17 July 2013

Malaya Steamboat @ berbuka hari ke-8

Assalamualaikum...


Dah 5 hari berbuka dengan membeli di Bazar Ramadhan, 2 hari berbuka di Kampung Pahang, maka hari ini teringin sungguh nak berbuka di luar. Pujuk punyer pujuk, en.suami makan pujuk Alhamdulillah. Tekak teringin makan Steamboat. Tak nak makan jauh-jauh.. jadinya Malaya Steamboat Buffet Restoran, lokasinya di Sri Gombak aje yang menjadi pilihan. Ok la dengan harga untuk seorang dewasa RM26.70+, kanak-kanak 4-12 tahun RM10.50+. Masih lagi harga mampu bayar.

Ramadhan 1433H yang lepas, disini juga menjadi lokasi kami berbuka puasa beramai-ramai bersama abang-abang dan kakak-kakak ipar dan juga anak-anak buah:

Berbeza rasanya berbuka sekeluarga kecil kami bertiga, dengan berbuka beramai-ramai bersama mereka. Lagi happening masa berbuka puasa yang lepas. Sangat best. Bila la agaknya Ramadhan ini dapat kami berbuka bersama lagi... Masing-masing sibuk dengan urusan harian memasing, dengan kerjanya, anak sekolahnya. Dihujung minggu lak, banyak sungguh plannya. Rindu rasa ke anak-anak buah semua. 

Perancangan untuk bebuka puasa di kampung Terengganu beramai-ramai hujung minggu depan. Harap-harap tertunailah harapan ni.. Insya Allah.

Berbalik kepada cerita berbuka puasa, Sesampai di Malaya Steamboat, tak ada orang pun lagi. So, boleh la kami pilih meja yang paling strategik untuk kami bertiga. Dah tentu lah hujung-hujung, senang untuk kami yang ada anak kecil ni.


Keadaaan restoran yang bersih, dengan dekorasi yang simple dan menarik. Untuk kemudah bersolat disediakan satu ruang solat, boleh memuatkan dalam 5-6 orang dalam satu masa, tapi terpaksa berkongsi lelaki dan perempuan. Tak apa, itu tidaklah menjadi masalah asalkan ada tempat bersolat, sudah cukup bagus bagi saya. Sebab kalau makan buffet, tak seronok lak rasanya makan berkejar-kejar. Selesai berbuka dulu dengan segelas air, solat Maghrib dulu, dan lepas itu boleh la menikmati hidangan yang macam-macam ada itu.

Pilihan makanan di Malaya Steamboat ini boleh dikategorikan banyak jugak. Dari pilihan bahan-bahan steamboat itu sendiri, dan juga makanan buffet lain. Untuk hari ini, ada disediakan nasi goreng, nasi putih, telur rebus masak merah, ayam masak lemak nenas. Ada juga mushroom soup bersama garlic bread. Pilihan air juga banyak jenis, sejuk mahupun panas, ada ABC dan juga ais krim serta buah-buahan. Tidak dilupa kurma untuk dimakan diawal berbuka. 

Antara yang sempat di ambil gambarnya.. ni pun masa dah nak balik..

Kenyang, Alhamdulillah. Tertunai hajat nak makan steamboat. 

Licin.... =) Diana bertukar jadi Diani...haha..bolee laa..

Bagi kawan-kawan yang masih lagi mencari-cari tempat berbuka, mungkin boleh cuba di Malaya Steamboat Buffet Restaurant ini. mana tahu kene pada selera anda kan..... Pada saya makan di mana-mana waktu berbuka, memang selera aje.. kata lapar kan... =)

Tolong mempromosi.. beramal jariah di bulan puasa.. 

Selamat berpuasa hari ke-9!!




6 comments:

  1. Replies
    1. Best...sebab perut tengah lapar... =)

      Delete
  2. Replies
    1. Best... Tini kat kl eh? Jom ah kita buka puasa sama-sama... =)

      Delete
  3. wah...best la tak ramai orang lagi yer. saya tak pernah lagi berbuka kat luar so far. anak omak...sentiasa berbuka di sisi makabah. heh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya jadi bib... Leh tak kami tumpang jadi anak angkat emak bib? Hihihih.

      Rindu akak dengan masakan emak akak... Rindu sampai bila2..mmm

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015