29 June 2016

Rindu pelita, bunga api dan mercun.

Assalamualaikum...

Waktu saya sebaya abang Eusoff dulu ni, tengah riang ria bermain bunga api mercun gasing, mercun lebah, mercun das.. dan ada la beberapa jenis lagi yang best dulu-dulu. Yang mampu beli sendiri bunga api je... yang lain-lain tu menumpang jiran-jiran main.

15 hari lagi nak raya, dah mula pasang pelita sekeliling rumah.. kawasan rumah terang berderang disimbahi cahaya pelita. Main kejar-kejar sambil pegang  bunga api kat tangan.. mengekek-ngekek gelak sampai mengah-mengah, berpeluh-peluh.

Paling best bila waktu yang sama juga, bunyi mercun di mana-mana.. macam berlawan-lawan bunyi mercun siapa paling kuat. Padahal bukan la duk setempat masing-masing.. group sini rumah lain.. group sana jauhhhh kat rumah lain.. Kami yang rumah lain ni pun.. tumpang bersorak horayy!! horayy!! bila dapat bunyi mercun yang palingggg kuat.

Macam pesta tau... lebih-lebih lagi dalam seminggu sebelum raya ni... mmm... rindu!

Bila esok dah confirm raya lepas tengok pengumuman raya kat tv.... pakat berlari keliling rumah jerit "esok raya, yeayy!! esok raya, yeayy!!" 

Abang Eusoff dan Elyass...?

Tak merasa semua tu...

Abang Eusoff dari kecil pun kami tak perkenalkan semua benda ni... kalau balik kampung sepupu-sepupu main.. dia menyorok dalam rumah.. takut katanya..

Kesian kan.. tak merasa keseronokan sepertimana mama dan papa rasa zaman kecil dulu..

Bukan tak nak bagi main... tp mendengar macam-macam kejadian yang tak diingini akibat bermain mercun ni.... takpe la tak beri anak-anak main pun.... (walaupun kesian)

Untuk tahun ini, bagi memberi "rasa keseronokan" dua beradik ni menyambut Syawal.. papa pasangkan........



Cukup lah... bukan anak-anak je teruja seronok.. mama papa pun teruja tauuu...

Wahhh dah datang dah rasa nak raya!! Datang dahhh...datang dahhh... hihi

Selamat hari raya!!!!! 😄😄




10 comments:

  1. Wow psg lampu liplap, mmg fefeeling nk raya dh ni..
    Salam perkenalan..
    Selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga untuk
      Tautan Hati NabilaHasyim..
      Terima kasih sudi singgah..

      Selamat Hari Raya Aidilfitri..:)

      Delete
  2. Wahhh..dsh psg lampu lip lappp...
    Memang terasa nk raya..

    ReplyDelete
  3. Wahhh..dsh psg lampu lip lappp...
    Memang terasa nk raya..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya diana..raya mana thn ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaja.. saya raya Ganu sampai raya ke-3 insya Allah.. pastu balik Pahang.. :)

      Jom jumpe..jom..jom..jom..!

      Delete
  5. alololooo..mesti comey muka diorg time menyorok takut tu kan.. rumah kita pun dah pasang jugak. gigih asben pasang kat luar rumah. besok nak buat entry lampu liplap jugak ah. hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka kelakar ada laa...hihihhihihi Buat gelak di sepupu-sepupu je Eusoff ni...

      Khadijah ada pasang juga ye... waaaaa... Pasang kat luar lagi best sebenornya.. tapi kami ni kat beranda, sidai kain baju.. jadinya pasang je la kat dalam umah..

      Kesian kannnn.... :(

      Delete
  6. setakat bunga api & mercun tu ada la anak2 aida merasa.
    kat kampung, yes. and nanti bila balik umah kami, anak2 jiran main jugak ramai2.
    meriah.
    as for pelita, x plak. sebab umah taman. takde tempat :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015