Salam...
Alhamdulillah, buat kali ke-2 di tahun 2012, satu lagi reunion berjaya dilaksanakan. Arrangement mengejut oleh en.suami. Saya sangat bersetuju dengan sesuatu perancangan yang tiba-tiba, sebabnya ia pasti akan terlaksana, berbanding perancangan yang mengambil masa yang lama yang akhirnya berakhir dengan "tak jadi" hehehhehe..
Sebenarnya reunion mengejut ini terlaksana kerana, salah seorang dari sahabat kami, Nora akan balik ke kampungnya di Pahang mungkin dalam tempoh yang lama sebelum dipanggil posting untuk bertugas di mana-mana sekolah nanti..biasa macam tu la kot kalo nak jadi sorang pendidik. Sekarang beliau baru aje abis pratikal di sekolah area Puchong. So, sebelum beliau balik Pahang nie, memang ingat nak lepak-lepak dulu, kot laa lepas ni dah susah nak jumpa... begitu la al-kisahnya...
Lokasi reunion yang tak dirancang, Restoran BRAVO's di Taman Puchong Utama menjadi pilihan. Masa nie kami ber 4 sahaja, en.suami, nora, nanak termasuk la saya. Emil lambat balik kerja katanya. Tapi akan menyusul gak ke Puchong. So kami decide untuk menanti hingga la en.emil sampai. Makanan kat sini boleh la tahan. Tapi bukan di tahap yang sedap ok.. Boleh tahan sahaja... Tapi tak tau la selera orang lain... :-p
Bila dah nanak macam nak buat onar (macam biasa.. :-p) plan ke-2 muncul tanpa dirancang. Round-round area rumah Nora, dan lepak kat kedai makan lain lak..(minum-minum sahaja) sambil menunggu emil sampai. Errkk tapi cam boring lak kan.. sebab baru je pas minum! So, Nora decide jom lepak kat court futsal... Oyeaaahh.. sekali pergi court kosong, dan dalam kereta ada bola... Yehaaa.... futsal time..!! Tapi takde la kitorang main futsal betul.. sekadar sepak-sepak, kejar-kejar dan rebut-rebut bola sahaja... En.suami dengan tenaga lelaki, memang mudah mengalahkan kami-kami yang perempuan nie, walaupun bermain dengan mendukung nanak...! Uissshh geram jerrkk.. :-o Memang berpeluh sakan laa kami... Ada yang terbaring-baring la masa main tuu.....:-) hahahhaha... memang best!! Harap-harap terbakar la kalori yang diambil masa makan tadi.
Berehat seketika bersama kit kat.. Penat! |
En.suami muka bangga dapat kalahkan kami..huhh..:-p |
Nanak yang asyik dah dukung papa tiap mase... |
Dah sampai emil, kitorang gerak ke kedai mamak berdekatan. Lepak-lepak sambil citer-citer pasal isu-isu terkini lagi sensasi... seronok sekali sekala dapat lepak-lepak macam nie.. Mujur nanak ok, cuma kekadang ek...ek..ek.. jugak keboringan. saya umpan bawak pergi 7Eleven beli makanan dan mainan terus ok... :-) Kitorang bersurai dalam kol 1am lebih [hamboi tak agak-agak lepak, konon macam besok coti kan..?? ekekke], dan sesungguhnya perjumpaan secara tiba-tiba ini sangat succes!! Walaupun ramai yang tak dapat menjointkan dirinya.. takpe...memasing ada hal sendiri, nak wat camne kan... :-)
Tak sempat nak ambik gambar bukti kehadiran emil...hihihih..
Next reunion please.... [lepas raya, hopefully...]
No comments:
Post a Comment