20 July 2013

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim Baitulhidayah Puchong, Selangor

Assalamualaikum...

Hari ini en.suami bawak berbuka puasa kat sini,


Sekali sekala dapat joint majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, rasa sedih hati... Begitu gembira dan  bermakna untuk mereka, dijemput berbuka puasa dengan hidangan makanan yang sedap-sedap, dapat pulak sumbangan duit dan barang-barang yang diberikan oleh Kelab Bermotosikal NSC Bikerz Clan tersebut. Semoga bukan hanya dibulan Ramadhan sahaja mereka gembira sebegini, tapi dibulan-bulan lain juga tetap mereka boleh tertawa, senyum gembira kerana masih ada orang yang mengingati  mereka dan memberi sumbangan-sumbangan yang sepatutnya untuk mereka.

Pengerusi Kelab Bermotor NSC Bikers Clan sedang mengagihkan
sumbangan kepada anak yatim

Sungguh kecil lagi mereka ini... Bagaimanalah erti Ramadhan untuk anak-anak yatim ini kan? Saya tak boleh nak fikir apa rasa mereka. Walaupun pada hakikat nampak gembira, seronok, berlari-lari ke sana ke mari.. tapi saya tahu di hati kecil mereka ada rindu yang tak mampu diungkapkan oleh kata-kata oleh mereka, betapa rindunya mereka pada keluarga, terutama ibu dan ayah. Rindu akan insan yang sudah pergi meninggalkan mereka ketika mereka masih lagi memerlukan perhatian dan kasih  sayang seorang yang bergelar ibu/ayah.

Tak leh nak cakap lebih...sebak rasa..

Yang bestnya, selesai ucapan dari pengerusi kelab tersebut, tinggal dalam 1/2 jam sebelum berbuka, anak-anak yatim ini berkesempatan membonceng motor berkuasa besar ini dan round-round sekitar kawasan Majlis Sukan Negara Bukit Jalil. Sungguh excited dan teruja mereka dapat merasa pengalaman yang tak pernah dapat mereka lalui ini. Pasti akan menjadi kenangan yang paling best dalam hidup mereka!

Apa juadah berbuka puasa hari ini?


Nasi beriani, kuih muih dan buah-buahan

Dan juga hidangan donut pelbagai perisa oleh Mamam Bakery & Cake. Sedihnyer belum sempat nak pergi ambil, donut dah habis... Laku betul! Tak merasa nak rasa.. =p 



Di majlis berbuka puasa ni, Khilfi  Eusoff baik-baik saje... cuma bila ada yang menegur cepat-cepat menyorok kat  mama dan papa. Ntah la... kadang terasa nanak ni anti sosial je. Susah nau bila berjumpa orang yang tak kenal.. Kat rumah bukan main bising mulut.. kat luar, lagi-lagi bila berjumpa orang yang dia tak kenal terus senyap  tak bersuara,  nak suruh salam pun susah... Memang patut hantar sekolah tahun  depan ni.. Bagi nanak bergaul dengan ramai orang, agar self confident  dia dikhalayak  ramai tinggi! Kan......?

Tapi kalau bab makan...confirm tak tolak.. Pastilah belum apa-apa dia yang berbuka dulu. Agaknya nasi beriani tadi kena dengan selera nanak.. Abis licin sesenduk nasi... Lapar agaknya.. Tu yang tak de feel nak beramah  mesra  tu kot..... =)



Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam ayat Al-Quran dan Hadis:

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”.

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil”

• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

• “Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)

• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.


Selamat berpuasa hari ke-12!


3 comments:

  1. Bestnya dapat join event macam ni.

    Anyway, Diana menang GA Jom Mengemas.
    Nanti sms nama, alamat dan no telifon ke 0196038353.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Wahh mama lynd!!! Excitednyer.. Alhamdulillah ada rezeki saya juga ye...hihih

    Nanti saya sms.. Tq..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015