08 January 2017

Mini Karnival MakanannTradisional & Produk Terengganu

Assalamualaikum...


Berkesempatan juga harini ke mini karnival makanan tradisional & produk Terengganu. Hari terakhir dah pun harini..

Sebab memang lah bangsa suka makan.. lagi-lagi makanan negeri sendiri ni.., jadi memang tak lepaskan peluang laa. Menda yang sangat berhajat nak makan adalah rojok kateh, makanan famous orang Terengganu terutama di bulan puasa dan di waktu raya haji. Barang susah nak dapat nihh😄

Dalam pukul 11 lebih dah sampai sana.. mujur senang parking.. terus je masuk ke khemas jualan.. tengok kiri kana, depan belakang... dah tak keruan.. (tambah lagi tengah lapar..) ambik-ambik dan bayar.... nahh.. ni dia...





Dan sejenis lagi keropok lekor/keropok cheese.. masuk kereta terus ngap dok dang-dang.. jadi tak sempatnya dia berselfi..😂

Semua sedap-sedap.... hilang rindu kepada makanan negeri tercinta itu..

Sesambil membeli, berkesempatan pula menjawab soalan kuiz.. dah dapat menang hadiah.. Alhamdulillah langkah kanan harini..


Sempat bergambar dengan orang kuat diantara yang kuat-kuat disebalik majlis ini.. En.Ridhwan..heheh..
Kasi can suami ngan anak-anak je la bergambar.. mama is malu..🙈 takut tak muat kamera..😂😂😂


Kekenyangan makan makanan unik Terengganu. Terlepas rindu... sebab dah lama tak balik kampung.

Alhamdulillah, banner, bunting name tag untuk majlis ni, berpeluang supply pada mereka. Permulaan yang baik untuk di awal tahun ini bagi saya. Beginner designer sahaja.. tapi Insya Allah.. boleh cuba buat yang terbaik untuk anda..

Kau minat nak buat design dan printing untuk backdrop/bunting/banner atau item-item lain... leh la pm kat fb mama Eusoff Elyass ye..

Fb: Nordianah Alias.

😊

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015