Assalamualaikum..
Hari-hari rasa nak bercerita pasal Khilfi Eusoff. Nak tulis setiap saat indah tumbesaran nanak. Boleh kan??
Kali ini Khilfi Eusoff dan shiekal [bunyi sebutan nanak macam yang saya eja ni la...]
Setiap kali pergi Gaint Batu Caves.. setiap kali tu lah kami confirm akan pergi bahagian basikal-basikal... Sebabnya memang itu lah tempat yang nanak paling suka nak duduk lama-lama. Mama dan papa pun melayan aje laa..hingga nanak rasa boring naik basikal.... Tapi pandai boring ke anak-anak kecil kita ni? Dah tentu lah tidak... Endingnya mesti ada drama nangis-nangis bila mama dan papa ajak pergi kat tempat lain pulak.. Kesian nanak.
Masa kecil-kecil dulu... biasanya pemilihan basikal nanak ialah basikal yang kecil-kecil, basikal beroda empat, yang boleh tolak dengan kaki aje tu, yang paling memikat hati sebab ianya adalah bewarna-warni.., lagi-lagi yang ada gambar karton-karton kan.... dah puas naik yang nih.... naik yang lain lak..kekadang sampai berbuah-buah basikal yang dipandu uji..hihihhi....
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Sebab nanak nampak terlalu minat dengan basikal, maka kami beli la bende alah ni kat nanak. Sebenarnya ianya bukanlah basikal pun... lebih kepada traktor. Datang siap dengan sebuah topi kontraktor. Kenapa kami beli traktor? bukan basikal? Entah....waktu tu terasa nanak masih terlalu kecil untuk naik basikal. Naik traktor mungkin lebih selamat kot.... kot la...hahahha.... Tapi nanak tetap suka... macam suka naik basikal gak... Naik bende alah ni papa ngan mama kene tolak jugak...sebab kaki nanak masa tuh pendek lagi nak kayuh sendiri. Nak naik pun perlu mama dan papa tolongkan. Kalo tak..tak lepas naik la... [So..motif rasa traktor selamat dari basikal...? Errrkkkk... entahhhh hahahahaha]
Kalo nanak naik traktor nih siap nak pakai dengan topinya sekali..Terasa ala-ala kontraktor dah...comel...
.....................................................................................................................................
Aritu masa kami jalan-jalan ke Padang Besar, Kedah.. en.suami ada belikan nanak satu basikal. Harganya, murah sangat-sangat nak dibandingkan kat sini (KL) RM25.00 je kot. Sebab harga yang tersangat la murah tu, maka kami beli la dan angkut masuk kereta. Berhimpit-himpit la kami dalam kereta tu, dah lah barang lain banyak lagi.. Tapi sebab nak, sanggup aje... hihhiih.. Masa kat dalam kereta siap nanak naik basikal tu dah pun...sampai tergolek-golek time papa membrek. Tapi tak jadi hal pun kat nanak. Dia tetap nak naik basikal tuh sampai la dia rasa boring.. hihhi
Bila dah ada basikal tu...traktor dah tak berapa naik dah pun. Naik basikal je memanjang. Cuma kelemahan basikal murah ni adalah ia amatlah ringan. Kadang-kadang macam bahaya untuk nanak bila dia dah pandai bawak laju-laju nanti. [Sekarang nih ok lagi la..sebab bawak basikal main kayuh kaki lagi, tak pandai nak kayuh ngan pedal basikal lagi pun]
Sekali-sekala ada jugak lah tergolek ngan basikal nih...nangis kejap pastuh sambung main balik... anak lelaki kan... lasak tu pasti.
Bila dah ada 2 kenderaan kat rumah saya nih.... mula la, tuan kenderaan ikut suka hati nak parking kat mana-mana lepas main. Saya hanya benarnya main 1 kenderaan sahaja satu masa. Lagi satu kene ada dalam bilik mainan. Tak boleh nak bersepah-sepah kat luar..
Kekadang tuh lepas main, traktor parking baikkkk punya kat dapur... mmmm...
Mulalah volume suara mama naik sikit "Eusoff.... traktor parking dalam bilik sayang....."
Terkedek-kedek nanak berlari amik traktor..terus parking dalam bilik. Macam tu lah jugak dengan basikal... Perlu diingatkan setiap masa dan ketika... Biasa lah anak kecil...
Bila setiap kali saya memberi arahan untuk letakkan traktor atau basikal ke dalam bilik, dan time-time tuh dia belari terkedek-kedek mengambil kenderaan dia nih... dan bawak masuk bilik, masa tu saya rasa syukur sangat sebab Khilfi Eusoff seorang anak yang ringan tulangnya. -Alhamdulillah...
Cuma ada masa-masa malas nanak, dia akan buat jugak... tapi lambat-lambat jer perbuatan dia. Biasanya jadi macam nih bila nanak tengah tengok Upin & Ipin, Boboboy atau tengah main game. -Alhamdulillah juga...
Kalo dia tengah malas betul! nanak tak buat pun.... dan mama dia la yang kene buat, demi malas nak tengok kenderaan-kenderaan nih bersepah merata-rata tempat... -Biasalaa.... :-)
-Tetap mama ucapkan Alhamdulillah...
.....................................................................................................................................
Berbalik kepada cerita basikal kat Gaint;
Terbaru baru nih kami ke Gaint Batu Caves lagi... Biasalah..jalan-jalan cari makan, sambil beli barangan dapur yang dah nak abis tuu..
Macam biasa langkah kami terus ke bahagian basikal-basikal kat belakang tuh..
Kali nih selera nanak dah lain...... nanak dah pandai nak naik basikal besar. Yang warnanya tak colorful pun.... Rasanya basikal untuk kanak-kanak usia 4-5 tahun. Tapi itu lah yang dia mintak naik. Saya rasa anak saya dah besar...... :-)
.....................................................................................................................................
Saya tanya en.suami;
Nak kene tambah 1 kenderaan yang lagi ke kat rumah tu? huhuhuh
En.suami senyum penuh makna.... [Faham dah... :-)]
Sikit masa nanti, ada la tuuu.....
ok la tu Na,bg je Eusoff belajar naik basikal dan kayuh basikal....jgn jadi macam...(lah..weh...lah..weh tu...)kih...kih....
ReplyDeletekikiikiki...betul tu kak Ngah... hahhahahahhaha.....
ReplyDelete