Assalamualaikum..
Seminggu lebih mama Eusoff Elyass berniaga design secara terus melalui online.. (sebelum ini hanya offline).. di bawah jenama "Anak Pok Yah Kreatif" sehingga tak menyempat nak mengupdate cerita anak-anak di blog kesayangan ni.
Masih tak cekap nak membahagikan masa antara kerja, anak-anak dan rumah tangga..😅 berniaga online luar biasa sangat permintaannya berbanding offline.. Alhamdulillah..
Orang kata baru-baru memang macam ni kan.. lama-lama insya Allah... reti la nak bahagi masa nanti!
Jadual cuti sekolah abang Eusoff masih berjalan seperti yang dijadualkan.. cumanya... ada hari-hari ada benda mama kena skip siang, malam nanti baru mama boleh ajarkan..., masa tengok tv kadang mama baik hati pulak bagi lebihan masa...😂😂😂 Memang seronokkk la dia.... kikiki
Takpe la.. asalkan mama dan anak-anak masih dilandasan yang betul😂😂 kerja mama jalan, anak-anak tidak terabai.
Petang-petang ni keluar office sekejap.. segarkan mata.. selepas sepagi duduk di depan komputer. Lega sikit rasa mata.
Tengok abang Eusoff dan Elyass ni.... bila bawa jalan-jalan semua pun mentido. Bila duk rumah mana reti mengantuk pulak.. Masa tidur siang, 2.30 - 4.30... mata tetap butang, walau dalam gelap pun.. anak...oo anak..
Free-free jenguk la fb mama Eusoff Elyass ye..? Search je.. Nordianah Alias..
Kot la berkenan nak order apa-apa..😆
No comments:
Post a Comment