Assalamualaikum...
Bermula 6 ke 7 bulan usia Elyass, saya mula perkenalkan puri buah dan sayuran kepada Elyass. Start umur Elyass 9 bulan haritu, saya dah campurkan bubur nasi ke dalam menu hariannya. Bubur nasi pertama Elyass adalah bubur nasi kosong. Nampak muka makan macam tak sedap.. memek muka teruk sungguh.. tapi abis je.. mungkin bukan sebab rasa tak sedap.. tapi "rasa" itu pertama kali dia cuba.
Bermula usia 9 bulan sehingga hari ini, setiap hari saya bekalkan Elyass, 1 termos kecil bubur nasi dan 1 bekas (4 ketul) puri. Saya menganggarkan bubur nasi untuk 2 kali makan. Breakfast ke, luch ke atau dinner ke.. Biasanya kat rumah, malamnya Elyass dah tak makan. Cukup susu aje.. Kalau luar dari biasaan, ada la juge kami bagi puri buah lagi.. Kalau Elyass nampak macam lapar lagi.
Sekarang Elyass sedang membina badan. Berat sungguh dia sekarang. Kalau berdukung tu..memang kena berganti-ganti ngan en.suami.. Tak larat berdukung lama-lama dah.
Berbalik kepada cerita bubur nasi.. Ada lah beberapa resepi biasa bubur nasi yang saya beri kat Elyass. Resepi biasa-biasa sahaja. Tak gigih saya nak mereka resepi walaupun sebenarnya banyak je resepi dalam google, youtube. Tinggal follow je resepi-resepi tu.. Tapi saya adalah tak berapa nak gigih..hihihi.. Sudahnya ulang-ulang je resepi yang sama tu..
Agaknya kalau Elyass dah boleh bercakap mesti dia bagi tahu...
"Mama...asyik resepi sama je.. saya dah bosan la... menu lain la pulak..please...mama please..."
Ok, antara bubur nasi hasil air tangan mama untuk Elyass tersayang :
1. Bubur nasi kosong
2. Bubur nasi + bilis [Rujuk sini untuk resepi stok bilis]
3. Bubur nasi + brokoli + bilis [Rujuk sini untuk resepi puri brokoli]
4. Bubur nasi + bayam + bilis [Rujuk sini untuk resepi puri bayam]
5. Bubur nasi + carrot [Rujuk sini untuk resepi puri carrot]
6. Bubur nasi + ayam
7. Bubur nasi + sup ayam + Carrot [Rujuk sini untuk resepi sup ayam + carrot Anchor]
8. Bubur nasi + kurma
9. Bubur nasi + labu [Rujuk sini untuk resepi puri labu]
10. Bubur nasi + jagung [Rujuk sini untuk resepi puri jagung]
Itu aje kot setakat ini.. dan menu ini diulang-ulang-ulang setiap hari..... Semua menu macam berselera je dia makan... habis dan licin..
Meh..meh..saya share cara mudah saya buat bubur nasi mengikut anggaran makan Elyass:
Bubur Nasi
Bahan-bahan
1. 2 sudu makan beras
2. 600 ml air
3. Rice cooker size paling kecil
Cara masak
- 2 sudu makan beras dibasuh bersih. Masukkan 600 ml air beserta beras yang telah dibersihkan tadi ke dalam rice cooker. Tinggal je nasi menjadi bubur kat situ.
See.... mudah bukan? =)
Yang lain-lain bahan tambahan tu... masukkan aje puri ketul-ketul, atau bilis yang memang dah diproses awal-awal tu.. Boleh tambah sewaktu bubur tengah menggelegak nak masak, atau boleh jugak masukkan bila bubur dah masak pun. Kacau la bubur dan puri/bilis biar bersatu sebati. Setelah siap boleh lah masukkan bubur nasi tersebut ke dalam termos. Siap!
Tiap-tiap pagi itu lah rutin kami, suami isteri.. siapa yang bangun awal dulu.. sila la masakkan bubur 2 sudu untuk Elyass.. dan biasanya saya lah yang menentukan menu apa bubur nasi Elyass itu nanti.
Bekerjasama suami isteri lagi lah memudahkan kerja yang sememangnya dah mudah tu..
Selamat mencuba bubur nasi simple je pun!
Bye!

terbaik!!!
ReplyDeletealhamdulillah rezeki elyass.
aida dulu buat jugak.
but x semeriah ni :)
tahniah diana !!!