Assalamualaikum...
Dah 4 hari berlalu minggu pertama persekolahan... mama baru nak mengupdate kisah sesi petang persekolahan hari pertama - sekolah kebangsaan..π
Setelah melalui hari pertama persekolahan sesi pagi untuk sekolah agama dengan lancar.. dan abang Eusoff pun macam follow the flow tanpa buat perangai.... mama ingatkan untuk sesi petang akan lancar sempurna seperti sesi pagi juga.
Rupanya... tidak..sama sekali..π
Dia tak buat perangai yang teruk sangat laaaa... tapi dia mengeluarkan ketegasan dalam percakapan dia.. dan dia usaha untuk laksanakan apa yang dia nakππ
"Mama.. boleh saya tak nak pergi sekolah...? Nak duduk rumah jeeee..."
Mama krik..krik.. pandang papa sambil buat muka kelat yang amat. Dan papa balas senyum pada mama dengan senyuman tawar jee.. masa tu tengah laju-laju siapkan makan tengah hari dan siapkan bekal sekolah dia.
Diam-diam abang Eusoff bukakan balik baju, seluar, stoking yang dah dipakaikan tauuu... rasa nak menangis! Papa ambik alih untuk sesi memujuk.. (mama tak mampu nak menghadapi situasi begini biasanya.. so serahkan saja pada yang pakar..)
Pujukan berjaya.. dengan rela hati dia pakai balik semua.. dan senyum tunggu nak makan nasi sebelum ke sekolah. Apa yang papa janjikan tak tahu laahh...π
Sampai sekolah... salam mama, papa dan Elyass, masuk dalam barisan mengikut kelas di dewan besar.. dengar amanat cikgu-cikgu.. dan berjalan dalam barisan masuk kelas. Ok dah.. tak de perangai apa-apa pun.. leganya Allah sahaja yang tahu.. fuhhhhh...!
Perati dari jauh jap...sebelum beredar balik. Biarlah dia di situ menimba ilmu. Apa yang perlu dirisaukan... percaya dengan kemampuan dia.. Abang Eusoff dalam proses menimba ilmu dan pengalaman hidup. Inilah permulaannya..
Dalam hati rasa nak nangis..
Anak mama dah sangat..sangat.. sangat besar!
Cepat sungguh masa berlalu....
No comments:
Post a Comment