Assalamualaikum...
Semalam, selesai urusan menyedekahkan duit ke bank-bank terkemuka dunia... kami bersepakat untuk membawa nanak ke Kedai makan Upin & Ipin, Cawangan Taman Melati. Ini kunjungan ke dua kami selepas Kedai makan Upin & Ipin Cawangan Shah Alam tempoh hari.
Seperti biasa nanak saya teruja yang amat bila melangkah masuk ke kedai makan ini, yang mana keseluruhan dinding dipenuhi gambar watak kegemaran nanak, UPIN & IPIN dan kawan-kawan.
Mulut bising memanggil PinPen!! PinPen!! Mungkin pekerja kedai itu sudah terbiasa dengan gelagat anak-anak kecil yang masuk ke dalam kedai dan akan membuat bende yang sama seperti nanak saya buat... Itu lah gambaran keterujaan anak-anak kecil apabila berjumpa dengan animator kegemaran mereka! Begitu berjayanya UPIN & IPIN dan kawan-kawan mempengaruhi minat anak-anak kecil..
Memang dari kecil [kecil dari sekarang laaa.. :-p] minat akan UPIN & IPIN sudah dikenalpasti... Baca entry ini : "Pin-Pen"
Untuk menu nanak, of coz saya ambil ayam goreng Upin & Ipin..
Gambar credit to : http://upindanipin.com.my |
"Yeayyy...ada ayam goreng!!"
Boleh bayangkan tak sorakan dari watak upin & Ipin? hehhehe..
Boleh bayangkan tak sorakan dari watak upin & Ipin? hehhehe..
Ayam yang akhirnya papanya jugak yang habiskan sebab nanak sebok dengan cerita Upin & Ipin aje di kaca televisyen. Sampaikan ada lah sorang brader ni dok berdiri mengganggu pemandangan nanak, dan nanak jerit "Pi..pi!!" Dengan gaya tangan suruh ketepi. Tergelak kami suami isteri... nanak-nanak..sudah besar rupanya kamu..
Kedai ini juga menjual banyak barangan Upin & Ipin untuk kanak-kanak, ada botol minuman, t-shirt, payung, key-chain, fridge magnetic, tuala, bekas pensil, pensil warna, buku-buku, ais krim Upin & Ipin, bijirin makanan kanak-kanak Upin & Ipin, Air minuman kanak kanak berperisa Upin & Ipin, dan baaanyak lagi...
Untuk nanak, saya belikan towel Upin & Ipin. RM30.00 untuk sehelai. Terdapat dalam 2 pilihan corak menarik yang boleh dipilih. Dan-dan tu jugak la nanak nak buka towel tu... Adoiila... Itu lah nanak dan keterujaannya bersama watak kegemarannya UPIN & IPIN. Tak menyabo-nyabo... :-)
Jom layan gambar.... Setiap gambar ada kenangannya... :-)
Papa dan jurujual cd cetak rompak Upin&Ipin... X beli pun! Kami tak sokong lanun cetak rompak! |
Daaa..
No comments:
Post a Comment