16 June 2016

Mama bertukor ijaoo....

Assalamualaikum....

Lama dah mama tak berukar ijaoo pasal "satu perkara" ni.. last time dulu tika abang Eusoff umur 1 tahun 6 bulan... haaaa cerita itu ada sini... meh mengimbau memori..

Nanak mahu asah bakat kasi tajam... hehe

Malam tadi mende yang paling ditakuti Elyass akan buat saat-saat dia membesar ni.. terjadi jua akhirnya.. lama dah berjaga-jaga..berpesan-pesan pada papa dan abang Eusoff.. mata tak pernah lepas pandang tika memberi Elyass memegang "menda alah" tu.. (sentiasa bawah kawalan) akhirnya depan mama, papa dan abang... dia mencurahkan hasil seni di wallpaper bilik tidur mama papa dengan rakus sekali tanpa mama, papa dan abang perasan pun. 😣

Waktu tu mama tengah memerhati abang membuat homework, papa pulak tengah bercakap di telefon. Biasanya kalau abang nak buat homework.. saat itu juga Elyass pasti nak pensil dan buku juga. Memang selalunya bagi je... tapi sentiasa berjaga-jaga dan berpesan-pesan kat mana je dia boleh conteng.

Tapi malam semalam... Elyass diluar kawalan mata-mata kami... dan dia menulis bukan di tempat sepatutnya..


Mama bertukar ijaoo tika dan saat tu.

Sempat babab tangan dia sedas dua.. sambil mulut mama berleter-leter dah.. mmmmm... nangis teresak-esak dia disitu sambil pandang mama sepertinya muka meminta ampun.


Mujur la pensil... gigih mama padam dengan pemadam dengan sangat berhati-hati... tak nak ada kesan cela di wallpaper tu..


Kesian plak kena babab tangan.. tapi patut rasanya beri sedikit pengajaran.. arap lepas-lepas ni dia beringat bila pegang pensil.

Abang Eusoff sangat behave pasal conteng-conteng dinding. Pernah sekali dia buat seperti di entry atas nun, abang pun kena babab tangan dengan mama.. macam Elyass kena.. lepas tu tak de dah.. Alhamdulillah. Dia belajar dari pengajaran yang dia dapat.. 

Harap Elyass ni pun sama.. Harap ini pertama dan terakhir ye nak...

Mama tak suka nak bertukar ijaoo nih.
Mama tak nak "marah" mama meninggalkan "cela" dihati anak-anak mama.... mmmmmm...

Maafkan mama ye abang Eusoff dan Elyass.

*Ijaoo - ijaoo pun sempat mintak papa cepat-cepat ambil telefon nak ambil gambar untuk kenang-kenangan..hihi.. takde la ijaoo mana pun sebenarnyaaaa.... masih under control..hehhe ☺








6 comments:

  1. alololooo...cian Elyass.. meh kat acik sini mehh. kita jgn kawan ngan mama.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian.. tp tetap kena ajar cikit... hihi.. nanti besar baca balik citer mama ni mesti dia gelak..hhahahha

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Sama la ngan anak jaja...ni ada entry terperap pasal conteng dinding...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok.... sambung buat entry tu Jaja.. kenangan niiii...😄

      Delete
  3. Kesian pulak tengok dia nangis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015