02 November 2012

BR1M 2.0 -Itu rezeki mereka..


 Assalamualaikum...
Pepagi lagi ada abang yang baik hati kat office bagi borang nih :
BORANG PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2.0.
Masalahnya saya tak laa berapa nak layak untuk memohon... teringin jugak nak dapat duit free RM500.00 kan... Takde siapa yang tak nak, banyak bende kot boleh dibuat dengan duit tuu....kan? kan? Tapi takpe laa...mungkin rezeki untuk saya dapat duit-duit free macam nih takde...
Masih ramai orang kat luar sana yang lebih-lebih-lebih layak... Itu rezeki untuk mereka...
Bagi yang tak layak tuuu, tapi macam2 bende yang dibuat untuk dapatkan jugak duit RM500.00 tu.. termasuklah menipu data-data diri, terutama lah bab-bab gaji.. sedarlah anda bahawa, apa yang akan anda dapat itu bukanlah hak anda sebenarnya. Bagi makan anak isteri menggunakan duit yang bukan milik anda, sangat lah tidak berkat.
Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.. :-p






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015