Assalamualaikum...
Banyak gambar bilik tidur juga bilik mainan abang Eusoff dan Elyass yang saya tepek kat dalam ni nampak bersih..kemas...tersusun...rapi... aje kan?
Bila dah bersih mengemas, lepas tu confirm la akan ambil gambar. Untuk simpanan.. Bila ada idea nak menulis nanti berguna juga gambar-gambar tu. Bilik waktu bersepah, huru dan hara, lintang pukang pun ada juga saya ambil...ada...ada..... cuma jarang sangat update menda-menda yang tak berkemas, tak tersusun, yang huru dan hara..
Buka apa... tak best pulak pembaca blog kecil ini mendapat aura-aura tak best kann...
Haaa..tapi hari ni saya nak reveal la sekali (Jarang-jarang sekali je... boleh yerr???) hihihih. Tahap yang maha teruk dah nih.. Lintang pukang habis... :) Gambar ni, diorang main ramai-ramai.. berkebetulan sepupu-sepupu ada datang, dan berkebetulan juga anak-anak kawan mama datang rumah. Puas hati diorang main waktu ni. Suka pula saya tengok..
Sebelum...
Selepas...
Penat mengemas? Sikit laaa...hahahha
Tapi dak kecik berdua tu pun kena menolong sama la.. mana aci, dorang yang sepahkan.. mama sorang yang kene kemaskan...
Tolong menolong ye anak-anak mama.... :)
No comments:
Post a Comment