29 December 2016

Baju sukan sekolah & kedudukan kelas abang Eusoff..😄

Assalamualaikum...

Tak habis lagi ni membeli barangan untuk sekolah abang Eusoff.. tinggal lagi 5 hari je lagi sebelum sesi persekolahan bermula. 

Tinggal nak beli buku-buku sekolah kebangsaan je lagi dah.. Buku-buku sekolah agama dah bayar sewaktu hari orientasi aritu. Dapat bukunya buka sekolah nanti kata ustaz/ustazah. Lencana sekolah agama dan file peribadi semua dah dapat sewaktu hari orientasi tu.

Balik dari orientasi sekolah agama abang Isnin baru ni.. papa menyingah kat sekolah kebangsaan jap.. niatnya nak beli baju dan seluar sukan sekolah abang. Stok dah sampai dah.. ambik la dua pasang.. senang buat tukar-tukar.



Sekali kedudukan kelas pun dah siap tampal juga dah kat papan kenyataan. Panjang leher-leher kami carik nama abang kat situ sambil berdebar-debar dalam hati.. mana kelas la si abang nanti.


Heheheh.. 1 Amanah. Kelas ke-5 dari 6 kelas. 😅😅 Takpa... takpa... masih terlalu awal untuk mama nak kecewa-kecewa pun.... nanti dah belajar.. dah pandai-pandai.. cuba naik..naik dan naik kelas lagi ya abang. 

Ini baru permulaannyaa....
Insya Allah abang mampu nanti..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015