Assalamualaikum..
Hari ini sudah setengah bulan berlalu, 15 Ogos 2015 bersamaan 30 Syawal 1326Hijrah. Hari terakhir di bulan Syawal. Berlalu sudah sebulan Syawal yang bakal akan dirindu. Semoga berjumpa lagi pada Syawal tahun yang akan datang. Insya Allah.
Kosong~Kosong :: Tinggal lagi, puri keledek, puri bayam, dan puri mangga beberapa ketul |
Bulan ni terasa lambat topup makanan Elyass. Mungkin faktor Elyass sudah menginjak 1 tahun.. dan makanan pun dah macam-macam diberi rasa. Jadinya dia kenyang manjang. Tak merengek-rengek lapar dan mama pun tak suap la puri tu.
Boleh laa.. awak dah besar Elyass.. gigi pun dah banyak.. rasa la apa yang awak nak rasa. Asalkan ianya sesuai dengan status awak sebagai "baby".
Dalam pada bagi rasa dah segala makanan tu [bukan dalam kuantiti yang banyak].. saya tetap nak proses makanan dia seperti biasa saya buat dalam tempoh 6 bulan lepas. Berbubur nasi dan berpuri.
Tuan makanan, walaupun demam tetap gigih menunggu mama memproses puri carrot -Cian dia! |
14 Ogos 2015
Masa untuk re-stock makanan Elyass.. sebab stok yang ada sudah tinggal sangat sikit. Takde stok puri yang mencukupi di dalam peti bermaksud mama akan huru-hara di hari bekerja.
Siap sembahyang maghrib, kami terus ke Segi, tak banyak beli,, sempat ambik itu ini..zap..zap..zasss terus bayar.
Ini sahaja:
1- Lobak merah
2- Lobak putih
3- Green peas
4- Jagung
5- Betik
Cukup la untuk bulan ini yang berbaki setengah bulan saje pun lagi.
Jom proses!
terbaik semua nya utk elyass...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Allah bagi semangat yang kuat untuk beri yang terbaik pada Elyass..
ReplyDelete