07 July 2013

Sesi latihan Eusoff tanpa pampers

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam telah bermula sesi pembelajaran Eusoff tanpa pampers.. Semuanya berjalan lancar.

Semalam, sepagi kami ada hal di luar, jadinya sesi pembelajran adalah bermula lebih kurang pukul 4.00 petang.  Mujur Eusoff ok aje, pakaikan pampers  ok, tak pakaikan pun ok. Cuma dia ada rasa pelik tanpa pampers.. mungkin rasa... "ahhh, caye ase ebasshh..." hahahha

Mama nyer nih memang sungguh-sungguh bimbang dalam tempoh tu.. takut Eusoff terbuang yang kecil  mahupun yang besar. hahahha

Besar tu tak bimbang sangat sebab dari pagi dah 2 kali membuang... huhu ( ' __-)

Tempoh masa yang saya anggarkan, setiap 1/2 jam saya akan tanya, nak encing/yakyak tak...?

Respon Eusoff adalah ok, 

1-Dia jawab "na-nak" sambil ngiling-ngiling... - ok tak nak lagi la tuu..
2-Dian angguk..dan terus berdiri -ok bermaksud dia nak.. bukak seluar, dan terus berlari ke toilet..shiiii....shiiii.. sekali dua, terus la nanak encing.... owhhh.. senang, kalau dia beri kerja sama macam ni...hihihi

Ada situasi di mana jadi jugak macam ni..

3- Dia annguk, dan terus berdiri, sudah bukakan seluar terus berlari ke toilet.. mama shiii...shiii... sekali dua, tak keluar-keluar dan nanak cakap "udahhh".. hahhaha situasi ini adalah "mama terkena.." takpe lahhh..

Jom tengok anggaran masa untuk semalam.. Lebih kurang dalam setiap 1/2 jam.. betul!

06 Julai 2013
1. 04.45 pm
2. 05.30 pm
3. 06.15 pm
4. 06.58 pm
5. 07.48 pm
6. 08.50 pm
7. 10.20 pm

Pukul 08.50 hingga 10.20 tu jarak jauh sikit..tak tahu lah naper padahal itu dalam tempoh dia habiskan susu sebotol.. Selang 15 minit saya bertanya, tapi nanak tetap tak nak.

Lepas 10.30 nanak dah tidur dan saya dah pakaikan pampers. Masa tidur tak leh la nak kontrol kan. Jadinya tiba-tiba terbuang....lencun la kami bertiga... haru...

Esok Insya Allah mahu cuba lagi... dan hari-hari seterusya..cuba dan terus mencuba..
Cuma berfikir-fikir balik, sepanjang nanak di rumah pengasuh nanti macam mana..? Perlu ke saya bagitahu pengasuh tentang ini..? Pengasuh Eusoff ada jaga lagi 2 budak. Sorang sebaya Eusoff dan seorang 1 tahun lebih. Tak menyusahkan dia ke?

Rasanya jika latihan ini berterusan setiap hari mungkin Eusoff akan lebih mudah nak menyesuaikan diri berbanding jika di hujung minggu sahaja kan..?

Kawan-kawan yang dah ada pengalaman, mungkin boleh bagi pendapat, perlu ke saya bagitahu kepada pengasuh tentang hal ini...

Serba salah rasanya..



10 comments:

  1. bagusnya kak...goodluck kak. eusoff budak pandai mesti boleh punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene buat gak Bib, nak biarkan susah kalau tahun depan hantar sekolah betul. Teacher dah cakap masuk sekolah, perlu tanpa pampers dan botol susu..

      Kene gigih la mama papanyer ni Bib... =)

      Delete
    2. Ops...acount abg Azam plak... hihihi boleyyy la... ek? hihi

      Delete
  2. kan pasti boleh....kngah sbgi pengasuh ni Na,klu dah mak bdk2 ni ckp nak ajar xpakai pampers kngah ajar gak kat umah ni dan hasilnye Nana yg sebaya eusoff dah hampir sethn xpakai pampers...terkucir tu mmg ada tp kngah tegur la marah2 manja nk mengajarkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ngah...? Tapi tak sampai hati la Ngah nak bagi tahu pengasuh nak suruh dia ajar jugak kat rumah dia... Takut dia tak sempat nak tengok Eusoff lagi nak jaga 2 orang yang lain lagi...

      Bimbang lak mengotorkan rumah dia kalau Eusoff terrr....

      Haishhh... Tapi tak tanya, tak tahu kan Ngah...ntah2 pengasuh Eusoff pun tak kisah dan dia sangguh nak tolong jugak..

      Errkk..nanti ah...tengah cari kekuatan...hiihi

      Delete
    2. nnti Na cuba la tnya pengasuh leh x tolong ajar eusoff....klu dia ckp xleh xpe Na ajar kt umah dulu....

      Delete
    3. Ok Ngah...nanti saya cuba cakap..
      Harap-harap la pengasuh Eusoff tu ok..

      Tapi kalau dah tanya mesti dia takkan jawab tak nyer kan..
      hihihii.. Bimbang lak kalau sampai terpaksa..mmmm...

      Delete
  3. Che Mid pun belum mula buang diapers Deeja, dah 3 setengah tahun.. lamakan.. walaupun mulut becok tapi tak pandai beritahu lagi. Nampaknya Che Mid kena tiru cara Diana ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kita sama-sama cuba Che Mid... Kadang anak-anak ni bila ajar cepat je boleh ikutnya....

      Deeja sebaya Eusoff la rupanya ye...? Umur sedang-sedang elok nak ajar dah tu kan Che Mid..

      Jom sama-sama cuba, kalau Che Mid ada cara yang lagi berkesan, kongsi-kongsi la ngan saya ya?

      Sharing is caring.... Comel nama "Deeja"..=)

      Delete
  4. salam perkenalan.. senang nyer ajar potty train.. xtau la nnti cmne nk train anak juga ni.. senang-senang mehla jengok blog saya kuraisyah82.blogspot.com...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015