10 December 2016

Playground, Restoran Golek-Golek & kek Secret Recipe

Assalamulaikum...

06 Disember 2016-Selasa

Hari keboringan melampau anak-anak di rumah. Tiap masa abang Eusoff tanya mama.. "petang ni kite nak jalan mana mama?" Kesian anak-anak.. Mama tak pulak rasa boring sebab banyak kerja design yang nak kena hadap.

Abang Eusoff request nak ke playground. Boleh la.. boleh la... petang tu mama papa bawa anak-anak ke playground, jauh sikit la dari rumah. Takpe la janji anak-anak happy. Berpeluh sakan berlari sana sini, panjat sana sini, gelongsor sana sini. Sepertinya dunia ini ana yang punya!



Papa kata harini papa nak bawak makan tempat best-best.. mama pilih je.. Ish tak reti la nak request-request.. mana-mana pun boleh asalkan tempat makan tu nanti ada nasi goreng pattaya.. (favourite abang Eusoff). Papa bawak pergi Restoran Golek-Golek, restoran yang berkonsepkan suasana kampung yang terletak di Pinggiran Lebuhraya MRR2 di Gombak. Ekslusif restorannya..tapi..tapi nasi goreng pattaya tak dop.. Satu hal nak memujuk si abang Eusoff yang awal-awal dah berdrama bila tahu nasi kegemaran dia tak de. Mujur lama-lama ok dah.. Makan je pun nasi putih, telur dadar dan sup ayam dia malam tu.



Sewaktu nak turun dari Restoran Golek-Golek dengan laluan yang super mencabar tu... terasa peperti nak menjunam kerereta ke bawah.. owh... mama is gementar siap peluk anak-anak kemas-kemas sambil pejam mata kottt..kiki, abang Eusoff sempat request nak makan coklat cake la pulak.. Kesian tak dapat nasi goreng pattaya.. jadi papa kata "boleh la kalau nakkk...." papa u-turn ke Secret Recipe, Taman Melati mencari coklat cake abang. Package mama dan Elyass juga dapat sekali la.. tak leh beza-bezakan kasih sayang kata papa..


Begitulah berlalunya sepetang dalam hidup abang Eusoff dan Elyass. Cerita yang pasti meninggalkan nostalgia dalam hidup mereka bersama papa dan mama diusia kanak-kanak mereka.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015