31 July 2012

"Pin, Pen"

Assalamualaikum…

Baru-baru ni saya terdetik nak belikan nanak pencil colour dan colouring book. Nak start bagi nanak pandai pegang-pegang pensil dah…  Ok, saya dah beli dah pun mase ikut en.suami pergi Pertama Complex, survey barang beliau, seminggu sebelum puasa hari tuh. Saya dan nanak lak cam biasa carik kedai buku la untuk tidak keboringan… [sebenarnya malas nak mendengar en.suami bertanyakan hal-hal gadjet yang saya memang tak faham langsung!]


Akhirnya nanak dapat satu pencil colour panjang dan satu colouring book [duck-gambar depan buku tersebut]- Balik rumah bagi nanak pegang-pegang buku dan pensil warna tu…nampak macam tak teruja sangat… Nanak lebih nak hangkut basikal ringan dia kemana-mana…. Bilik mainan, bilik mama dan papa, dapur… Dan parking sahaja di mana-mana yang dia nak tanpa rasa bersalah! Hihhiih.. Terus saya simpan balik buku dan pensil warna tersebut… dalam hati “belum minat lagi..”

Hari tu pulak, saya ada jalan-jalan kat Gaint Batu Caves, saja jalan-jalan cari makan sambil tunggu papa balik kerja. Dah sebab boring sangat duduk kat rumah… Saya bawak nanak main-main kat playground. Dah boring main kat situ… dah tentulah kedai buku lak jadi lokasi seterusnya. Nanak suke masuk kedai buku macam mama dia. Habis buku kat situ dia nak capai….tapi kena la saya kawal sebab nanti tak pasal-pasal kene bayar buku yang koyak kan.. Nanak cam biasa, angkat letak, angkat letak buku, stationery… kat situ.. Lagi-lagi kalo yang gambar kartoon warna warni. Bila saya suruh letak balik, pandai lak dia letak kat tempat asal…Good boy..


Nak balik tuh sempat lagi saya ambil satu colouring book [Mickey Mouse –gambar depan buku tersebut] dan satu pocket file [material kain] untuk nanak isi semua colouring book dan colour pencil dia. Tapi, balik rumah aje..bagi buku tu..tak layan jugak… Alahai…anak..mungkin belum berminat nak mewarna, atau watak kartoon itu tidak menarik- Saya simpan balik!



Hujung minggu baru nie, saya sekeluarga balik berbuka puasa kat Terengganu. Seronoknya!!!! 3 hari 2 malam terasa macam sekejap sangat…mmm…tak cukup nanak nak bermesra ngan atok dan aki.. Nak rapat-rapat, dah kene berpisah lagi… sedih je…

On da way balik ke Batu Caves, En.suami singgah isi minyak kat R&R Gambang… So, saya bawak la nanak ke kedai Petronas tu kot la nanak nak makanan apa-apa kan… Tahu apa yang dia tunjuk dulu…?? masuk-masuk sahaja kedai tu? Colouring book [Upin & Ipin –gambar depan buku tersebut] Siap bagi tahu saya “Ama..Pin, Pen!”… “Nak..” Wah…wah…wah… So saya belikan lah buku tu… Sepanjang-panjang perjalanan ke Batu Caves, nanak sebok ngan buku “Upin & Ipin” Hilang aje dari mata dia buku tu..terus tanya “Ama, Pin, Pen??” hihihii…Mungkin inilah watak kartoon yang nanak suka…berbanding Duck dan Mickey Mouse… hihih

Kat rumah, papa bagi pencil colour, nanak dah kusyuk mewarna.. “Pin, pen” nya… Asyik-asyik tunjuk kat "Pin, Pen” -mungkin nak bagi tahu papa dan mama “Upin & Ipin”. Sampai terkoyak-koyak la bekas pencil warna dan buku..hehe Dah nampak nanak leka, saya tarik satu-satu pensil warna untuk disimpan…bukan apa, saya takut perkara dulu terjadi lagi..hehhehehe Takut kottttttt… Perkara apa?? Baca ENTRY ini..hehhehe :-)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015