20 June 2016

Juadah berbuka :: minggu kedua Ramadhan 1437H

Assalamualaikum..

Berlalu sudah minggu kedua Ramadhan.. menjadikan hari berpuasa telah pun berjumlah 15 hari termasuk hari ini. Sayu rasa hati sekejap sahaja setengah bulan telah berlalu pergi..

Alangkah bestnya jika setiap bulan pun adalah bulan Ramadhan..

Kali ini update menu berbuka di sini untuk minggu kedua. Masih lagi bertahan untuk memasak untuk suami dan anak-anak di Ramadhan ini, Alhamdulillah.






Berpuasa hari ke 12 Ramadhan... masak-masak untuk dibawa berbuka bersama-sama kawan-kawan. Masing-masing bawa sedikit makanan/kuih muih untuk berbuka. Sebab tu lauk semua pun dalam bekas duduknya...

Alhamdulillah... di Ramadhan ini, bersama-sama menjayakan ziarah Ramadhan ke rumah kawan yang diuji sakit oleh Allah. Sesungguhnya berat sungguh dugaan yang Allah berikan padanya. Berat mata yang memandang, berat lagi bahunya yang memikul. Semoga Allah berikan kesembuhan padamu sahabat. Amin, Amin..Ya Rabbal Alamin..



Puasa hari ke 13, kami balik kampung Raub, berbuka bersama atok dan pok de, Eusoff..Eyass. Sebelum bertolak balik masakkan sedikit juadah berbuka.. sampai bandar Bentong singgah beli kuih muih untuk tambah-tambah.

Favourite en suami tentulah murtabak dan ondeh-ondeh. Bubur nasi untuk Elyass, dan ikan bakar untuk abah. Kering tekak tengok air-air kat situ, tergoda pula tengok air sanquick.. jadi beli dua plastik.. tahun lepas-lepas rasanya sebungkus RM2.00... tapi sekarang dah RM3.00 😰.. omakaiii...

Malamnya berkesempatan bawak abang Eusoff dan Elyass bertarawikh di masjid kat kampung... Alhamdulillah.. seronok rasanya bila ke masjid dan dapat berkenal-kenal dengan kawan-kawan arwah emak. Menu moreh adalah mee kari, kuih muih dan rambutan.. Sedap! 👍


Percubaan pertama memasak nasi beriani.. Bimbang tak menjadi tapi tawakkal sahaja. Ikut elok-elok resepi.. Alhamdulillah menjadi je. En suami kata sedap.. yeayyy..!

Ayam masak merah digantikan dengan ayam gulai.. berturut-turut makan ayam masak merah muak pulak nanti.


Berlalu dua minggu Ramadhan.. sayu rasa hati..


😢






5 comments:

  1. rajinnya diana ni.. jeles nengok. seronok kan dpt nengok suami & anak2 mkn masakan kita. walaupun dpt moment tu time wiken je. jadi laaa.. kan.. =)

    ReplyDelete
  2. Takde la rajin mana..... tapi bila mengenangkan makanan beli sangat mahal..dengan rasa tak menepati selera.. masak la pilihan yang terbaik..

    Alhamdulillah... khadijah.. walaupun weekend je sempat masak untuk anak2 dan suami je pun.. tetap diorang merasa air tangan isteri/ibu juga kannnn...... 😊

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. rajinnya masak tapi tak mengapa..air tangan isteri pengikat kasih sayang suami tu tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... masak apa yang termampu je.. nak gempak-gempak tak reti sangat pun..

      Insy Allah.. semoga suami dan anak-anak bertambah sayang... aminnnn...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015