15 January 2017

Selesai "pakaikan baju" untuk buku-buku abang

Assalamualaikum...

2 minggu abang melangkah ke tahun satu 2017, baru lah selesai sepenuhnya sesi memberi pakai baju untuk buku-buku sekolah abang. Mujur lah untuk sekolah kebangsaan 3 minggu ini tak perlu bawa buku ke sekolah. Mama utamakan buku-buku sekolah agama sahaja dahulu..sebab sekolah agama, abang Eusoff dah start belajar dah.



Memang struggle sungguh, 60 biji buku... buku teks, buku latihan dan juga buku tulis untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ambik masa dua hari juga nak menyiapkannya. Bukan dua hari direct tau.. bertangguh berhari-hari nak sempurnakannya..😅😅

Mama rasa serba tak kena selagi tak siap sampul semua.. maca ada menda tak settle..😅 Dah siap ni, rasa lega dia tu... fuhhhhh.. tak leh digambarkan dengan kata-kata!! 

Seperti tahun-tahun sudah.. mama gunakan book cover laminated -self-adhesive untuk buku teks dan buku latihan. Tak susah pun cara memasangnya..cuma nak kena teliti takut ada gelembung-gelembung undara tetperangkap di kulit buku tu.. kalo ada kena lurut-lurutkan bagi hilang gelembung udara tu.. baru la comeyyyy.. kemas je..!




Memang merah jari jemari mama bang balutkan buku-buku kamu nih. Harap-harapnya tahun depan mama leh bersara dah... kamu buat sendiri la pulak..😄😄

Minggu ni, minggu ke-3 tak pelu bawa buku ke sekolah kebangsaan, lagi satu minggu berat la bag kamu wahai abang.. hihi




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015