Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu... Seronoknya cuti kan... Dulu waktu bekerja, hari Sabtu dan Ahad memang hari yang sangat-sangat dinanti. Nak rehat puas-puas! Nak main ngan anak-anak puas-puas! Nak sediakan masakan yang special dari hari biasa yang best-best!... nak keluar jalan-jalan dengan suami dan anak-anak..nak gi tempat best-best!
Sekarang tak bekerja, perasaan sama juga tetap saya rasa. Tak ada beza pun.. tetap saya plan nak rehat santai-santai dengan suami dan anak-anak, nak habiskan masa bermain-main dengan anak-anak, plan juga nak masakkan masakan yang best sikit berbanding hari-hari biasa...
Lagi bertambah seronok sebab en.papa kata hari minggu, hari untuk mama berehat sepenuhnya.. sebab hari biasa mama dah penat uruskan Elyass, uruskan rumah tangga, uruskan makan minum suami dan anak-anak. en.papa pun dah plan nak jalan-jalan hujung minggu.... (Walaupun saya tak kisah sangat pun.. sebab hari biasa, saya cukup rehat dah sebenarnya).
Syukur Alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat memahami..
Apalagi nikmat Allah yang mampu saya dustakan?? Tiada......
Syukur dengan nikmat rezeki, nikmat diberikan suami memahami dan anak-anak comel, sihat, cergas, cerdas... nikmat keharmonian rumah tangga juga..
Alhamdulillah..
Yang pasti.. saya perlu terus positif dengan tugas seorang House Manager :)
Selit gambar curi dari abang Eusoff.. Guna hp mama pulak tu.. abangrazzi betul tauu dia ni..
:)