendiri. Ok la.. walaupun memang teruk, tapi dia ada kesungguhan nak buat sendiri selepas mama membebel panjang tadi.. :p

Waktu dia tulis tu, puji-puji je sentiasa.. kata yang tulisan dia dah makin ok..lepas dia dah tulis banyak-banyak tu.....

"Mama seronok sangat sebab tulisan abang makin elok la...!! hip..hip..horayyyy!!!" sambil pompom boy si Elyass tepuk tangan bagi support sama kat abang.

Meleret abang senyum.. sampai siap homework Iqra' dia. :)

Tekun menulis..

Ok la kan.... Insya Allah tahun 1 nanti harapnya ada improvement

Pompom boy abang... si pengacau setia abang.. penyeri hidup abang juga :)

*Hari ke dua cuti sekolah abang semalam dah siapkan separuh homework Bahasa Melayu.. Tinggal lagi separuh yang perlu disiapkan.








5 comments:

  1. rapat btul ellyas & eusoff ye.. eusoff x usik adik dia ke? yg kat umah ni si abg (5y) dah mula gemar menyakat si adik (1y 6m). kadang mmg saja je ditolak adik smpai jatuh. gerammm rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni abang Eusoff dengan adik baik. Cuma ada ketika bergaduh juga berebutkan mainan.. cuma abang Eusoff akan lebih beralah dengan adik.. agaknya sebab dari kecil dah ajar sayangkan adik..beralah dengan adik.. tu yang dia jadi macam tu..

      Mainan dia kalau adik rosakkan.. dia tak marah sangat.. dia akan kata "takpe mama... takpe.. takpe.."

      Macam tu la..

      Biasa la tu..anak-anak kecil x leh lari dari bergaduh.. insya Allah besar nanti akan ok..
      Sama-sama kita doakan ye..?

      Delete
  2. Arissa pon mengalah ngan adik nya...tp..kadang2 kesian kat kakak arissa ni...adiknya selalu nyakat dia...bkn setakat nyakat la...suka kacau kakaknya...ada je mende tak kena..asal kakaknya main..mainan tu dan dan jugak si adik nak...mkn pon sama...padahal yg duq punya dah ada...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly sama Jaja.. :)

      Kesian abang ngan kakak kan..?
      Semoga dorang membesar sayangkan adik-adik harapnya..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015