Assalamualaikum...
Sudah 7 hari kita berpuasa hari ini. Alhamdulillah, semangat menyambut bulan yang mulia ini, masih lagi terasa hingga ke hari ke 7 ini. Insya Allah biarlah hingga ke penghujung Ramadhan. Ameen...
Masih lagi gigih bangun pagi-pagi menyediakan menu sahur en.suami. Biarpun menu yang sangat-sangat simple sahaja.. tapi itu lah azam saya di Ramadhan ini. Teringat Ramadhan tahun lepas, kadang kami bangun untuk minum air semata, sebab isterinya ni "tak rajin" nak masak. =p
Semoga tahun ini tahun yang semakin matang untuk saya.
Untuk berbuka pulak, hanya menu bazar Ramadhan sahaja menjadi pilihan setakat ni. Faktor balik kerja, kadang rasa letih berkejar lak nak melayan si nanak Eusoff, jadi pilihan kami terus ke Bazar Ramadhan sahajalah. Pilihan makanan, lauk pauk, jangan cakap ah banyak sungguh. Sediakan duit secukupnya dan main tunjuk-tunjuk sahaja lah. Tapi tahun ni nafsu membeli makanan terasa cam kurang sangat. Adakah sebab faktor usia..? Hahahaha...
Cuma balik kampung Temau, Pahang hujung minggu baru ni baru dapat merasa juadah yang fresh dari dapur. Dapat merasa juadah.air tangan Mak Ngah, Kak Long dan Kak Ngah.. terasa nikmat yang lain macam sungguh. Berbeza dengan masakan beli di bazar Ramadhan.
Tengok...bannnyyyakkk kan..? =) Gambar kredit to Kak Ngah Rohaiza |
2 kali berbuka di kampung, Sabtu dan Ahad malam, memang mewah dengan makanan berbagai-bagai. Macam-macam ada. Ada satu ni memang first time saya tengok cara pembuatannya. Kalau kat Terengganu glamer nasi kerabu. Tapi kat Pahang ni glamer ngan nasi ulam. Ooooo..... saya baru tahu ni..
En.suami kata sedap!
Sampai balik ke Batu Caves pun masih disebut-sebut sedapnya nasi ulam..
Saya tak dapat nak merasa kesedapan nasi ulam tu.... kecewess...
Selamat berpuasa hari ke 8 untuk semua!
Daaa..
mcam nk buat kenduri makanan...
ReplyDeleteAhli keluarga ramai.... confirmlah makanan kene banyak..hihiihih
DeleteAla-ala kenduri dah gayenye...=)