09 November 2012

Bertabahlah wahai sahabat........ :-(

Assalamualaikum...


Photo : Credit to www.iluvislam.com
Apa rasa bila hidup diuji/diduga oleh Allah?
 Ujian/dugaan dari Allah datang dengan bermacam-macam cara, pastinya juga berbeza-beza dan datangnya mungkin dalam sekelip mata, berakhir dalam masa terdekat atau mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tiada siapa dapat lari dari ujian/dugaan Allah ini.. Yang pasti kita sebagai hambanya yang kerdil hendaklah radha atas ketentuan Allah disamping sentiasa berdoa memohon belas Ihsan dari Yang Maha Esa supaya setiap ujian/dugaan yang diberikan itu dipermudahkan dan ada jalan penyelesaian akhirnya. Usaha dan ikhtiar tidak putus-putus juga adalah perlu kepada penyelesaian setiap masalah yang diberi Allah.
Ada yang didatangi ujian/dugaan dengan kesenangan, kemewahan berganda-ganda. [Dinaikkan pangkat kepada peringkat yang tertinggi, menang wang tunai berjuta-juta, mendapat zuriat yang maha bijaksana, diberi paras rupa yang cantik tak terkata, maju dalam perniagaan, mendapat jodoh dengan usahawan berstatus Dato'] Jika itulah ujian yang Allah berikan, maklumlah kita bahawa ujian-ujian tersebut adalah ujian Allah untuk menguji lalai/alpa/leka atau tidak hambanya dengan kesenangan yang diberikan. Adakah dengan kesenangan itu kita ingat akan tanggungjawab kepada mereka yang kurang berkemampuan? Ingat untuk melakukan ibadat-ibadat kepada-Nya?
Ada yang didatangi ujian/dugaan dengan kesusahan, musibah dan malapetaka [kehilangan orang tersayang, kemusnahan harta benda akibat dari bencana alam, diserang penyakit merbahaya yang boleh membawa maut,  muflis dalam perniagaan, hilang aggota badan akibat kemalangan] Jika beginilah ujian yang didatangi Allah kepada hambanya, Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran hambanya dalam menghadapi ujian maha hebat itu. Seteruk mana dugaan yang diberi Allah, adakah hambanya masih mengingati akan adanya Allah tempat mengadu masalah, tempat mendamba simpati? Adakah hambanya ikhlas menerima dugaan maha hebat ini dengan Redha dan sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik untuk keluar dari kepompong kemiskinan? mencari ikhtiar terbaik untuk mengubati penyakit selagi nyawa masih di badan? berusaha mencari rezeki yang halal walaupun badan sudah tidak lengkap anggota dengan sempurna? Redha dengan pemergian insan tersayang dan sentiasa tidak lupa untuk menyedekahkan Al-Fatihah mahupun Yassin untuk kesejahteraan si mati di alam sana?

Ya Allah....
Lancarnya jari jemari ini menari-nari di key-board... mengarang tentang apa rasa bila hidup diuji oleh-Mu. Kuatkah saya jika ujian itu hadir pada diri ini, dan datangnya bertimpa-timpa? :-( -Kuatkan semangatku Ya Allah.. Aku mohon pada-Mu...
Hati kecil saya menanggung kesedihan yang tak terucap dengan kata-kata semata, tak mahu digambarkan dengan air mata berlinangan kerana itu petanda kelemahan. Terasa ada kesesakan di dada yang tak teluah.... terasa ada keluhan kecil dijiwa... [keluhan itu petanda tidak menerima takdir Allah]-Nauzubillah!
Berat bahu, hati, jiwa saya mengenangkan ujian/dugaan Allah kepada mereka yang diuji Allah.. Berat lagi diri mereka, ahli keluarga mereka menanggung ujian dan dugaan-Mu Ya Allah..
Permudahkan lah...... Kurangkan lah..... Simpatikan lah.... Bantu lah...
Padamu kami memohon pertolongan dan simpati....
Bertabahlah wahai sahabat... Insya Allah, Allah membantu dalam setiap ujian yang diberikan... Sesungguhnya Allah merencana sesuatu yang memang mampu kamu hadapi.. bersabarlah...... :-)
Topik yang sama di pagi jumaat oleh blogger ini :
http://zamani84.blogspot.com
http://peliks.blogspot.com

2 comments:

  1. Tu la..hidup ni senang ke susah, mmg satu ujian untuk kite.. nak tengok kite ni hamba yg bersyukur & ingat tak dekat DIA...

    semoge Diana tabah dgn ape2 yg tengah dilalui sekarang n semoge dipermudahkan, insyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  2. Tq Nadot...

    Semoga Allah permudahkan setiap dugaan yang melanda....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015