23 November 2012

Menggigil @ snowalk I-City Shah Alam

Assalamualaikum..

14 November 2012 baru-baru ini, kami berkesempatan menjejakkan kaki ke I-City Shah Alam. Sepanjang 2 tahun jugak la kami bermastautin di Shah Alam [2009 & 2010] setiap masa boleh menikmati cahaya berwarna-warni I-City nih..tapi dari jauh sahaja lah.... Tak ada perasaan pun nak menjejaki I-City nih.... Kesian kan...?

Bila dah tak duduk di Shah Alam nih.. baru la rasa keterujaan lebih untuk melihat sendiri keindahan cahaya warna warni I-City dengan lebih dekat. Yeayyy...akhirnya.. :-) 

Kami pergi bukan bertiga sahaja, kakak saya dari Terengganu bawak anak-anak berjalan sempena cuti sekolah dan kebetulan suami  beliau ada kursus dalam minggu ni kat KL, so peluang ini lah kami ambil untuk tumpang sekaki. hihihi..owh, dan seorang anak saudara saya yang sedang belajar kat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam ni pun joint sekaki.. Maka berkaki-kaki la kami pada malam tuh di I-City Shah Alam...




Ramai sangat orang sebenarnya.....nak main bende alah yang kat luar tu pun kene beratur panjang. Memang tak arr nak menunggu sambil mendukung nanak yang berat seguni beras nih... adehh.... kami suami isteri dan nanak cume mencuci mata melihat keindahan warna-warni lampu-lampu sahaja, sambil bergambar sekeping dua. Sebab dah terlalu ramai sangat orang, dengan keadaan yang sedikit panas, sampai berpeluh-peluh jugak la.. nanak start bad mood. Tak nak berjalan sendiri...berdukung aje kerjanya.



Sudahnya sebab dah panas sangat kan... kami decide untuk masuk snowalk. Tq Achik sebab belanja tiket masuk kami...hiihihi.. Saya suka..saya suka... Moh kita sejuk-sejukkan badan...! Excited kot...sebab terasa feeling-feeling nak main salji je rasanya..hahhaha...

Errkk...tapi agak-agak dengan berseluar jeans, t-shirt & beselipar sahaja, [saya, suami dan nanak] sesuai ker nak masuk? Lagi-lagi la biler dengar cerita dari blogger-blogger yang dah pernah menjejaki snowalk I-City ini, kene berpakaian sesuai dan yang lebih penting hendaklah berkasut.. sebab keadaan dalam nya sangat laaa sejuuuukk.. Oleh sebab tiket adalah disponsor, maka kami meredah jugaklah walaupun kami dah maklum akan kesan dan akibatnya nanti..... 



Ya Allah.. Sejuk yang tak dapat nak tertahan-tahan. Tak sampai 1 jam kot kat dalam tuh.. Mungkin jugak tak sampai 1/2 jam pun... kami dah tercarik-carik pintu keluar dah.... Kaki terasa kebas... Berpijak pun dah tak rasa apa... Dengan nanak yang tak nak pakai baju sejuk, hanya t-shirt lengan panjang [hoho..mujur berlengan panjang kot], jeans dan berselipar sahaja... menggigil-gigil seluruh badan..hidung dah kemerahan.... Nak dipakaikan baju sejuk pun tetap tak nak jugak walau dipujuk, dipujuk dan dipujuk...

Nampak tak dalam gambar cubaan kami menutup badan nanak ngan baju sejuk yang memang disediakan.. Tetap tak nak... cekal betul hati dia...walaupun sejuk tetap tak nak pakai. Mungkin jugak nanak takut sebab baju sejuk tuh warna hitam...hahahh..apa-apa sajalah kamu ni wahai Eusoff.....
Keluar dari situ sepertinya satu kenikmatan aje... Tak tahan la sejuk yang terlampau... Menggigil tak ingat kami kat dalam tu... Alhamdulillah Allah mengurniakan Malaysia dengan iklim khatulistiwa. Tidak terlalu sejuk terlampau dan tidak juga terlalu panas terlampau. Orang kata sedang-sedang elok saje....
Untuk mengurangkan kadar kesejukan terlampau kami pada malam tuh... keluar ajer dari snowalk tu, pekena nescafe panas dulu... Sruupppppp... nikmatnya..

Ok, sesapa yang belum lagi pernah mencuba merasai kesejukan yang amat di snowalk I-City Shah Alam; dengan bayaran tiket seperti yang disebutkan di bawah, rasailah kesejukan, keseronokan ala-ala anda berada di oversea... Sangat mengembirakan dan pastikan anda berpakaian sesuai untuk masuk ke sana okay...? -Jangan jadi seperti kami........ :-p
i-City Snowalk Ticket Price
[Before 6pm] Adults : RM 25 Children : RM 20
[After 6pm] Adults : RM35 Children : RM30
Opening hours of i-City Snow House:

Monday to Thursday: 7.00pm to 11.00pm
Friday to Sunday:7.00pm to 12.00am
Entrance to I-city:
RM1 per entry (6.00am - 6.00pm)
RM10 (6.00pm - 6.00am)

2 comments:

  1. Sabtu lepas baru je pergi.. Seronok gaklah tapi ambil games / entertainment yang murah je sebab malas nak belanja besar2.. sebab i-City ni pun boleh tahan cekik darah jugak sebab banyak benda kena bayar.. huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah...kalo ikutkan masuk snowalk, memang mahal dan tak berapa berbaloi.. Ramai orang kata macam masuk peti sejuk je... :-p Mainan-mainan lain pun mahal jugak kan bayaran dia..

      Bagi yang bawak anak jalan-jalan, sekali sekala dapat bawak sini best la jugak..menghilangkan keboringan kan....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015