Assalamualaikum..
Sabtu lepas [10 November 2012] saya dan en.suami
berkesempatan jugak akhirnya, setelah menunggu dalam 1 tahun ni..apa-apa
aktiviti menarik dari Les’ Copaque Production. Sudah tentulah aktiviti
berkaitan UPIN & IPIN, watak karton kegemaran nanak. Alhamdulillah…dipenghujung
tahun ini, akhirnya adalah aktiviti yang boleh kami ikut serta. Itupun
nyaris-nyaris nak terlepas sebab tak tersedar ada program ini sehinggalah rakan
seoffice saya, Surya yang bagitahu…huhu.. Thanks Surya!!
Ok, mama dan papa yang terover excited
sebenarnya..hihih…biasalah… J
Seawal pagi kami dah bersiap-siap untuk ke sana…
Program yang berlangsung selama 3 hari, 09,10 & 11 November 2012, memberi
peluang kepada peminat-peminat cilik untuk mengenal UPIN & IPIN dan
rakan-rakan dengan lebih dekat lagi.. dan mengenali siapa pemilik suara
sebenar, Upin & Ipin, Kak Ros, Opah, Tok Dalang, Memey, Shanti, Jarjit, Mail,
Ehsan dan Fizi Selain dapat menyertai setiap aktiviti menarik yang dianjurkan dan
berpeluang memenangi baanyaaak hadiah menarik. Seronok bukan?
Sesampainya kami di Stadium Tasik Titiwangsa, satu
belon besar Upin dan Ipin menyambut kedatangan kami. Nanak dah tak keruan..tak
pasti pulak samada takut atau excited.. Tak nak diletakkan di bawah nak
berdukung aje memanjang… Mata tak beralih-alih dari belon besar Upin & Ipin
tuh… Kagum kot..untuk pertama kali dalam hidup dapat melihat Upin & Ipin
besar sangat tu… hihhihi…… J
Di pintu masuk, terdapat satu kaunter pendaftaran
sebagai ahli kelab Upin & Ipin. Sudah tentulah kami tidak akan melepaskan
peluang sebegini. RM15 dikenakan untuk keahliah sepanjang hayat. Tidak mahal kan? Hanya perlu melengkapkan satu borang maklumat diri dan kami mendapat
satu kad keahlian dan sebiji botol air Upin dan Ipin yang comel. Dengan ini
sahlah Khilfi Eusoff telah menjadi ahli kelab Upin & Ipin.. ~~Tepuk!~~Tepuk!~~Tepuk!~~
Tahniah diucapkan dari mama & papa!
Kedatangan kami disambut ramah dan senyuman manis
oleh petugas-petugas…. Baru lah seronok kan? Terasa diri kami dihargai…ngeeeeee…
Selain dari itu, Upin & Ipin serta kawan-kawan juga menyambut kedatangan
kami dengan senyuman dan penuh kegembiraan… [Sepanjang masuk terdapat banyak banting
dan banner mereka yang penuh warna-warni menyambut kedatangan kami] Nanak dah
start teruja dan menjerit-jerit memanggil Upin & Ipin..hihih Mama dan papa
tumpang seronok biler nanak mama nih seronok tau…. Itu yang kami harapkan..
Wah..ramainya orang yang meminati Upin & Ipin.
Penuh satu dewan yang besar tu.. Kat pentas utama dah ada aktiviti yang
berlangsung, ada ramai anak-anak kecil atas pentas bersama-sama dengan maskot UPIN
& IPIN. Seronok sangat nampaknya, bersoal jawab dan akhirnya dapat hadiah!!
Yahooo…. Bestnyer kalau nanak dah besar..boleh jugak menang hadiah!
Kami meronda-ronda booth yang terdapat di situ… ada
satu ruang khas untuk jualan barangan ekslusif Upin & Ipin. Tentulah barang
wajib beli kan.. Lagi-lagi terdapat barang-barang yang ada potongan harga. Jika beli diluar memang lah mahal sikit. So, kami ambil peluang
ini untuk beli apa yang best untuk nanak. Kalo ikut hati mahu beli semua sebab
semuanya comel-comel! Dan untuk saya, tentulah fridge magnetic dan key chain Upin & Ipin.
Betul…betul..betul! Kata Ipin… hihihi
Selain itu terdapat booth-booth menarik yang boleh
dikunjungi:
KPJ
[berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan ,mengetahui
program kesihatan yang dianjurkan di KPJ selain dapat mengetahui dengan lebih
jelas tentang KPJ itu sendiri (Fungsi dan peranan kepada masyarakat
sekeliling)]
Pos Malaysia
[boleh beli setem koleksi Upin & Ipin, dan
boleh juga meletakkan gambar muka sendiri ke dalam setem, boleh digunakan untuk
pos surat atau untuk dibuat koleksi sendiri]
TM Net
[terdapat promosi-promosi menarik dari TM seperti broadband
& Phone, Unifi, Autopay untuk pembayaran bill TM juga]
Boboi
[Terdapat koleksi barangan Boboi [Maharaja Lawak
Mega] seperti T-Shirt, botol minuman, majalah, casing hp dan banyak lagi yang
boleh didapatkan di sini]
Champs
Vitamin
[Pelbagai jenis vitamin untuk anak-anak dalam
membantu tumbesaran yang sempurna sesuai dengan moto Champs Vitamin itu sendiri
“Choice of Champions”
Karangkraf
[Terdapat pelbagai koleksi buku dan majalah dari
Karangkraf yang pasti akan memikat hati anak-anak dan ibu bapa juga]
Hong Leong
Islamic Bank Berhad
[boleh membuka akaun untuk anak kecil anda (Akaun Simpanan Junior-i), ataupun anda
sendiri dengan hanya serendah RM20 sahaja sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung,
dan berpeluang mendapatkan Button pin ekslusif dari Hong Leong Islamic Bank Berhad
dan Upin & Ipin yang sangat comel. Khilfi Eusoff juga tidak melepaskan
peluang untuk membuka akaun simpanan Hong Leong Islamic Bank ini! Jom menyimpan
dengan cara baru bersama Upin & Ipin sayang!
Selain daripada itu, aktiviti bersama yang terdapat
di karnival ini adalah:
Selamat
datang ke Dunia Upin & Ipin dimana ibu bapa berkongsi keriangan anak-anak
mereka.
Hanya dikenakan bayaran masuk serendah RM2.00, kita berpeluang untuk mengetahui tentang penubuhan Les’ Copaque, anugerah-anugerah
yang dimenangi sepanjang penubuhannya, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
sepanjang penubuhan, siapa dibelakang tabir Les’ Copaque itu sendiri, boleh
melihat dan merasai sendiri kegembiraan melawat rumah Opah, kak Ros, Upin &
Ipin. Ruang tamu, sudut membaca Upin & Ipin, Bilik tidur Opah, Bbilik tidur
kak Ros, & Bilik tidur Upin & Ipin. Dan tentulah tempat kak Ros masak
ayam goreng iaitu dapur! Yeayyyyyy…. Seronok tau..Best sesangat! Selain itu
terdapat permainan-permainan computer best yang boleh di cuba. Tidak
ketinggalan nanak kecil saya untuk bermain game. Sampai tak nak bagi peluang
kat orang lain. Dan aktiviti lain yang boleh dibuat di sini tentulah bergambar
sampai lebam! Hihhi..
Sesi bergambar
kenangan bersama UPIN & IPIN
RM25.00 untuk
sekeping gambar RM20.00 untuk harga ahli kelab Upin & Ipin. Takpi saya tak berkesempatan pun nak bergambar bersapa Upin & Ipin ni... Ramai sangat orang kot. Hanya 20 group untuk satu sesi memang tak sempat ar.. Gambar pulak siap selepas 1 jam.. Letih nyer nak menunggu...
Dah abis meround semua tempat, bergambar kenangan
tak hengat sampai lebam, nanak berjoget riang atas bahu papa mendengarkan lagu “Sahabat”
dan beberapa buah lagu baru lagi daripada Asyiela pemilik suara Upin & Ipin..
tibalah masa untuk pulang. Penat kot nak berjalan lagi sambil mendukung nanak
yang berat seguni beras tu…
Owh...jalan-jalan-jalan-jalan..., Eusoff jumpa kakak Mila, Ibu dan abah! [Surya & Asran]
So, perlulah meninggalkan jejak si karnival ini
kan..membuktikan Papa, mama dan Eusoff telah ke Karnival Upin & Ipin bagi
tahun 2012. Yeayyy……
Sebelum balik, sempat lagi beli ais krim Upin &
Ipin RM2.00 satu. Best….
Hasil tangkapan untuk Khilfi Eusoff..
Babai…