31 August 2015

Update Elyass 1 tahun ::Saya sudah berjalan!

Assalamualaikum

13 Ogos 2015 Elyass demam. Melarat hingga 5 hari hari. Makan ubat, letak ubat vontot.. tak jadi. Kejap aje kebahnya lepas tu panas yang teramat sangat balik. Hari ke 5 bawa ke klinik lagi. Doktor kata hari ke-6 kalau Elyass demam dia akan bagi surat refer. Alhamdulillah hari ke-6 Elyass dah tak demam. 


Rupa-rupanya demam lama ni nak ringan tubuh. Lepas baik demam aritu.. dapat menapak 4-5 langkah. Excitednya kami anak dah nak reti berjalan. Tuan punya badan lagi excited dapat menapak dia punya senyum sampai telingeee.. Seronok agaknya biasa tengok mama, papa ngan abang je berjalan. Sekarang saya pun dah boleh laa...hihi

Hari ini, hari entry ini dipublish, Elyass sudah boleh berjalan sudah.. dah tak terkira langkahnya. Kemana-mana pergi pun mengatur langkah.. tika jatuh terduduk, tertonggeng pun, bangun balik..melangkah dengan gagah. 

Tak lama lagi berkejar-kejaran la kami.. Alhamdulillah..

Wish me luck okehh..! Fuhh..lap peluh siap-siap.. hahahahah..




#abangEusoffbanggadenganMalaysia

Assalamualaikum

#Sehati Sejiwa - Sudah 58 tahun Malaysia bebas Merdeka.. Syukur Alhamdulillah. 

Tahun ni abang Eusoff teruja dengan hari Kemerdekaan. 

Hari Jumaat, bawak balik satu lukisan Jalur Gemilang yang dia warnakan kat sekolah. Walaupun warna Jalur Gemilang abang Eusoff tak sempurna seperti yang sepatutnya, tapi kami tahu, #abangEusoffbanggadenganMalaysia



Hari Sabtu, keluar jalan-jalan; abang Eusoff mintak papa belikan "Malaysia" satu untuk abang, satu untuk baby Elyass katanya. Papa singgah Petronas, papa belikan dua seperti yang abang minta. Abang dan adik gembira kibar-kibarkan jalur gemilang. "Malaysia" maksud abang Eusoff adalah Jalur Gemilang. #abangEusoffbanggadenganMalaysia

Hari ini, hari Ahad, abang Eusoff sangat teruja, banyak "Malaysia" di kiri kanan jalan. Dalam leka kami memerhati Jalur Gemilang.. abang Eusoff nyanyi lagu hari Merdeka..
"Tanggal 31, bulan 8, 57.. Merdeka, merdeka, merdeka..merdeka.." ulang-ulang dan ulang ayat itu je sampai penat mulut.. #abangEusoffbanggadenganMalaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58 tahun. Kami sekeluarga bangga menjadi rakyat Malaysia.



27 August 2015

Finger food - Sandwich berinti coklat


Assalamualaikum

Idea ringkas untuk si kecil anda. 


Elyass sangat suka sandwic ini sebab boleh dipegang-pegang, sambil menikmati kemanisan coklat yang sangat berkrim. Resepi ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil seusia Elyass yang belum mempunyai banyak gigi. Struktur roti yang lembut, ditambah dengan satu lapisan nipis coklat sebagai isi dalamnya dan dipotong kecil untuk mudah dipegang.


Elyass sangat sukakannya..

Anda pun boleh cuba untuk sicomel anda!


26 August 2015

Bekas kosong yang perlu diisi setiap pagi

Assalamualaikum..

Ada tak mak-mak kat sini, melalui keadaan pagi yang sangat rileks..? Mungkin bagi yang rumah ada pembantu aka bibik, melalui keadaan pagi yang sangat rileks, santai dan lancar kan? Seronoknya lahaiii…

Untuk orang yang tiada pembantu macam kami, beranak dua.. sangat kelam kabut. Bertambah kelam dan kabut bila anak-anak buat perangai. Bertambah-tambah super kelam dan super kabut bila terbangun sedikit lewat dari sepatutnya dan anak-anak buat perangaiii…. 

Tak leh membayangkan bila anak dah bertambah lagi nanti dan masa tu saya masih juga bekerja lagi. Mesti lagi kelam kelibut dah jadinya.

Dalam kelam dan kabut pagi-pagi tu, mengisi bekas-bekas kosong ini adalah benda wajib untuk dibuat. 


Untuk Elyass, sepenuhnya kami masakkan bekalan dia setiap hari [Thermos, dan bekas bertutup hijau]. Untuk abang Eusoff, [bekas biru dan botol air] jika ada lebihan nasi malamnya, dan kami ada lebihan masa untuk masak, terisi la bekalnya dengan nasi goreng simple kegemaran dia. Kalau tak kami kena isi nasi lemak/nasi goreng dari gerai depan rumah.  

Ye.. breakfast abang Eusoff adalah nasi.. hehhee.. bagi benda lain takkan dia nak nyer.. Sebab tu la abang Eusoff S.A.D.O. hiii…





24 August 2015

GRACO Stroller ~ Dalam kenangan.

Assalamualaikum...

Bila ada depan mata rasa serabut mata sungguh, bila dah confirm ada pembeli.. sedih pulak rasanya untuk melepaskannya. Hihiihih.. Itu lah asam garam kehidupan. Bila dah hilang baru nak hargai..


5 tahun lebih stroller ini berbakti kepada kami. Dari abang Eusoff dulu sehingga la ke Elyass kini. Walaupun baktinya tak berapa banyak sangat sebab dua beradik ni jenis kurang nak berstroller. Memang tak gemar! Memang tak suka! Kalau bawak ke shopping mall, memang kami tolak stroller kosong aje.. sebab anak confirm kena berdukung jua. Stroller ni lebih banyak duduk kat dalam stor, menangis meratapi nasi diri yang terbiar gitu aje.. hahahha..


Walaupun Elyass baru setahun lebih, logik akalnya stroller sangat berguna kan? Tapi takkk... tak guna sangat pun. Setakat pergi Giant, jusco, ikea..memang berdukung aje. Sebenarnya tanpa stroller lebih melancarkan pergerakan. Keluar kereta terus jalan masuk saje. Kadang leceh juga berstroller bagai..nak buka, masa nak keluar kereta.. nak melipat masa masuk kereta.


Itu kata sayalah... kata orang yang memang menggunakan sangat stroller ni.. kacang aje tu! buka dan lipat stroller..bukan susah sangat pun! ahaahah... terasa tau..kiki

Store kami kecik, takde tempat untuk menyimpan. Dari terbiar usang begitu aje.. kita jual je la kepada yang memerlukan.

Entry untuk memperingati barangan Eusoff dan Elyass je ni. Tak lebih dari itu....
Selamat tinggal kepada GRACO Stroller. Jasamu kami kenang.

p/s : Stroller ni dah ada pembeli 23/08/2015


16 August 2015

15 August 2015

Cari bahan-bahan makanan Elyass -Ogos

Assalamualaikum..

Hari ini sudah setengah bulan berlalu, 15 Ogos 2015 bersamaan 30 Syawal 1326Hijrah. Hari terakhir di bulan Syawal. Berlalu sudah sebulan Syawal yang bakal akan dirindu. Semoga berjumpa lagi pada Syawal tahun yang akan datang. Insya Allah.

Kosong~Kosong :: Tinggal lagi, puri keledek, puri bayam, dan puri mangga beberapa ketul

Bulan ni terasa lambat topup makanan Elyass. Mungkin faktor Elyass sudah menginjak 1 tahun.. dan makanan pun dah macam-macam diberi rasa. Jadinya dia kenyang manjang. Tak merengek-rengek lapar dan mama pun tak suap la puri tu.

Boleh laa.. awak dah besar Elyass.. gigi pun dah banyak.. rasa la apa yang awak nak rasa. Asalkan ianya sesuai dengan status awak sebagai "baby".

Dalam pada bagi rasa dah segala makanan tu [bukan dalam kuantiti yang banyak].. saya tetap nak proses makanan dia seperti biasa saya buat dalam tempoh 6 bulan lepas. Berbubur nasi dan berpuri.

Tuan makanan, walaupun demam tetap gigih menunggu mama memproses puri carrot -Cian dia!

14 Ogos 2015

Masa untuk re-stock makanan Elyass.. sebab stok yang ada sudah tinggal sangat sikit. Takde stok puri yang mencukupi di dalam peti bermaksud mama akan huru-hara di hari bekerja. 

Siap sembahyang maghrib, kami terus ke Segi, tak banyak beli,, sempat ambik itu ini..zap..zap..zasss terus bayar.

Ini sahaja:


1- Lobak merah
2- Lobak putih
3- Green peas
4- Jagung
5- Betik

Cukup la untuk bulan ini yang berbaki setengah bulan saje pun lagi.

Jom proses!





13 August 2015

Elyass Turn-ONE!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setahun sudah berlalu usia Kashfi Elyass. 11 Ogos 2015 sudah genap 1 tahun.
Rasa gembira sungguh mama dan papa. Tak sangka, dalam hari-hari melalui fasa yang sikit sukar, akhirnya sudah satu tahun pun kami mengharungi nya! Fuhhh...

Hihi bukan la kami mengeluh.. bukan..bukan.. tapi rasa tak percaya, sekejap sungguh masa berlalu. Anak yang dahulunya kecit, kenit.. sekarang dah membesar bagai juara. Bukanlah susah mana menjaga Elyass.. tapi biasalah anak kecil, tak senang nak duga perjalanan harian kita. Ada hari-hari buat perangan.. Allahuakbar.. sabar je la. Mahunya buat perangai berjemaah dengan abang.. memang haru la hari itu. Semput dibuatnya..

Tapi semua itu adalah catatan kenangan kami menjaga anak-anak. Pasti akan kami rindu bila diorang dah besar panjang nanti.. Itu pasti!

Kek birthday Elyass yang disalah eja... hal kecil je.. No problem..

Takde sambutan secara hebat pun. Kami sambut ala kadar ber-4 sahaja. Jadilahh... Tarikh hari lahir Elyass jatuhnya hari Isnin. Jadi balik dari kerja Isnin tu baru kami mencari kek. Keadaan jadi susah sikit nak jelaskan kat abang Eusoff nak sambut birthday adik, sebab dia sebuk menanya.."Birthday saya ke mama?" hehe.. Saya dan suami iye kan saje.

Alhamdulillah, Sambut ber-4, seronok juga walaupun kelam kabut sikit. Kelam kabut sebab rupa-rupanya dalam diam abang Eusoff jauh hati..sebab mama belikan kek adik je.. nyanyi lagu happy birthday adik je... suruh dia duduk jauh sikit sebab mama nak ambik gambar adik je.. 

Menangis teresak-esak... siap mengajuk lari dalam bilik..Kesian.. Badan sado tapi jiwa sensitip berbunga-bunga.. kihkihkih

Sebelum..

Selepas..

Jadinya.. kek yang satu kena la share tiup lilin sama ngan abang, share potong kek sama ngan abang, dan mama papa kena nyanyi lagu birthday sebut dua nama. Ambil gambar pun kena ambil sama-sama dengan adik..hihi -Mama curi-curi gak ambil gambar adik sorang je pun.. hihi.. dapat!

Potong kek sama-sama, sorang guna pisau..sorang guna tangan jer..

Abang suapkan kek..nyum..nyum.. terima kasih abang..

Untuk anak mama papa; Kashfi Elyass:

Alhamdulillah.. anak mama sudah 1 tahun. 

Terima kasih Allah menganugerahkan kami anak yang sangat comel, sihat tubuh badan, sempurna fizikal dan mental. Semoga anak ini membesar dengan rahmat keberkatan-Mu. Permudahkan kami dalam membesarkan anak ini Ya-Allah..

Tepek video sini untuk kenang-kenangan..



Happy Birthday Sayang!!




12 August 2015

Kelas mengaji abang Eusoff

Assalamualaikum..

04 Ogos 2015 [Isnin]– Abang Eusoff mula belajar ngaji di rumah ustazah.

Alhamdulillah….

Dah lama hajat di hati.. menyuarakan rasa kat en.suami. Eusoff tak boleh dibiarkan laro’ dengan mainan, tv sahaja. Suatu masa nanti dia perlu sedikit demi sedikit didedahkan dengan keadaan realiti kehidupan sebagai seorang toddler yang sebenarnya, salah satunya adalah belajar mengaji dengan guru ngaji. 

Bukan terlalu memaksa… tapi sekadar mendedahkan dan mendorong ke arah itu. Kalau memaksa, takut nanti dia memberontak tak nak buat dah. Lagi haruuuu….

Saya dapat satu nombor telefon, lekat kat memo board bawah rumah dalam bulan puasa baru-baru ni. Tergerak hati untuk cuba call, tanya itu ini. Janji nak hantar Eusoff selepas raya.  Urusan dipermudahkan. Alhamdulillah.. Tup…tup… lepas raya ustazah tu wassap bertanya jadi atau tidak.. 

Sedang elok, waktu buat makan-makan sikit sempena Syawal baru ni, saya ajak sekali ustazah datang.. tujuan untuk memperkenalkan Eusoff kepada ustazah, dan memperkenalkan ustazah kepada Eusoff. Alhamdulillah Eusoff macam ok-ok aje.. walaupun ustazah berniqab, abang Eusoff takde nampak takut. Alhamdulillah petanda baik… 

Jadinya, untuk first time.. hati saya sungguh rasa takut. Sebab memang kenal perangai anak sendiri yang memang macam-macam ragam ni. Terluah jugak rasa dalam group fb, mak-mak tak marah anak.. =p hihihi.. bukan nak mencerita perihal tidak elok anak disitu.. tidak…tidak… Cuma ingin berkongsi rasa, dan kata-kata semangat dari mak-mak tak marah anak di luar sana. Terima kasih kepada mak-mak yang sudi nak berkongsi nasihat dan padangan ye. I really appreciate it!




Rupanya.. abang Eusoff sangat lah ok malam pertama belajar ngaji dengan ustazah.

Awal-awal abang macam malu-malu… ada jugak la ajak balik.. tapi bila pujuk elok-elok, abang ok je sebenarnya. Ustazah pun sangat pandai pujuk. Sangat penyabar dalam memujuk, dan sangat pandai tackle abang Eusoff. Dari jauh, makin dekat.. dari baring dah duduk.. hingga lah abang Eusoff boleh selesaikan satu muka Iqra’ tu. 


Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.

Yang bestnya ustazah bagi pinjam Iqra’.. punya abang Eusoff excited..masuk kereta terus tunjuk kat papa.. Bila tanya esok nak pergi ngaji lagi tak??

Dengan excited abang jawab dengan senyum melirik… “Nak………..!”

Iqra baru abang-05 Ogos 2015

Doa mama dan papa, semoga abang Eusoff diberi keterangan hati untuk menerima setiap apa yang abang Eusoff pelajari, Insya Allah...



10 August 2015

"Aneka bubur nasi simple je pun" untuk Elyass

Assalamualaikum...

Bermula 6 ke 7 bulan usia Elyass, saya mula perkenalkan puri buah dan sayuran kepada Elyass. Start umur Elyass 9 bulan haritu, saya dah campurkan bubur nasi ke dalam menu hariannya. Bubur nasi pertama Elyass adalah bubur nasi kosong. Nampak muka makan macam tak sedap.. memek muka teruk sungguh.. tapi abis je.. mungkin bukan sebab rasa tak sedap.. tapi "rasa" itu pertama kali dia cuba.

Bermula usia 9 bulan sehingga hari ini, setiap hari saya bekalkan Elyass, 1 termos kecil bubur nasi dan 1 bekas (4 ketul) puri. Saya menganggarkan bubur nasi untuk 2 kali makan. Breakfast ke, luch ke atau dinner ke.. Biasanya kat rumah, malamnya Elyass dah tak makan. Cukup susu aje.. Kalau luar dari biasaan, ada la juge kami bagi puri buah lagi.. Kalau Elyass nampak macam lapar lagi.

Sekarang Elyass sedang membina badan. Berat sungguh dia sekarang. Kalau berdukung tu..memang kena berganti-ganti ngan en.suami.. Tak larat berdukung lama-lama dah.

Berbalik kepada cerita bubur nasi.. Ada lah beberapa resepi biasa bubur nasi yang saya beri kat Elyass. Resepi biasa-biasa sahaja. Tak gigih saya nak mereka resepi walaupun sebenarnya banyak je resepi dalam google, youtube. Tinggal follow je resepi-resepi tu.. Tapi saya adalah tak berapa nak gigih..hihihi.. Sudahnya ulang-ulang je resepi yang sama tu..

Agaknya kalau Elyass dah boleh bercakap mesti dia bagi tahu... 

"Mama...asyik resepi sama je.. saya dah bosan la... menu lain la pulak..please...mama please..."


Ok, antara bubur nasi hasil air tangan mama untuk Elyass tersayang :


1. Bubur nasi kosong


2. Bubur nasi + bilis [Rujuk sini untuk resepi stok bilis]

3. Bubur nasi + brokoli + bilis [Rujuk sini untuk resepi puri brokoli]

4. Bubur nasi + bayam + bilis [Rujuk sini untuk resepi puri bayam]

5. Bubur nasi + carrot [Rujuk sini untuk resepi puri carrot]


















6. Bubur nasi + ayam

7. Bubur nasi + sup ayam + Carrot [Rujuk sini untuk resepi sup ayam + carrot Anchor]

8. Bubur nasi + kurma

9. Bubur nasi + labu [Rujuk sini untuk resepi puri labu]





























10. Bubur nasi + jagung [Rujuk sini untuk resepi puri jagung]





























Itu aje kot setakat ini.. dan menu ini diulang-ulang-ulang setiap hari..... Semua menu macam berselera je dia makan... habis dan licin..

Meh..meh..saya share cara mudah saya buat bubur nasi mengikut anggaran makan Elyass:

Bubur Nasi

Bahan-bahan
1. 2 sudu makan beras
2. 600 ml air
3. Rice cooker size paling kecil

Cara masak
- 2 sudu makan beras dibasuh bersih. Masukkan 600 ml air beserta beras yang telah dibersihkan tadi ke dalam rice cooker. Tinggal je nasi menjadi bubur kat situ.

See.... mudah bukan? =)

Yang lain-lain bahan tambahan tu... masukkan aje puri ketul-ketul, atau bilis yang memang dah diproses awal-awal tu.. Boleh tambah sewaktu bubur tengah menggelegak nak masak, atau boleh jugak masukkan bila bubur dah masak pun. Kacau la bubur dan puri/bilis biar bersatu sebati. Setelah siap boleh lah masukkan bubur nasi tersebut ke dalam termos. Siap! 

Tiap-tiap pagi itu lah rutin kami, suami isteri.. siapa yang bangun awal dulu.. sila la masakkan bubur 2 sudu untuk Elyass.. dan biasanya saya lah yang menentukan menu apa bubur nasi Elyass itu nanti.

Bekerjasama suami isteri lagi lah memudahkan kerja yang sememangnya dah mudah tu..

Selamat mencuba bubur nasi simple je pun!

Bye!



08 August 2015

Makan-makan @ Casmaria [Syawal 1436Hijrah]

Assalamualaikum..

Cerita Syawal yang lepas-lepas... untuk Syawal 1435Hijrah, sedang berpantang Elyass di kampung. 

02 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal 1436Hijrah.

Bekesempatan menjamu kawan-kawan sempena Syawal. Menu biasa-biasa sahaja.. tapi kehadiran kawan-kawan, saudara-mara menunaikan undangan kami, sangat luar biasa. Alhamdulillah.. Yang tak datang, kami faham sangat, undangan rumah terbuka di bulan Syawal sangat lah banyak..

Ada kawan-kawan yang kami terlepas pandang untuk mengundang, mohon maaf sangat-sangat. Cuba ingatkan semua dah.. tapi selepas majlis boleh pulak.. arghhh lupa si dia..si dia..si dia... mohon maaf dipinta ya.. -Kak Intan... kalau akak baca ni.. maaf tau..lupa plak jemput akak kesayangan.. =)

Sekitar majlis yang berlangsung semalam... warna-warni di Aidilfitri.. tak semua yang datang sempat bergambar. Tuan rumah tak sempat sungguh... lagi-lagi nak layan kerenah sikecil Elyass...

Pengasuh Eusoff lama, Aty (atas) pengasuh Eusoff dan Elyass, K.Maya (bawah)

Teacher-teacher Eusoff di Children Islamic Centre (CIC) Prima Samudera

Kawan Blogger saya, Jaja sekeluarga =)

Office mate :: Nurul, Syed, Asri, K.Sundari, K.Uma, Mai, Hawa, Siti & K.Min

Kawan-kawan sekolah rendah :: Ami, Fatanah, Yati, Helmi, Seh, Lokman

Family :: Faizul sekeluarga

Family :: Ila dan Ashraf sekeluarga, gambar kembar je sebagai wakil keluarga =)

Family :: Abah dan adik, K. Long sekeuarga, K.Ngah sekeluarga, Die & Ana, Kak Iffa dan suami
Dan satu-satunya wakil keluarga saya, anak saudara, Nasrul Amer. Tak sempat pulak bergambar kenangan Syawal ini dengan dia..

Kawan-kawan en.suami pun ramai.. Terima kasih datang, memenuhi undangan.

Juadah tahun ini..


TODAY'S SPECIAL..

"Semoga rezeki yang sedikit ini, mendapat keberkatan dari-Nya bila dikongsi bersama, Insya-Allah.."
~Selamat menempuh Syawal, hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan hari menambah amal kebaikan~




06 August 2015

Iman Muda Elyass

Assalamualaikum....

05/08/2015 - 11 bulan 25 Hari 

Dapat gambar wassap dari pengasuh Elyass... Ya Allah... rasa sejuk hati..



 =)

04 August 2015

Housekeeping Day... & i'm the winner!!

Assalamualaikum..

Tempat kerja ada melancarkan satu program. Housekeeping Day namanya. Kalau badan-badan kerajaan dorang lagi glemer dengan nama 5s. 

Seiri = Sisih, Seiton = Susun, Seiso = Sapu, Seiketsu = Seragam

Ala-ala gitu juga laaa..

Saya suka bab-bab mengemas dan menyusun atur. Memang kegemaran lah!

Sebenarnya kalau takde program ni pun.. saya cuba kekalkan keadaan meja kerja yang bersih. Cuma dalam keadaan-keadaan tertentu, terutaman semasa kerja yang terlampau banyak, waktu tu memang meja sangat huru-hara. Kadang tak nampak meja, file dan kertas je menimbun. Memang sangat menguji keserabutan mata.. tapi biasanya dalam waktu tersebut, memang teraksa redho aje.. hihi

Tapi dalam keadaan-keadaan tengah relaks, santai... goyang kaki, saya cuba menampakkan meja kerja.. bersih.. sejuk mata memandang. Mana-mana kerja yang masih on-going kita susun elok-elok kasi duduk diam-diam dulu dalam tray on-going job. Ambil satu-satu kerja untuk dibuat, mengikut priority terpenting. Begituuu... baru lah meja tak berkecah dengan file dan kertas berserakan kan.

Untuk menyertai program sebegini, kebersihan dan kekemasan harus lah 200% lebih bagus berbanding hari-hari biasa mengemas. Kata nak menang kan..hahhaha


Gambar sebelum, 5-6 file kegunaan kerap berada di belakang mesin printer. Memang disitu bertenggeknya dari dulu sehingga ke sehari sebelum program. Sama juga note pad, kertas conteng-conteng, saya letak atas CPU, kaedah senang untuk capai.. Saya tampal kertas list no ext di dinding partition. Tampal disitu untuk senang nak refer no ext kawan-kawan. Penggunaan document tray yang tak seragam.. tray plastik dan wire tray.. company chop dan berbagai chop lain bersusun atas meja dan banyak lagi la yang menampakkan meja sangat-sangat serabut.

Gambar selepas yang sangat...woowww!! hehheh..
Saya cuba mengekalkan keadaan sebegini sebolehnya. Terkecuali di hari-hari yang super bizi. Bila dah berlalu hari bizi tersebut... kemas! kemas! kemas! untuk menampakkan meja kerja seperti gambar selepas tersebut.. 

Penggunaan wallpaper desktop - hijau.. 
Menceriakan mata yang penat seharian mengadap komputer..... 
Untuk menyamankan mata, seeloknya tengoklah kehijauan tumbuh-tumbuhan semulajadi..

Mana-mana file yang boleh masuk almari saya simpankan di situ permanently. Walaupun penggunaan setiap hari, memang kena rajinkan diri untuk bangun duduk, dan buka tutup almari. Kadang rasa macam, malasnyaaa, tapi untuk mendisiplinkan diri, saya buang jauh-jauh rasa malas tu, dan sebenarnya boleh je pun!

3 document tray saya seragamkan bersusun di atas meja, setiap tray mengikut kategori masing-masing yang saya labelkan. Kenapa tidak susun bertingkat? Lebih menjimatkan ruang?heheh.. saya tak suka kot.. Wire tray saya sorokkan kat bawah meja, (atas laci) untuk on-going job.. Semua kerja-kerja yang belum siap kat situ lah tempatnya..dan kat situ lah nasibnya menunggu giliran untuk disiapkan.

Dinding partition saya kekalkan kosong~kosong.. rasa lebih...mmm..luas. Untuk mencari no telefon ext kawan-kawan, saya refer je kat directory soft copy dalam comp. Lambat sikit mencari.. tapi boleh je.

Stationary, note pad, kertas conteng-conteng, chop-chop segala saya susun elok-elok dalam laci. Itu lah sebenarnya kegunaan lacikan... Kalau semua nak bertenggek atas meja, laci apa guna kan? 

Laci pertama

Laci kedua

Laci ketiga

Memanfaatkan setiap ruang di laci pertama dan laci kedua, tengok laci ketiga saya kosong sudah.. Akan datang nanti pasti berguna untuk letak apa-apa...

Yeayyy... i can do it..! And guest what?? I'm the winner!!! Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah..

 


Nak berjaya sudah semestinya perlukan usaha gigih. Saya dah berusaha dan Alhamdulillah saya beroleh hasilnya. Siapa sangka?

Lesson learn today is..

"Replace excuses with EFFORT, Replace laziness with DETERMINATION, and everything else will fall into PLACE"






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015