Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari ini sudah Ramadhan ke-4. Sekejap sungguh masa berlalu.. Tanpa tak sedar nanti tup..tup.. Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Masa tu banyak hati-hati akan merasa sedih tak terhingga takut tidak berjumpa lagi Ramadhan seterusnya.
Sumber : Google |
Sementara kita berada di awal Ramadhan, jom sama-sama kita menghayati dengan penuh kekusyukkan, ketawaddukkan, menginsafi segala kekhilafan, mengamalkan segala amalan baik-baik sahaja, yang mana di 11 bulan yang lalu kita terlepas mengamalkannya. Membuang jauh segala amalan-amalan buruk yang kadang ada yang sudah sebati dengan jiwa kita yang leka ini.
Insya Allah dengan memohon doa dari-Nya, bersangka baiklah dengan-Nya, agar Dia mempermudahkan segala amalan yang telah diniat untuk kita lakukan sehabis baik di Ramadhan ini berlangsung dengan jayanya. Biarpun kita menganggarkan apa yang dilakukan itu tidak 100% sempurna, namun nilai kesungguhan setiap amalan yang cuba kita lakukan itu, hanya Allah sahaja yang tahu nilai % nya.
Yang penting, kita cuba untuk lakukan sesuatu yang baik di Ramadhan, bulan penuh keberkatan ini. Semoga berkat Ramadhan ini juga, Allah membuka pintu hati kita untuk terus menerus melakukan amalan-amalan baik ini dibulan-bulan lain juga. Insya Allah...
Hari ni balik kampung Pahang, tak sabar nak sama-sama berbuka dengan keluarga dan sanak saudara. Terutama abah dan adik.. =) Balik kampung Temau rumah Mak Ngah dan Apak. Disitulah tempat kami sekeluarga kecil, berkumpul menumpang bahagia dan gembira setelah arwah emak tiada. Terima kasih Mak Ngah, terima kasih Apak.. Terima kasih kakak-kakak dan adik tersayang. Tanpa mereka, di manalah kami nak menumpang bahagia...
Ramadhan ke 3 tanpa arwah emak.. Walaupun tempoh 3 tahun realitinya satu tempoh yang sudah agak panjang, namun kenangan Ramadan bersama arwah di tahun 2009 tetap hijau diingatan. Arwah bersungguh-sungguh menyediakan segala hidangan berbuka; masak yang sedap-sedap walaupun tika itu arwah emak tidak lah sihat sangat. Betapa ikhlasnya seorang ibu memberikan yang terbaik untuk anak menantu.
Ramadhan 2010, merupakan bulan kesedihan dan kedukaan kami, tanpa sempat kami berbuka walau 1 hari dengan arwah, arwah jatuh sakit di bulan Ramadhan itu. Satu ujian yang amat getir bagi kami sekeluarga. Dengan waktu itu saya sedang sarat mengandungkan Khilfi Eusoff, ingin memberikan khidmat sehabis baik untuk arwah agak terbatas. Terasa ralat sangat-sangat memandangkan saya satu-satunya anak perempuan dalam keluarga kecil itu.
Ramadhan 2011 dan sehinggalah Ramadhan ini, kami lalui tanpa arwah.. Kami kehilangan sesuatu yang sungguh berharga. Kehilangan yang teramat nyata.
Al-Fatihah untukmu duhai emak.
Mengimbau kenangan Ramadhan lalu, terasa mata berkaca.. mengalir air mata tanpa sedar.
Rindu pada mereka yang telah tiada.. Rindu yang tak terungkap dengan kata-kata..
Lebih lagi di bulan yang mulia, Ramadahan Al-Mubarak!
terima kasih Na kerana sudi blk kg umah mak ngah n apak...anggaplah makngah n apak mcm mak Na,xsalah kita berkongsi kasih mereka....dari dulu kngah anggap azam,pezan n Na fmly kami....kita adik beradik dan 1fmly besar kan....
ReplyDeletexsedar airmata ini menitis menatap gmbr arwah maklong tersayang....kenangan bersama arwah masih segar di ingatan....AlFatihah buat maklong....
Terima Kasih Kak Ngah... =(
ReplyDelete