03 January 2017

1st day school 2017 - Sesi pagi : Sekolah agama

Assalamualaikum...

Emosi bercampur baur pagi-pagi.. Anak sulong mama dah ke sekolah rendah. 😒

Duhai masa.. laju sungguh berlalu pergi.. 
Sehinggakan tanpa sedar anak-anak makin menginjak dewasa.. dan mama papa bertambah usia. Allahuakbar..

Pagi-pagi seperti dijangka.. adengan bangun pagi bermula. Papa cool je.. laju-laju bangun siapkan diri.. masuk dapur tung tang tung tang..siap nasi goreng telur dengan sausage untuk bekalan abang. Tugas mama, siapkan abang.

Angkat bawa masuk bilik air.. berperang mandikan dan gosokkan gigi. sukar tapi mama berjaya!

Siapkan pakai baju, stokin, songkok, jam..galas bag.. baru muka ada senyum. Keluar rumah.. tanah masih gelap..
"Kenapa kita kena pergi sekolah at the night time mama..?" πŸ˜‚

Sampai sekolah bawa masuk kelas. Dudukan abang di sebelah Farouk dan Ashraf. hihihi... siap-siap mama bagi kawan tau.. takut tak reti nak mula berkawan.

Krik..krik..krik...

Masing-masing sepiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



Ustazah masuk kelas bawa pergi dewan untuk perhimpunan.. Mama, papa, Elyass tinggalkan abang di sekolah. Belajar berdikarilah..

*cari breakfast.. mama lapo..kikiki


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015