Assalamualaikum..
Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung.
Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung.
Ini cerita Syawal ini..
02 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436Hijrah.
Bekesempatan menjamu kawan-kawan sempena Syawal. Menu biasa-biasa sahaja.. tapi kehadiran kawan-kawan, saudara-mara menunaikan undangan kami, sangat luar biasa. Alhamdulillah.. Yang tak datang, kami faham sangat, undangan rumah terbuka di bulan Syawal sangat lah banyak..
Ada kawan-kawan yang kami terlepas pandang untuk mengundang, mohon maaf sangat-sangat. Cuba ingatkan semua dah.. tapi selepas majlis boleh pulak.. arghhh lupa si dia..si dia..si dia... mohon maaf dipinta ya.. -Kak Intan... kalau akak baca ni.. maaf tau..lupa plak jemput akak kesayangan.. =)
Sekitar majlis yang berlangsung semalam... warna-warni di Aidilfitri.. tak semua yang datang sempat bergambar. Tuan rumah tak sempat sungguh... lagi-lagi nak layan kerenah sikecil Elyass...
Pengasuh Eusoff lama, Aty (atas) pengasuh Eusoff dan Elyass, K.Maya (bawah) |
Teacher-teacher Eusoff di Children Islamic Centre (CIC) Prima Samudera |
Kawan Blogger saya, Jaja sekeluarga =) |
Office mate :: Nurul, Syed, Asri, K.Sundari, K.Uma, Mai, Hawa, Siti & K.Min |
Kawan-kawan sekolah rendah :: Ami, Fatanah, Yati, Helmi, Seh, Lokman |
Family :: Faizul sekeluarga |
Family :: Ila dan Ashraf sekeluarga, gambar kembar je sebagai wakil keluarga =) |
Family :: Abah dan adik, K. Long sekeuarga, K.Ngah sekeluarga, Die & Ana, Kak Iffa dan suami |
Dan satu-satunya wakil keluarga saya, anak saudara, Nasrul Amer. Tak sempat pulak bergambar kenangan Syawal ini dengan dia..
Kawan-kawan en.suami pun ramai.. Terima kasih datang, memenuhi undangan.
TODAY'S SPECIAL.. |
"Semoga rezeki yang sedikit ini, mendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya-Allah.."
~Selamat menempuh Syawal, hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan hari menambah amal kebaikan~
No comments:
Post a Comment