Makan pagi, saya akan suapkan Elyass sekali sewaktu suapkan abang makan pagi sebelum ke sekolah. Biasanya memang akan masak nasi sebab abang adalah "budak nasi" biasanya masak nasi goreng.. ada-ada masa nasi putih berlauk.. Pagi, biasanya dia makan sikit je.. 3-4 suap je..agaknya sebab masih sangat pagi kan..
Gambar ni, waktu makan petang.. makan nugget. |
Dalam pukul 10.00 ~ 11.00 Elyass akan mintak biskut dan susu. Kat rumah memang kena ada je stok biskut.. kadang tak kira masa pun ke dapur sendiri dan tunjuk-tunjuk bekas biskut sambil bising mulut dalam bahasa dia. Berulang-ulang makan.. habis sekeping, ke dapur lagi minta sekeping lagi.. sampaikan kadang tu habis 4-5 keping. Suka sangat dengan biskut. Setakat hari ni, memang tak boleh takde biskut mery dan biskut tiger tu. Itu biskut favourite Elyass.
Sedap sangat sampai bolat mata Elyass...hahha |
Tengah hari Elyass akan makan nasi . Lauk yang paling dia gemar kalau mama masak ayam masak kicap atau ayam masak lemak. Sesenduk kecil nasi memang boleh habis. Kalau mood makan dia sangat-sangat bermood, dia boleh makan sampai dua senduk kecil nasi tu. Kalau mood ala-ala je... dah siap-siap sediakan nasi tu.. dia boleh eleng kepala taknak makan.
Waktu petang, kalau tak berikan dia biskut... ada masa buat cekodok manis, malas sikit mama goreng nugget je.. semua pun Elyass makan..
Makan malam, Elyass akan makan nasi sama-sama dengan abang dan papa sekali. Waktu ini selera dia memang berganda-ganda..sebab makan nasi saing kan.. tengok abang bertambah, dia pun hulur pinggan sekali nak tambah.. nak lawan abang makan. Padahal nasi dia semua pun ke lantai.. berapa biji sangat la masuk mulut pun.
Biasanya saya akan suap Elyass, baru lah dia akan betul-betul makan. Kalau tak dia bagi lantai je makan nasi-nasi tuu.. :p
Untuk makan Elyass, sedikit mudah berbanding abang.. Semua benda pun Elyass boleh makan.. tak memilih.. sayur pun dia boleh telan, kalau dah gaul-gaul dengan nasi. Macam abang, sayur sikit je.. dah muntahkan balik semua yang dia makan tadi. Lain anak-lain ragamnya..
Tolong mama hantar pinggan kat singki..Good job..good job.. |
Tolong mama hantar gelas kat singki.. Such a good boy! |
Duduk dengan mama seharian, memang saya akan suruh Elyass membantu apa yang dirasakan dia boleh buat. Hantar pinggan dan gelas ke singki.. (seperti gambar di atas), ambil air sendiri di mesin Coway (air saya dah siap-siap isikan dalam gelas), masukkan balik mainan-mainan yang dia main ke dalam box mainan balik... tolong mama lapkan air yang dia sendiri tumpahkan, kutip nasi-nasi yang jatuh di lantai selepas siap makan.
Semua tu...dia boleh buat bila disuruh..
Bukan nak mengarah-ngarah.. tapi nak ajar Elyass, boleh membantu mama apabila mama perlukan bantuan.. Orang kata, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya..
Kannnn...........
No comments:
Post a Comment