26 December 2016

Orientasi tahun 1 Sra Al-Muttaqin, Jln Wangsa Melawati

Assalamualaikum...

Berpagi-pagian hari ni.. Abang Eusoff perlu ke sekolah agama, untuk orientasi tahun 1 Sra Al-Muttaqin Jln Wangsa Melawati.

Susah lahaiii bangun pagi.. tapi bila dah siap mandi.. dah fresh dia teruja lebih sebab nak rasmikan baju sekolah baru, kasut sekolah baru, bag sekolah baru dan jam sekolah baru. Semua baru lah senang citer! hihi


Sampai sekolah abang dah nampak confius sikit muka dia.. hihi.. muka tak tahu nak excited ke.. nak takut ke.. nak cakap ke.. nak diam ke... bila tengok ramai kawan-kawan berpakaian sama macam dia.. 


Bawak ke dewan dan dia duduk senyap sambil perati orang.. kaki goyang-goyang sekali sekala.. berdebar-debar agaknya perasaan dia saat ni. Offer roti gardenia yang dapat masa pendaftaran tadi pun dia taknak. Padahal favourite tuuuuu... sudahnya Elyass je yang habiskan..


Majlis bermula dengan sesi penerangan dari pengetua. Untuk tahun satu sesi pagi (kelas abang Eusoff), hanya satu kelas dan seramai 7 orang sahaja. 6 lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah.. harap-harap ustaz dan ustazah boleh memberi lebih tumpuan kepada mereka ber-7 ni. Insya Allah.


Bangun dan beratur sendiri. Bila nama dipanggil untuk masuk ke dalam kumpulan nama 7 orang.. dia teragak-agak untuk ke depan. Masih tak yakin agaknya dengan persekitaran baru. Papa hantarkan abang ke dalam kumpulan.

Dengan iringan gamelan, semua pelajar-pelajar beratur dan berjalan di dalam barisan untuk ke kelas masing-masing. Harap abang boleh sesuaikan diri lah ye..😊


Dari jauh tengok abang keluar dari kelas ramai-ramai dengan kawan-kawan. Sampai dekat mama terus cakap.. "mama.. saya pandai, saya tak nangis.. saya nak pokemon!" 😅😅


Sabo je leee....😥

2 comments:

  1. alalala comey...
    belajar rajin2 pandai2 ya dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak comey mana... comot adalahh..hihi..

      Terima kasih sudi singgah baca sini tau... kisah Eusoff dan Elyass..😍

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015