Assalamualaikum...
Lama tak buat entry pasal cerita makan-makan Elyass..
Hari ni abang Eusoff ke sekolah dan papa ke office.. lepas sahur, terlena pula mama dengan Elyass, gara-gara stayback buat kerja-kerja design.. Jadi pagi tadi En.papa je uruskan abang ke sekolah.
Bangun-bangun tadi.. Elyass dah tarik-tarik baju dia.. itu tandanya minta nak mandi. Lepas mandi siap-siap pakai baju segala, tunjuk-tunjuk ke dapur.. itu tandanya minta nak makan.... Kalau nak minum je dia biasanya akan sebut "a'ann" sambil tangan tunjuk ke dapur.
Balance ayam masak merah semalam memang siap-siap simpan untuk Elyass seketul... dan buat scrambled egg sikit..
Sekarang.. Elyass makin tak suka makan nasi. 2-3 minggu ni nampak sangat dia seperti menolak nasi... kalau suap... dia muntahkan balik.. cuma pilih makan ayam/telur yang digaul dengan nasi tu je..
Mengikut mama ke..😮??
Saya tak makan nasi.. start 2008 - 2016.. 9 tahun dah..
Mungkin kot..
Abang Eusoff 100% copy papa... hidup tak lengkap tanpa NASI. Makanan lain dia tak makan. Kalau makan pun sesuap dua je.. exactly mengikut papa..
Kemas-kemas bilik ke-3 awal puasa aritu.. terjumpa tray ikea ni. Lama dah beli untuk Eusoff guna waktu kecil-kecil dulu.. berpindah aritu susun celah-celah almari... dah terlupa..
Kebaikan guna tray ini... kurang sikit kerja mengelap menyapu lantai... nasi/air tumpah atas tray tu je.. siap makan angkat pergi singki dan basuh je tray tu..
Baju Elyass pun kurang kotor dah berbanding sebelum..
-Kalau makan tak duduk diam.. mesti kotor/basah baju, nasi air bersepah di lantai juga pun..... biasanya kalau anak-anak makan saya perati dan terus cakap "makan elok-elok..makan elok-elok.."
Harap bila dah sentiasa ajar gini..anak-anak behave sampai besar.. Insya Allah...
-Saya sekadar berikhtiar-
Tak mkn nasi??? Nape??.. jaja ni dlm sari wajib kena jumpa nasi..kalau x boleh jd gigil seluruh bdn....perut melayu sgt kan???
ReplyDeleteAwal2 dulu sebab nak kurus Jaja... lama-lama dah terbiasa dah rasa tak boh doh.....
Delete