28 November 2012

Khilfi Eusoff dan meja belajarnya...

Assalamualikum...

Memandangkan nanak dah makin membesar, selain belikan buku-buku belajar, buku-buku mewarna, pesil warna dan lain-lain alat belajar..... kami suami isteri sependapat untuk membelikan nanak meja belajar. Satu benda yang dirasakan penting juga dalam pembesaran nanak.

Dah survey banyak tempat, kedai-kedai perabot... kedai online..dan yang paling berkenan di hati adalah meja belajar untuk kanak-kanak IKEA. Mungkin sebab warnanya yang cantik serta designnya yang menarik yang memikat hati kami serta harganya adalah ok. Bukan kami sahaja yang berkenan dengan meja belajar ini, tuannya sekalipun excited sangat-sangat! 




Bila dah ada meja belajar sendiri, setiap kali nak menconteng-conteng je memang saya akan ingatkan nanak,  pergi menulis kat meja.. Lelama  nanak dah faham..bila masa nak menulis, mesti dia masuk bilik menulis...kejap kang keluar... "dah..!" -comel je...


Ada masa-masa mungkin lupa ke apa, dia hangkut semua buku dan pensil menulis kat depan tv, kekadang kat atas katil bilik tidur mama...errrkkk..tapi takde lah saya marah. Beri dia ruang untuk explore semua tempat untuk belajar... Kekadang bila dah menulis-menulis tu.... tetiba masuk bilik sambung menulis kat meja balik... hihihi...baru ingat pesan mama kot.... -comel kan?

Meja belajar dia juga kekadang jadi tempat dia main masak-masak....hihi.. Kekadang main cikgu-cikgu ngan mama... kekadang jadi tempat dia lambak semua mainan kat atas tuh..... Kekadang jadi tempat singgahan je... Tengah-tengah main..tetiba duduk kejap atas kerusi...pastuh sambung main balik.... :-) Kekadang duduk kat meja belajar sebab nak tengok Mr. Noddy jap... [tv berhadapan dengan meja belajar]


Nanti bila nanak dah start kena ngaji IQRA, kenal Alif, Ba, Ta.... mungkin masa umur 3 tahun nanti, meja belajar ini akan berguna menjadi tempat ngaji nanak lak. Insya Allah......







4 comments:

  1. Waah...best nyer..saya belikan jugak untuk anak tapi meja study dia dok tolak keliling rumah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... Biasala tu..nanti bila dia dah faham apa itu kegunaan sebenar meja study mesti dah tak tolak-tolak dah... :-)

      Sekarang, bagi dia tolak puas-puas dulu ngan meja tu...

      Delete
  2. salam kat melaka mane leh dpt set kerusi n meja ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang saya punyer ni..beli kat IKEA..
      Kalau kat Melaka, tak tahu la pulak kat mana nak carik..

      Mungkin ada design yang lebih kurang macam ni..
      Tapi tak tau la kat mane...hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015