03 July 2013

3 checklist terpenting untuk Khilfi Eusoff tahun 2013

Assalamualaikum...

Sudah melangkah ke bulan Julai.. Sekejap sungguh masa berlalu.

Dalam pada masa yang terus bergerak pantas.. sehingga tak terkejar rasanya. Banyak lagi  checklist yang perlu dilaksanakan untuk Khilfi Eusoff dalam tahun 2013 ini.


Antaranya:

Tidur asing dari mama dan papa. 
Saya pernah kongsikan di entry ini, Berusaha ajar nanak tidur bilik sendiri 
Masih dalam usaha angkat mengangkat setiap malam. Kekadang mama tertidur awal, maka tak berangkatlah nanak ke biliknya. Tapi masih tetap cuba dan terus mencuba. Dengan harapan nanak akan terbiasa dengan keadaan ini. Insya Allah.

Stop BF
Ini belum lagi ketemu cara yang berkesan. Bukan tak cuba, saya dah cuba macam-macam cara. Dari arwah emak masih ada, arwah dah nasihatkan untuk cuba stop BF. Saya penah cuba,  calitkan air dari batang kayu apa ke nama, airnya pahit sangat-sangat.. Tapi hasilnya, Eusoff tetap menyusu macam takde rasa apa. Memula tu cam ek ek ek.. 3,4 kali cubaan menyusu lepas, menyusu lepas... last-last menyusu tak lepas-lepas dah.. camne...?

Pernah letak bawang putih sesaja... Tetap boleh menyusu walau rasa cam tak best.

Pernah letak bawang putih campur minyak masak...sama...

Terbaru, saya  letak minyak cap kapak. Menangis gak la sebab rasa pedih mata.. Tapi lelama elok lak datang menyusu balik..

Pendek kata Eusoff bukanlah seorang yang cepat serik.. 
[Maksud perkataan serik adalah: hilang semangat / patah semangat]

Belom cuba lak letak sirap kat situ.. konon-konon cam berdarah. Kot la nanak tak nak dah lepas tu..=p

Camne eh..? Ada sesiapa ada idea  yang bernas lagi berkesan?

Stop pakai pampers
Ni pun satu hal lagi... jenuh memikir camne nak ajar Eusoff tak pakai pampers dah.
Nampak gaya kan.. nanak cam dah rimas ngan pampers, saya ada kongsi entry pasal ini, 

Ramai yang bagi pendapat PERLU  latih anak untuk tidak pakai pamper. Tidak boleh tidak, memang PERLU latih untuk tidak pakai pampers bermula dari rumah. Ok  saya faham...

Insya Allah dalam masa terdekat akan diusahakan!

Apa perlu saya buat :

-Untuk permulaan, train pada hari minggu, waktu di rumah sahaja.

-Hentikan pemakaian pamper

-Set alarm untuk setiap 1/2 jam, bawa Eusoff ke tandas.

-Mencari tikar kalis air untuk kegunaan tidur di waktu malam. Mana nak carik ni ye...?

Slowly-slowly bagitahu pengasuhnya untuk sama-sama buat apa yang dah dilatih dirumah. Harap-harap dengan latihan berterusan, dari rumah, ke rumah pengasuh dan balik rumah lak... nanak akan pandai bagitahu nak pee/poo.. hoho

Untuk rujukan bersama, entry ini berguna untuk ibu-ibu yang sedang mencari cara untuk melatih anak tidak memakai pampers seperti saya

Jom cuba! hoho...kuat..kuat..kuat..!

Itu je lah 3 checklist terpenting untuk di buat tahun 2013 ini. Tinggal lagi 5 bulan.. 
Kalau diajar  betul dengan caranya, Insya Allah cepat la Eusoff belajar.. Harap-harapnya...

Semua ini persediaan untuk ke sekolah tahun depan.. 
Anak bujang saya dah 4 tahun next year... =)





4 comments:

  1. nk prepare utk adik baru ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...takde la...

      Tapi kalo ada best jugak... :p

      Delete
  2. Salam Diana..
    Handsomenya anak bujang Diana.. nama pun sedap didengar.. Khilfi Eusoff.. moga jadi anak yang soleh & pintar ye Khilfi..

    re: pasal tempahan creampuff tu.. lokasi akak di PJ, Bandar Sunway... mcm jauh sikit jarak kita kan.. tak berbaloi kot order dgn akak.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah aunty Madiha..

      Semoga Eusoff menjadi anak soleh yang pintar...Ameen...

      Jauh eh..batu caves ke tempat akak..kempunan la saya...hihi
      Nanti la, kalau teringin jugak memang kene order..jauh pun jauh la...
      Rela aje saya pergi ambik...

      Boleh kak akak...?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015