31 May 2016

Pengasuh Eusoff dan Elyass

Assalamualaikum…

Malam tadi kami menerima kunjungan dari mama, ayah, abang, kakak putri (pengasuh Eusoff dan Elyass), mak dan kakak (Jiran kepada pengasuh Elyass, tapi sangat rapat juga dengan Elyass)...

Alhamdulillah.. walaupun sudah 2 bulan tak bersua muka dengan Elyass, Elyass tetap kenal pada mereka.. dan Alhamdulillah juga, rasa sayang dan rindu mereka tetap ada pada Elyass. Gigih dari Batu Caves datang ke sini semata-mata nak berjumpa Elyass. Terharu rasa..


Abang Eusoff dah besar ni, kurang rapat dah.. Bila ditanya, dia tahu siapa yang datang tu.. tapi kurang respond bila mama dan ayah nak bergurau-gurau… dah besar, segan agaknya.

Teringat sewaktu umur Elyass dua bulan dan mama dah nak masuk kerja selepas berpantang.. 13 Oktober 2014 (Isnin), tempatkan Elyass di rumah pengasuh baru, dalam taman perumahan juga. Tujuannya nak pengasuh dekat-dekat dengan rumah.. senang bila ada hal apa-apa, atau bila papa outstation, dekat nak mengambil Elyass. Tapi tak serasi pula. Baru cukup-cukup seminggu jaga Elyass, 21 Oktober 2014 (Selasa) direjectnya si kecil ni. Katanya Elyass ada sawan tangis.. menangis je manjang.. susah dia nak buat kerja. Tapi, dia kata boleh je jaga sampai hujung bulan.. tapi mama, papa dah takde hati! Halal sahaja la bayaran penuh yang dah dibayar sebab katanya tak boleh pulangkan dah sebab sudah habis guna..


Kami redha je la.. walaupun sakit dalam hati hanya Allah saja yang tahu, sebab perjanjian dah dibuat waktu Elyass masih dalam perut mama lagi. Baru seminggu jaga, nak baby terus baik-baik..tak nangis. Secara logiknya, bagi saya tempoh itu baby masih lagi dalam proses nak serasi-serasi dengan pengasuh. Baby nangis selain dari lapar, tak selesa pampers, bermaksud dia mahukan pelukan.. dakapan.. usapan.. Lama-lama bila dah serasi, Insya Allah akan ok la. Takpe la… tak berjodoh kami nak kenal rapat dengan mereka.

Kalut kami mencari pengasuh lain. Tetiba teringatkan pengasuh Eusoff dulu. Selepas maghrib 21 Oktober 2014 (Selasa) itu juga, dalam hujan lebat, kami pergi mencari mereka. Alhamdulillah kami disambut baik.. dan mereka menerima Elyass dengan tangan yang terbuka. Esok terus hantar je.. Hati kami pun lebih tenang berbanding sewaktu hantar kepada pengasuh sebelum.


Dan suprisenya.. takde pun complain dari dia Elyass menangis teruk ataupun Elyass sawan tangis.. Katanya normal la menangis baby.. bila pujuk-pujuk..peluk.. dia selesa, tak nangis dah la..

Betapa baby tahu yang dia sangat serasi dengan pengasuh yang memang menerima baik kehadiran dia, sayang dan kasih padanya.

Alhamdulillah…sampai sudah mereka sayangkan Elyass.. walaupun dah tak menjaga Elyass dah pun. Semoga hubungan baik ini.. sampai bila-bila. Insya Allah.

Pengasuh yang sangat saya recommended! Ada yang sedang mencari pengasuh area Batu Caves/Selayang..?? Email saya ye :)

Arghhh... terthrow back kisah yang tak best.. maaf ye semua.. :)






30 May 2016

Cincin abang bertukar milik sudah..

Assalamualaikum...

Waktu abang Eusoff kecik dulu kami ada belikan 2 bentuk cincin. Satu bermata biru (umur setahun), satu bermata pink (umur dua tahun). Dua-dua bentuk cincin tu beli untuk dipakai di hari raya. Tapi abang Eusoff tak suka nak bercincin-cincin, pakai sekejap-sekejap je.. sudahnya simpan je. Lepas tu dah tak beli cincin dah untuk abang.

Cincin bermata biru, sudah selamat hilang. Elyass sempat pakai beberapa kali je waktu dia umur setahun lebih aritu.. Hilang gara-gara pakaikan kejap kat Elyass, lepastu bukak sebab dia gigit-gigit cincin tu.. bimbang terbuka dan tertelan (Nauzubillah) sudahnya tak tahu kat mana dah. Sayang sangat rasanya.. 

Sekarang cincin bermata pink dah muat kat jari Elyass. Dia suka pulak pakainya... jadi pakaikan aje lah setiap masa. Alhamdulillah dia tak cuba gigit-gigit masuk mulut, dan dia tak cuba-cuba buang pun. Elok je pakai..

Jadi.. selagi cincin itu belum ketat di jari Elyass, pakaikan aje la.




Raya nanti nak beli cincin raya untuk Elyass.. warna hijau amerald.. Baru la berseri jari jemari Elyass di hari raya...hihi

Insya Allah...






29 May 2016

Drawer pakaian anak-anak sudah roboh

Assalamualaikum..

Anak dah dua, penstoran seluar baju, tuala mandi, stokin dan macam-macam lagi alatan anak-anak sangat kalam kelibut. Sejujurnya seawal berpindah November 2015 sehingga ke hari ini, masalah kain baju belum pun selesai. Masih ada baju seluar yang jarang pakai duduknya di dalam kotak lagi, di bilik ke-3 kami.

Ada sedikit cerita pasal bilik ke-3 di sini :: Carboot sale @ AU5 Lembah Keramat

Terpanggil untuk bercerita perihal bagaimana penyimpanan kain baju anak-anak di sini, ekoran almari pakaian Eusoff dan Elyass roboh minggu lepas.. perlu ditulis memori ini.. :)

Awalnya cuma tak leh buka drawer ke-3, sebab tersangkut dengan papan tampung baju drawer ke-2 yang dah melendut teruk.. Mintak en.suami tolong angkat-angkat sementara saya cuba tarik drawer ke-3 untuk buka. Langsung roboh... 

Berpandangan saya dan suami.. sedih tiba-tiba..hihi

Sekarang drawer ke-3 tak boleh bukak langsung sebab papan tampung baju drawer ke-2 sudah jatuh sepenuhnya. Susah la nak mengambil seluar baju drawer ke-3.. hmmmm.. Drawer pertama cuma letak tower 4-5 helai je.. papan dia pun dah makin meroboh juga. hmmmmm lagi....


Drawer pertama

Drawer kedua, roboh sepenuhnya

Drawer 3 tingkat made in IKEA, lupa namanya.. belinya sudah lama dah.. masa abang Eusoff umur setahun lebih-lebih sikit. Kalau ikutkan dah sangat berbaloi pun guna, usia drawer sudah lima tahun lebih kurang. Sampai masa dan ketika rosaklah dia. Mungkin over load baju abang Eusoff dan Elyass.. Tak dapat nak menampung berat sudah.

Muat ke anak 2 dengan drawer 3 tingkat ni je..? Memang tak cukup pun... Baju sekolah dan baju melayu Eusoff dan Elyass saya sangkut je. Ada sikit baju abang Eusoff terpaksa menumpang di 2 drawer almari plastik mama. 



Serius perlu mencari penyelesaian untuk penstoran kain baju di bilik ke-3 ini. Terutamanya kain baju anak-anak.

Masuk bilik ke-3.. stress tengok drawer kain baju anak-anak rongak tengahnya. Mujur Elyass jenis tak kacau kain baju terdedah tu.. 

Dah mencari-cari idea dan sudah mengira-ngira budget di dalam poket.. tengok nanti macam mana.

Sangat kritikal dah nih.. :(





28 May 2016

Abang dapat hadiah set alat tulis Minion

Assalamualaikum....

Semalam, hari terakhir persekolahan sebelum cuti sekolah selama dua minggu... Yeayyyyyy.... Ramai dah balik kampung, cuma kami yang belum sempat nak balik kampung.

Planningnya nak hantar je abang ke sekolah seperti biasa.... Memandangkan yuran bulanan sekolah abang tetap macam biasa.. cuti sekolah ataupun tidak, dari pagi hingga la ke petang.

Planning la.. kejadiannya tengok la nanti macam mana. Sebab abang dah faham pasal cuti sekolah ni, nanti dia akan perasan ramai kawan yang tak datang ke sekolah, melainkan kawan-kawan yang satu pakej Zamrud dengan dia je yang akan ada.

Tengok la macam mana.. mungkin ada hari hantar dan ada hari tak, atau mungkin setiap hari akan hantar.. atau mungkin juga takkan hantar langsung jika abang berjaya memujuk rayu mama dan papa dia tak nak ke sekolah..

We will see..

Yang pastinya... abang perlu dijadualkan untuk menyiapkan homework dia yang sangat banyak itu. Tapi saya percaya, selagi tidak siap homework, hati Khilfi Eusoff tak akan tenang.. hihihi.. 

Semalam abang bawak balik "hadiah" dari sekolah. Katanya semua kawan-kawan dapat. Saya tak sure, sekolah yang berikan atau ada ibu bapa yang berikan.. Kadang-kadang tu banyak je abang dapat goodies bag sebab ada kawan sambut birthday katanya.

Abang sangat lah seronok dapat alat tulis Minion tu. Sekali dengan Kashfi Elyass pun seronok sekali! Berebut-rebut dengan abang Eusoff. Mujur abang mengalah je dengan adik.

Malam tadi selepas siap homework, kejadian ni.....

Set alat tulis Minion

Abang dah gantung kat tengkuk pun Elyass masih buat cubaan nak rebut.. Mencuba tangga kejayaan.. kan?

Budak kecik tu dah chop makanan dah...  Memang la budak kuat makan.. abang kurang gemar jajan..

Suka nak cuba-cuba pakai.. Kalau abang Eusoff tak pandang pun benda nih.. pelik katanya..









27 May 2016

Homework hujung minggu abang Eusoff

Assalamualaikum...

Homework abang Eusoff minggu ni banyak sangat.. bekalan untuk cuti sekolah barangkali.. :)


Abang Eusoff ok je.. cuma susah sikit, bila dia tahu dia ada homework.. sebolehnya nak siapkan malam ni jugak semua-semua tu.. kalo buat sendiri senyap-senyap ok la.. tapi nak mama papa duk sekali ngadap dia... waktu takde kerja ok je.. tapi waktu sibuk dengan kerja dan Elyass.. susah nak setia depan dia.

Mama kata malam ni, kita siapkan 1 homework dulu : Writing
Lain-lain kita sambung esok lak. Cuti sekolah kan panjang.. 

Mujur dia jawab.. "ok" tapi dengan muke ketat..😐

2 pages homework untuk Writing.. siap dah!




Buruk betul tulisan abang..hehehhe berkali-kali cakap.. tulis elok-elok..cantik-cantik... tulis pelan-pelan.. tapi macam tu juga la rupa tulisan abang..

Takpe.. makin besar nanti makin elok la harap-harapnya..

Nampak muncung mulut tu..? Dah boleh ikat ngan tali muncung tu.. 😉






25 May 2016

Terkorban 2 gelas corelle mama..

Assalamualaikum..

Kalau kat rumah korang kat mana eh simpan pinggan, mangkuk, gelas, cawan kaca serta lain-lain yang seangkatan dengannya..?

Kat rumah ni, saya simpan kat kabinet bahagian bawah. Tak berapa percaya nak letak kat kabinet belah atas.. berat teramat nanti roboh. Walaupun supplier kitchen cabinet aritu dah bagitahu kayu yang digunakan boleh menampung berat.


Pilihan handle yang kami pilih pun jenis budak-budak susah nak buka. Handle tersorok ke dalam. Elyass memang tak reti nak buka walaupun tekun dia berusaha. Sehingga la 18/05/2016 (Rabu minggu lepas) berlaku kejadian yang sukar nak digambarkan.. Tak tahu mama nak senyum ke mama nak menangis ke.

Tengah duk basuh pinggan mangkuk kat singki, tetiba bunyi kaca jatuh berderai ke lantai. Berderau darah..sebab rasa bunyi kat tepi telinga aje. Pandang ke bawah, Elyass tengah berdiri di depan  kabinet yang terbuka, dengan kaca-kaca gelas berteraburan di sekeliling dia.


Allahurabbi.. senyap-senyap dia buat aktiviti.

Terus angkat Elyass yang tengah terkejut masa tu, jauhkan dari kaca-kaca berteraburan.

Tak tahu nak marah ke nak nangis ke.. Tapi mulut membebel la juga, macam la Elyass boleh faham.. :) Selama ni tak reti nak buka kabinet dapur.. usia 1 tahun 9 bulan cubaan Elyass akhirnya berjaya dan mengorbankan 2 biji gelas corelle mama..

Takpe la gelas boleh dibeli ganti.. keselamatan anak lebih penting dari segala-galanya..

Alhamdulillah takde kemalangan jiwa...ceehhhh.. macam berita tv3 :p








24 May 2016

Homework dan pengacau setia abang Eusoff

Assalamualaikum..

Semalam abang balik dari sekolah awal dari kebiasaannya. Papa akan balik kerja lewat jadinya hantar anak balik rumah dulu. Pukul 1.30 abang dah sampai rumah dah.

Elyass seronok sungguh abang balik awal, sebab ada geng.. Geng bermain.. dan geng bergaduh juga! Asyik membuli abang aje kerjanya.. mujur la abang tu baik.

Abang balik rumah awal, saya susah hati siket sebab mesti mengadap tv je la si abang Eusoff ni. Jadi dah beri syarat awal-awal.. "Sebelum mama buka tv, abang kena siapkan homework dulu". Harini abang dapat homework Iqra'. 4 pages nak kena siapkan.

Abang ok je dengan syarat tu.. asal dapat tengok tv nanti. Dengan baju-baju sekolah itu la dia mengadap homework dulu.

Tapi kesian, abang nak fokus buat homework, adik pulak mengacau abang. Bermula nak buat sampai la kesudahnya. Abang nampak sabar je.. senyum je.. buat homework sambil melayan adik. Cuma sekejap-sekejap bawa adik jauh sikit dari abang.. bagi abang ruang untuk buat cepat-cepat homework dia...

Ok lagi kalau boleh senyum tu..Abang Eusoff pantang kalau dia sakit je.. mesti adik dapat balasan balik walaupun sikit.. Kalau tetiba adik menangis.. haa dapat habuan dari abang lettew.. :p 

Buat homework dalam senyuman..

Memang duduk belakang abang.. lari kejap.. datang duduk balik..

Duduk tepi abang, perati abang buat homework. Tukang pegang pemadam.. abang nak dia bagi..

:)


  

21 May 2016

Mama's kitchen is OPEN 24/7

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua....
Didoakan semoga hujung minggu yang bermanfaat untuk semua hendaknya.. Insya Allah..



Cuti-cuti juga.... ke dapur itu pasti! 
Sesambil masak, sesambil berdoa, ikhtiar untuk anak-anak dilembutkan hatinya.


Menu di hari minggu kami, berkebetulan abah dan adik serta saudara mara sebelah suami datang bertandang.. menu yang saya boleh buat tanpa tengok resepi.. buat sambil pejam mata (ok.. itu tipu :p)......

Insya Allah, nasi minyak dalam perancangannya. Lauk pauk, segala kelengkapan semua sudah beli.

Ketika entry in dipusblish.. nasi minyak in the making dah... 
Nak rasa? Jemput la datang rumah.... :)

Tetamu datang sudah pasti takde masa pun nak on computer.. apatah lagi membuat entry.
So, auto publish sahaja untuk entry hari minggu saya..






20 May 2016

Asah pensel warna abang

Assalamualaikum...

Esok sudah Sabtu... Excited!!! 

Hari ini, hari pembersihan secara keseluruhan satu rumah termasuklah selesaikan kain baju yang perlu di basuh, dan lipat mana yang dah kering.. Oleh kerana esok adalah hari cuti, dan saya pun bercuti juge... jadi perlu lah dipastikan keadaan rumah adalah bersih.

Cuma kerja masak memasak tetap berjalan seperti biasa. Dapur mama OPEN 24/7 :)

Dalam sukar-sukar membuat kerja sambil melayan Elyass, kena gagahkan juga lah. Waktu nap time dia, laju-laju mama settlekan apa yang patut.

Selesai semua kerja, teringat yang pensil warna abang sudah tumpul-tumpul semua.. Kesian pulak waktu buat homework, abang mengeluh pasal pensil warna dah tak elok. Minta mama sharp. Mana yang dia nak guna waktu tu sharp je la kejap tapi bukan semua. 

Elok pulak Elyass tido jadi mama ngadap kejap la pensil warna abang ni.
Sampai merah-merah jari mengasah pensil warna abang. Tapi takpe laa..demi anak..


Tiap-tiap malam abang buat homework.. ada hari-hari perlu mewarna. Kalau homework hanya perlu kira-kira dan tulis sahaja, lepas siap buat homework, dia akan minta buku warna.. nak mewarna juga kejap. Gemar sungguh mewarna. Teringat zaman kecil-kecil dulu. Saya pun suka mewarna.

Abang kusyuk mewarna Mr. Noddy


Mana mungkin mama boleh buat kerja dengan tenang. Cuba buat laju-laju juga dah.. tapi sebab sakit tangan guna sharpener mickey mouse nih.. (sharpener besar rosak), takde lah laju mana.

Sedar-sedar dak kecil dah tersengih-sengih kat belakang sambil panggil "Ama.."
Oppocot...!!! terkejut mama tauuuuu dia nihhh... :p


Dah dia pulak sambung asah pensil warna abang... :) Tinggal la beberapa batang untuk Elyass buat. Nampak stress nau asah pensil abang ye... masukkan pensil dalam sharpener, pastu pulas-pulas.., keluarkan balik, dan masukkan balik... 

payah nampaknye... :p 

Stress dah gayanya, bangun-bangun main mainan lah pulak......




Pancake untuk breakfast Elyass

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua yang berkunjung ke blog kecil saya.
Blog kecil, mengumpulkan cerita-cerita membesarkan anak-anak. penuh dugaan dan cabaran. Tapi ianya suatu yang amat manis untuk dikenang-kenang.

Hari Jumaat yang sedikit sibuk. Cleaning routing in the house!!

Sesambil start..sesambil sediakan makan pagi untuk Elyass. Hari ini, pancake Vanilla! Tumbs up sebab mudah sesangat cara penyediaannya. Sedap... dan Elyass suka!

Model pancake..

Nyum..nyum...nyum...


Habis tau pencake ni dia hadap sorang-sorang.. 
Minum air masak aje sebab pancake ni manis kata mama....







19 May 2016

Hensem tak saya...?

Assalamualaikum...

Tak pernah-pernah minta sebelum ni, walaupun sebenarnya spek ni tergantung je dalam bilik dorang. Spek abang Eusoff sebearnya ni. Beli waktu abang kecil dulu lagi... Hari ni, Elyass tepuk-tepuk mama minta ambilkan, dan minta mama pakaikan kat dia.

Lama juga pakainya.. Jalan sana, jalan sini.. tengok sana, tengok sini.. sengeh-sengeh.. cakap sendiri.. Perasaan hensem ke apa comey???



Seronok mama take picture dia.. Dah take picture, laju-laju minta nak tengok balik kat hp mama.. hmmm..budak-budak zaman sekarang kan.. pandai betul, padahal umur baru 1 tahun 9 bulan.

Lama-lama boring main ngan spek bagi kat mama suh simpankan dah... 

"Cukuplah untuk hari ini saya perasan hensem.." -Kashfi Elyass




18 May 2016

Gantung frame kanvas di bilik anak-anak guna UHU Patafix deco

Assalamualaikum...

Konon-konon entry deco-deco la...hihih Takde la deco-deco sangat pun.. nak gantung frame kanvas ni aje.. 


Gini ceritanya...

Frame kanvas ni dah lame pun sebenarnya... Beli masa abang Eusoff kecil dulu lagi. Masa beli plannya memang nak gantung dalam bilik dia la masa tu (masa di rumah sewa). Tapi sebab takde drill nak tebuk dinding, sudahnya frame ni bersangkut kat bilik mama, papa je (berkebetulan memang ada paku kat bawah ekon tu) Sampai lah berpindah aritu..


Masuk rumah sendiri awal November 2015... sampai la ke hari ini, frame ni duk bersandar je kat dalam bilik kain dengan ada la beberapa group frame yang tak bersangkut lagi. (Tak tahu mana tempat yang sesuai untuk disangkut + takde drill).

Kesian tengok dah berdebu gitu.. arini cuba sangkut la.. memeriahkan warna warni bilik anak-anak. 

Masih juga takde drill pun....

Tapi bulan lepas terjumpa menda ini; UHU Patafix deco. Sangat glamor la dikalangan pendeco-pendeco tegar di Malaysia..


So, harus la saya cuba juga. Tengok boleh tahan tak benda ni menggantung frame itu di bilik anak-anak.


Tada..sudah tergantung di situ....

Tambah  sikit seri lagi untuk bilik anak-anak.. Pakat mitch and match je konsepnya...
Sedap di mata..sedap la dijiwa.. Insya Allah..







17 May 2016

Biskut marie cicah milo panas

Assalamualaikum....

Harini agak awal Elyass bangun pagi. Terkejutkan papa batuk-batuk sewaktu gosok gigi. Lepas papa dan abang Eusoff keluar rumah.. dia sambung tidur balik dalam 1 jam gitu. Sempat mama laju-laju buat rutin pagi tanpa bayang-bayang.. 😜

Bangun dari tidur terus ajak mama ke dapur. Tunjuk-tunjuk kat rak.. tahu dah... lapar la tu.. Boleh je bagi apa-apa pun.. Dia tak memilih makan... 

Ada dua tiga jenis biskut, biskut sayur, biskut tiger dan biskut marie.. ada gandum boleh buat cekodok manis, ada mee hoon boleh goreng, ada tepung pancake Adabi perisa vanilla, ada frozen chapatti dalam peti.. ada keropok keping boleh goreng... banyak je yang boleh dibuat untuk Elyass..

Tapi...tapi..tapi...

Hari ini, kita breakfast biskut marie cicah milo panas boleh sayang....?
Mood mama nak memasak awal pagi dah kemana-mana dah.. :p 



Nyum..nyum..nyumm.. Elyass habis 7 keping biskut harini... Terlajak lapar agaknya.. :)
Kenyang makan.. dia popo pulakkk... Kejap je makanan menyinggah ye..hihi

Selamat hari Selasa kepada pembaca blog kecil saya.
Semoga hari anda sentiasa lancar dan gembira hendaknya......






16 May 2016

Selamat Hari Guru 2016

Assalamualaikum...

16 Mei datang lagi. Hari memperingati dan mengenang jasa dan pengorbanan seorang pendidik. 

Terima kasih untuk semua guru yang telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang hidup ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan pengorbananmu cikgu. Amin..

=============================================================

Tahun ke-3 abang Eusoff bersekolah iaitu tahun terakhir di pra sekolah..  masih lagi di CIC Prima Samudera, Batu Caves. Wallahi.... besar sungguh jasamu teacher.. dari Eusoff tidak tahu apa-apa, sehingga ke tika dan saat ini, terlalu banyak improvement luar biasa pada dia. Terima kasih teacher-teacher!

Tanpa kamu insan-insan terhebat.. bagaimana lah anak-anak kecil kami ini..

YOU ARE SUPER HERO/HEROINE!!!!

Kami tahu, semua warga pendidik tidak dahagakan hadiah/ucapan manis bak pujangga sempena hari istimewa ini. 

Kami tahu, hanya kejayaan murid-murid yang menjadi impian dan harapan guru-guru semua. Berjaya dengan cemerlang di dalam pelajaran dan kehidupan.. itulah hadiah ternilai dan terhebat dalam hidup setiap insan bernama "GURU"

Tapi izinkan mama dan papa Eusoff, sediakan hadiah yang tidak seberapa untuk abang Eusoff berikan pada teacher-teacher di hari istimewa ini.

Kami ingin tanamkan rasa perlu "menghargai" jasa seorang "Guru" dalam diri abang Eusoff.






Eusoff sayang teacher-teacher CIC Prima Samudera!


Jom baca entry hari guru yang lepas;

2013 - Selamat hari Guru, Cikgu..
2014 -Ajar Eusoff untuk menghargai Guru :: Selamat Hari Guru 2014
2015 - Selamat Hari Guru 2015





14 May 2016

Aktiviti mereka di hari Sabtu..

Assalamualaikum...

Hujung minggu, mama papa dah berfikir-fikir mana lokasi lagi yang sesuai untuk bawa anak-anak keluar.. Banyak tempat gak la tengok-tengok kat internet. Kami fikirkan tempat yang boleh anak-anak mandi. Banyak.... tapi rata-rata jauh dari KL dan mahal la jugak..

Buntu memikir..

So, kami cuba tanya abang Eusoff, mana dia rasa nak pergi.. Dia request nak mandi kat KLCC.. lagi..

Senang kerja, so awal-awal pagi kami terus menuju ke KLCC repeat mandi lagi sekali. Mudah sangat permintaan. Dari rumah ke KLCC 15 minit je pun..tanpa jem!



Owhh..minggu depan tak leh tanya abang dah. nanti dia request nak datang sini lagi.. mama papa lak dah naik jemu... :p

Tengah hari..matahari dah atas kepala.. paksa naik dah.. Kita sambung aktiviti kat rumah plak. Ni haa aktiviti sepetang diorang di hari minggu.. sepahkan mainan...


 :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015