Duduk kat rumah je seawal buka mata hingga la ke malamnya pula tanpa dapat menghirup udara segar luar rumah sangat la tak best. Saya yang tua ni pun rasa seperti itu, apatah lagi anak kecil seusia Elyass.
Sebab tu dalam jadual harian saya rasa perlu masukkan aktiviti jogging setiap petang. Berlari-lari anak mengejar Elyass.. dapat dua pusingan taman perumahan ni memang dah berpeluh satu badan. Elyass lagi lah berpeluh.. kejar cat.. kejar bird..sambil mulut bising jerit-jerit bahasa dia.
Datang angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa, nyaman rasanya. Rasa sihat dan segar.. Alhamdulillah.
Sambil-sambil menghirup udara segar..sambil-sambil mengeluarkan peluh.. sambil-sambil memperkenalkan Elyass dengan keindahan alam ciptaan Allah. Pokok, daun, kucing, burung, awan, air... dan banyak lagi apa yang nampak depan mata sepanjang berlari-lari anak tu. Sambil-sambil menunggu papa dan abang Eusoff balik dari kerja dan sekolah juga..
Banyak sambil-sambilnya..hihi
Elyass seronok... mama pun seronok sama..
Semoga mama konsisten dengan jadual yang mama dah buat.
Amin..amin..amin..
beriadah aktiviti sehat...moga konsistant ya kak...hehe
ReplyDeleteInsya Allah...
DeleteHarap-harap konsisten.. Kesian dak kecik ni kalau terkurung dalam rumah sepanjang hari.