Assalamualaikum...
Apa cerita azam saya untuk kurus? Alhamdulillah...azam itu tetap ada sampai bila-bila... Saya masih meneruskan penggunaan Herbalife hingga kini dan keberkesanan sangat mengagumkan. Cuma untuk beberapa bulan kebelakangan ini, mood nak upload apa yang saya makan tiap-tiap hari tersangat la kurang. Atau lebih tepat lagi "malas" nak memberi komitment untuk update blog setiap malam. Lagi-lagi nak mencuri waktu selepas nanak sudah tidur. Jadinya saya lewat tidur dan bila waktu kerja tersangat la mengantuk. Terasa seperti tak bagus bila jadi macam tu kan?
Sepatutnya effect saya minum tea mix, boleh menyegarkan badan, menghilangkan ngantuk, bertenaga sepanjang hari... tapi saya lak sebaliknya gara-gara nak mengupdate apa yang saya makan setiap hari di dalam blog itu.
Sebab itu laa..... memang takde menu makan harian saya sekarang.
Tapi,
Ada pulak keburukannya...pulak.. :-(
Saya tak dapat mengira kalori yang saya telah ambil dalam sehari. Kekadang, setiap apa yang saya makan, saya main tibai kuantiti dan juga kualiti.Errrr... kualiti bermaksud lemak, ke minyak ker, masin ke, manis ke...saya main sapu bersih!! Pendek kata tidak mengupdate menu makanan harian ke dalam blog bermana komitment saya untuk mengawal pengambilan kalori sangat-sangat lah kurang. Adakah ini alasan saya sahaja??
Entah lah...yang saya pasti saya adalah seorang yang sangat memerlukan inspirasi dalam melakukan setiap azam yang sedang saya usahakan. Ingat entry ini? Entry yang melayakkan saya menyertai seminar : Jom Kurus Dengan Kelvin Zahri
Berat saya sekarang, Alhamdulillah telah banyak turun berbanding sebelum..
Ingat entry ini? : Ulangkaji balik
Titik permulaan saya terjaga dari tidur yang lena dengan mimpi yang indah-indah.... Bila dibaca balik sudah banyak perubahan yang telah saya lakukan hingga kini, hasil dari kuat semangat diri sendiri dengan bantuan Herbalife... Alhamdulillah..segala-galanya bukan impian semata. Ianya mampu menjadi realiti jika ada semangat dan keyakinan membara! Itu yang saya belajar dari hidup ini. Alhamdulillah...
Salah satu pembakar semangat saya adalah EMAK! Saya tahu walaupun arwah sudah tiada, saya tetap perlu kuat, atau lebih kuat dari sebelum. Emak adalah pengkritik tetap saya, jika arwah melihat saya makan terlalu banyak, arwah akan tegur saya...dalam erti kata lain menyedarkan saya dari kelalaian. Apabila saya telah turun berat badan, arwah yang akan memberi kata-kata pujian dan memberi kata-kata semangat supaya saya terus berusaha untuk lebih kurus lagi dan mengekalkan hasil yang telah saya perolehi.
Saya tahu kenapa arwah bersungguh-sungguh agar saya menjaga berat badan : Arwah sendiri menghidapi Kencing manis, dan darah tinggi. Bermaksud saya dan anak-anaknya yang lain sangatlah berpeluang untuk mendapat penyakit ini jika tidak menjaga pemakan dan tidak menjaga berat badan. Itu lah tujuan utama kenapa arwah sangat-sangat menyokong azam saya ini.
Rindunya pada emak, hanya Allah yang tahu akan kerinduan ini. Al-Fatihah.
Sepanjang Ramadhan, Syawal & Zulkaedah ini, selera makan saya sangat-sangat la "Berselera" huhuhuh... Bimbang pun ada nih... berat naik sikit.. [timbang pada 05 Nov 2012].... Saya tahu saya tak boleh terus dalam kelalaian! Kelalaian yang sedikit akan mengakibatkan saya sengsara.. :-)
Mungkin saya perlu teruskan untuk update apa yang saya makan setiap hari. Dengan cara ini saya adalah boleh mengawal kadar kalori yang masuk setiap hari tanpa ada yang terlepas pandang! Yes..! Perlu pandai mencari masa untuk update entry ini. Saya yakin saya mampu!
Saya mampu untuk lebih sihat! Saya mampu untuk lebih kurus!
Anda juga!
Chayok... ;) psst...saya pon ambil Mr H tu...hihi...tapi mmg ikut mood saya lah...hehe..
ReplyDeleteWah.... Chayok untuk Intan akma jugak ye... :-)
ReplyDelete