12 December 2016

Sesi Suai Kenal Sra Al-Muttaqin Wangsa Melawati.

Assalamualaikum...

Debaran pertama dah berlalu dah.. tawakkal sahaja la di kelas mana nanti abang Eusoff akan ditempatkan. Paling depan, tengah-tengah mahupun terkebelakang sekali. Takpe.. nanti bila dah start belajar insya Allah makin improve la tahap pembelajaran abang. 

Sewaktu hari suai mesra tahun satu 2017 tu.. ada diadakan ujian untuk penentuan kelas. Ceritanya di sini - Live :: hari suai mesra tahun satu 2017 

Sekarang datang pula debaran kedua, sesi suai kenal untuk sekolah agama, SRA Al-Muttaqin Wangsa Melawati. Berdebar nak melihat reaksi penerimaan abang Eusoff dengan sekolah kedua ni pulak. Harap-harap ok aje la.. bagaimana positif dan excitednya dia dengan sekolah rendah kebangsaan dia tempoh hari. 
Mama ni berdebar je lebih...rupa-rupanya anak ok jeee...

Kelainannya, untuk majlis suai kenal ini, kena pakaikan pakaian seragam sekolah lengkap. Harap abang excited la pakai baju melayu putih sepasang, samping merah, bersongkok dan berkasut.


Mama, papa counting the days dah nihh!



2 comments:

  1. Hoo... dop sabor sangat-sangat dah ni... cepat lah berlalu Disember....hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015