19 April 2016

Air :: Ann

Assalamualaikum..

Rindu pada tuan empunya badan waktu kecil dulu...sekarang dah besar dahhh..

Kashfi Elyass dah pandai cakap sikit-sikit..

Mama
Papa
Abang

3 perkataan tu dah fasih sangat dah..cuma tambah sikit pelat-pelatnya bunyi comel sungguh. Rasa nak cubit-cubit mulut tuu... :p Ada satu perkataan ni.. dalam sehari berpuluh kali la dia sebut. Berpuluh kali tepuk, mama papa abang sebab nakkan benda alah ni kat dapur.

Ann = Air

Kenapa "Ann"? Mungkin nak sebut air la tuuu... tapi belum cukup matang lidahnya untuk menyebut. Jadilah bunyi "Ann" sahaja. Takpe, mama papa dan abang sudah faham bahasa Elyass..

"Kena tulis entry dalam blog pasal "Ann" ni mama, sebelum kita lupa. Sebab ini pun sebahagian dari kenangan pembesaran Elyass" -Papa

Supportive sangat kan papa Eusoff & Elyass??

Macam cerita ni; carita kecil-kecil abang Eusoff..zaman dahulu kala.. masih boleh baca dan geli hati pulak kenapa la abang panggil dengan perkataan ni.
Rere & abad
Guli :: rara

Abad = telur -waktu ni abang umur 3 tahun.

Terkini, panggilan telur abang bukan "abad" dah tapi "pat"..ye sampai sekarang umur 6 tahun.

Pat = telur






4 comments:

  1. salam...besar dah ha...lama xjenguk kat sini..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam...Tini..
    Dah besar dah.. 1 tahun 8 bulan sudaaa...

    Tini anak dah 2 juga kan...
    Lama tak dengar khabar.. :)

    ReplyDelete
  3. Ingat lg masa diana dtg umag kita..abg eusoff mmg pggil "pat"..haha..x sangka sampai skrg! Comel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... sampai sekarang pun Jaja..
      Rasanya Elyass pun nanti akan panggil "pat" sebab kami pun dah familiar ngan perkataan tu je dari dulu..

      Bila sebut telur.. Eusoff faham je sebab dah sekolah kan...cuma sebutan hari-hari kat rumah memang itu la dari dulu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015