Assalamualaikum...
10 December 2016, hari yang sememangnya dah mama dan papa rancang untuk ke bakal sekolah baru abang Eusoff tahun depan. Tujuannya nak membeli buku-buku tulis dan kelengkapan-kelengkapan yang lain lagi yang memang dah dilistkan oleh pihak sekolah. Ngam-ngam keluar rumah pukul 2 setengah lebih dan sampai kat koperasi sekolah elok-elok sebelum koperasi nak tutup pukul 3.00. Rezeki kami....
Abang muka ketat pergi sekolah. "Saya lapar.... saya nak makan nasi goreng pattaya.." katanya.. erkk..
Jadi settle la membeli beberapa benda yang ada stok ketika ini. Masih ada yang tak dibeli sebabnya stok mungkin akan ada penghujung Disember nanti. Takpe laa.. len kali boleh datang sekolah lagi sebelum buka sekolah tahun depan. Biasakan abang dengan keadaan persekitaran sekolah.
Antara yang dah settle dibeli :
-Buku No. 1 -Garis satu sederhana
-Buku No. 4 -Garis satu besar merah (Jawi)
-Buku No. 5 -Petak sederhana
-Buku No. 9 -Garis empat biru merah
-Buku pemberitahuan
-Buku lukisan
-Fail Peribadi
-Kad 001
-Lencana - 5 unit
-Tali leher -2 unit
Dan item yang masih takde stok;
-Buku Sifir (CM)
-Tulisan rumi tahun 1
-My writing Year 1
-Manual keselamatan
-Baju transisi lengan pendek
-Seluar sukan
Lega sebahagian sahaja.....
Tak dapat lega sepenuhnya.. tapi takpe hujung bulan nanti kita buat lawatan lagi ke sekolah ye abang.. :)
Untuk rekod, Jumlah keseluruhan untuk belian hari ini : RM47.50
22 hari lagi... fuhh..
No comments:
Post a Comment