30 November 2016

Jadual cuti sekolah 2016

Assalamualaikum...

Esok, 1 Disember 2016. Abang Eusoff sudah cuti sekolah!!🎉🎊🎉

Pagi tadi kejutkan abang bangun ke sekolah.. boleh dia mintak esok je sekolah.. harini nak holiday mama... Seronok-seronok dia nak main tukar-tukar yee..

Harini hari terakhir abang dengan teacher dan kawan-kawan yang ada.. katanya tak ramai pun kawan-kawan..sikit je. Harini manfaatkan waktu bersama kawan-kawan ye.. nak gelak-gelak, nak kejar mengejar.. esok tak jumpa dah.. 


Jadual cuti sekolah abang, mama dah tampal kat pintu bilik. Hehe.. mama usaha takat mana termampu pastikan abang ikut jadual tersebut. Setakat mana dia nak... setakat mana dia boleh bertoleransi... 

Bukan nak paksa-paksa sangat pun.. sebagai guide line untuk dia je. Tahun depan nanti pun abang kena ikut jadual juga.. jadual kelas, kan..?

Jadi perlahan-lahan kenalkan dia pada jadual. Harap-harap biarlah dia belajar untuk "menuruti"......

Mama cuma ikhtiar. Mama akan cuba untuk konsisten setakat mana termampu.. untuk manfaat anak-anak mama.

Abang Eusoff ikut jadual, Elyass pun kene la ikut juga yee..😅

Gambar sekadar hiasan 😆



29 November 2016

Donut mini untuk majlis akhir tahun abang Eusoff

Assalamualaikum..

Makanan untuk majlis akhir tahun sekolah abang baru-baru ni mama order donut mini bergula je dengan kawan sekampung mama. Berkebetulan duduk berjiran di KL ni, jadi mudah la urusan.

Donut mini bergula ni sedap..👍👍
Lembut sangat.. walaupun dimakan bila dah sejuk. Sesuai untuk dijamu kepada anak-anak kecil sebab bentuk dia yang comel-comel..

Abang Eusoff excited sungguh nak bawa donut mini ke sekolah haritu. Dia pun cakap "Alaa....cuteenya mama.. donut ni.."




Suke senyum buat muka manis-manis abang Eusoff sekarang. Dah besar la katakan..... 😊
Ada yang nak cuba mengoder donut mini bergula atau kuih muih lain ke..? Area Ukay Perdana memang dia cover.. bantu promosi bisness kawan-kawan.. tak salah kan...😉


"Team masak dari hati"



28 November 2016

Nasi goreng kicap + pat

Assalamualaikum...

Harini abang Eusoff ke sekolah.. memanfaatkan masa-masa terakhir bersama teacher dan kawan-kawan yang ada. Tak lama dah.. 3 hari ni je.

Sebab untuk Disember, mama papa decide untuk tidak menghantar dah abang ke sekolah. Jadual cuti sekolah mama dah atur.... harap abang mudah la mengikut jadual tu.. 😅

Elyass seperti biasa, pepagi dah minta mor, tapi terputus pulak stok mor kali ni.. papa lupa nak beli.. dah mengamuk seround pun.. pepagi dah buat perangai yeee...

Mama biarkan je.. sesambil buat nasi goreng kicap + pat untuk menggantikan mor. Tetiba senyap jeee.. tengok-tengok elok menunggu mama masak kat pintu dapur. Siap hidang atas meja merah... terus duduk ngadap nasi. Lupa dah ke mor dia..😂😂



Menu sangat senang untuk dak kecik. Berselera Elyass makan.. tapi tak habis pun, banyak sangat agaknya nasi.. tapi pat habis licin..✌

Kekadang rasa kejam bila tak memujuk.. tapi kalo dipujuk makin melarat pulak dia mengamuk. Jadi lately ni mama biarkan dia mengamuk puas-puas dan lelama bila dah reda, baru mama peluk cium..

Tak sure la elok atau tak cara macam ni..😌





25 November 2016

Officially graduated!

Assalamualaikum....

Semalam abang Eusoff dah last day bersekolah untuk minggu ini. Harini mama papa cutikan abang sekolah dan minggu depan abang kena pergi lagi untuk ambil buku-buku dan luangkan sedikit masa bersama teacher sebelum berakhirnya November!

Mama pula yang sedih hati melihatkan post-post gambar dan video dari teacher dalam page fb. Abang Eusoff sangat seronok dan sungguh enjoy dengan kawan-kawan di hari jamuan akhir tahun.



Balik dari sekolah semalam, terus cari mama teruja nak tunjukkan apa yang dia dapat dari teacher. Mama yang tengah mamai-mamai dikejutkan masa tengah tidur waktu abang balik sekolah tu pun teruja sangat-sangat juga.. Rasa macam anak bawa balik ijazah dah rasa.. hihi


-Sijil tamat pembelajaran dengan file baldu merah
-Gambar abang pakai jubah convo dan memegang sekeping sijil.
-Gambar kelas
-Gambar berukuran pasport
-Fridge magnetic convocation 2016


Alhamdulillah officially tamat lah sesi pembelajaran abang Eusoff di Children Islamic Centre, Prima Samudera. 





24 November 2016

Sijil Anugerah dan Penghargaan :: Teacher CIC Prima Samudera

Assalamualaikum...

Sebab membayangkan November masih bersisa kurang seminggu pun lagi nak habis.. mama rileks je tak fikir apa hadiah abang Eusoff nak berikan untuk teacher-teacher CIC Prima Samudera. Minggu depan sempat fikir-fikir nak buat apa katanyeee sebelum betul-betul hujung bulan.

Tetiba, papa call pagi semalam (Rabu) bagitahu esok, Khamis (hari ini) akan diadakan majlis jamuan akhir tahun. Tak perlu pakai baju sekolah, tema fancy katanya.. kena bawa makanan untuk kawan-kawan juga (mama order donut mini je...)

Rupanya minggu ni dah minggu terakhir bersekolah. Patut la dapat banyak tempahan untuk cenderahati untuk cikgu-cikgu minggu lepas. Rupanya minggu ni kat mana-mana pun dah pakat buat majlis akhir tahun dah.. Mujur la tempahan-tempahan customer siap on-time! Tapi untuk abang Eusoff takde fikir nak buat apa-apa pula..

Terpaksa la fikir laju-laju apa benda la nak buat untuk abang berikan pada teacher harini. Yang tak perlu dihantar kedai/kilang untuk printing sebab dah sangat last minit.. yang tak susah untuk dapatkan dimana-mana, yang comel dan yang pasti biarlah yang sangat istimewa untuk dihadiahkan kepada teacher-teacher semua.

Akhirnya... terfikir untuk hadiahkan "Sijil Anugerah dan Penghargaan" untuk teacher dari abang Eusoff. Sijil yang ditandatangani oleh abang Eusoff sendiri dan diframekan! Gigih mama mendesign dan malam tadi juga mencari frame cun-cun itu.

Harap teacher suka.






===========================================================================

Teacher..
Memang selayaknya teacher DIANUGERAHI
Memang selayaknya teacher diberi PENGHARGAAN

Kerana jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik anak bangsa, sangat tinggi nilainya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian sehingga ke akhir hayat. Amin..

Teacher Aini
Teacher Wanie
Teacher Farah
Teacher Ila
Teacher Ika

Terima kasih atas segala-galanya dan maafkan silap dan salah Khilfi Eusoff.
Memori di Children Islamic Centre, Prima Samudera bersama kalian tetap di dalam hati Khilfi Eusoff selamanya..

-Mama, Papa & Eusoff-

===========================================================================








23 November 2016

Planning aktiviti cuti sekolah Eusoff

Assalamualaikum....

Selamat hari Rabu kepada semua..
Cuti sekolah sudah menghampiri... mama papa yang ada anak sekolah mesti dah plan macam-macam untuk anak-anak dimusim cuti nanti kan..? Melancong, balik kampung, bersunat, mengikuti program-program akademik berbayar dan banyaakkk lagi.

Bulan terakhir menyarung seragam CIC

Kami pun sedang memikir-mikir dalam tempoh sebulan nanti (Disember) apa aktiviti yang perlu dirancang untuk abang Eusoff.. biar seharian di rumah ada aktiviti berfaedah dibuat..bukan hanya mengadap tv semata dan weekend pula ada aktiviti yang boleh menghilangkan boring setelah seminggu duduk di rumah sahaja.

Rupanya begini "rasa" bila anak-anak nak cuti sekolah dan mama ada di rumah 24/7. Asyik fikirkan nak planning sesuatu yang paling baik untuk mereka. 

Sepanjang cuti sekolah nanti, mama berfikir-fikir untuk perelokkan lagi ejaan dan melancarkan lagi bacaan abang Eusoff.. rumi mahupun jawi (iqra'). Insya Allah..

Papa kata dah boleh buat jadual untuk abang. Biar dia belajar untuk berdisiplin dan mengikut setiap waktu yang telah ditetapkan.. belajar, tengok tv, mengaji dan bermain. 

Mama bimbang untuk mulakannya sebab mama "takut" abang tak boleh nak ikut jadual yang dah ditetapkan.

Buang jauh-jauh lahh perasaan itu... dan cuba je! Belum cuba belum tahu kan... Doakan saya ye semoga dipermudahkan...😊

22 November 2016

Persediaan persekolahan tahun 1 sesi 2017 :: Alat tulis

Assalamualaikum...

Kelengkapan sekolah yang besar-besar dah siap beli Sabtu lepas. Cuma tinggal lagi beberapa benda yang perlu dibeli lagi.. tapi kena tunggu sekolah bagitahu dah ada stok. So yang itu.. masih pending.

Semalam... papa balik dari kerja, ajak selesaikan barang-barang alat tulis abang pulak. Bukan banyak pun... nak cari benda-benda basic je.. cari yang murah-murah.

Excited nye abang.. semua benda pun nak pokemon. Sebab tak semua alat tulis pun ada yang pokemon.. jadi mana ada je laa.. mujur la dia tak kisan..

"Boleh la mama...boleh..boleh..."

Jawab dia bila mama bagi pilihan.. "yang ini boleh tak abang? ok juga ni....."

Mujur boleh bertolak ansur ye.. kalo tak boleh mahunya jadi singa mama...😅

Teringat sewaktu majlis suai mesra tempoh hari, guru besar berpesan.. jangan beli alat tulis yang terlalu canggih/mahal/rare... sebab tak semua ibu bapa mampu belikan untuk anak-anak. Bimbang bila teringin.. terambil pula kawan punya. Anak-anak balik sekolah cakap barang ini hilang.. barang itu hilang.. dah emosi mama papa tak stabil.. Jadi belikan sahaja alat tulis yang biasa-biasa saja.

Ye.. memang betul apa cakap guru besar tu.. Sangat setuju!


Dalam gandaan dua..

1. Kotak pensil
2. Pensil warna
3. Pembaris
4. Pemadam
5. Penggorek
6. Gam
7. Pensil 2B
8. Pembalut buku latihan
9. Set pensil picit (pakej sekali pensil warna)

Cukup la kan...? Alat tulis untuk masuk darjah satu ini la saje kan...? ke ada lagi eh? Puas fikir dah semalam kat kedai stationery tu... rasa takde apa dah....😁





21 November 2016

Sarapan pagi ayam goreng

Assalamualaikum....

Lama tak bercerita Elyass di meja merah..😊

Dua, tiga minggu ni.. Elyass macam tak berselera dengan nasi. Kalau bagi nasi dengan ayam dan pat (telur), semua habis..kecuali nasi je tak luak sangat. Entah la kenapa.. kalu disuap, dia muntahkan balik.

Tak bimbang sangat pun, sebab menda lain..semua pun dia makan je. Confirm dia memang kenyang tu!

Sekarang favourite Elyass ayam goreng. Dapat seketul peha ayam.. senyap sunyi dia mengadap tak pandang kiri kanan.. sampai licin tinggal tulang.

Arini papa belikan nasi lemak lauk ayam seketul. Ayam habis licin.. tapi nasik tak luak langsung.. Dia ngeleng bila beri ayam dan nasi. "Nanak tuu" sambil ngeleng-ngeleng tunjuk kat nasi.

Elyass di meja merah breakfast peha ayam seketul. 




20 November 2016

Persediaan sesi persekolahan tahun 1 2017 :: Kelengkapan Persekolahan

Assalamualaikum..

Belum cuti sekolah pun lagi... tapi kami merancang untuk awal-awal selesaikan dulu kelengkapan persekolahan abang untuk tahun satu, 2017. Dijangkakan papa mungkin akan sibuk bermula Disember hingga la ke Mac tahun depan.. jadinya siap-siapkan dulu mana yang patut dan termampu siapkan.

Selepas selesai Majlis Hari Suai Mesra Tahun satu 2017, semalam.. kami terus dengan misi mencari barang kelengkapan sekolah abang Eusoff. Ke Wangsa Walk dan Aeon Big Wangsa Maju je... Dekat dari rumah.

Macam tahun lepas sewaktu membeli kelengkapan persekolahan abang untuk 6 tahun.. ceritanya: Persediaan sesi persekolahan 2016 :: Kelengkapan persekolahan, tahun ini pun rasa terkejut dan sedih gak dengan harga barang-barang sekolah. Mahalnye :) Mungkin tiap-tiap tahun pun bakal terkejut agaknyee...hihi

Tapi itu lah hakikat yang terpaksa dihadam oleh mama-mama dan papa-papa semua. Redho aje la sambil membeli.. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua, semoga berapapun jumlah yang dikeluarkan untuk tujuan anak-anak "menuntut ilmu berguna" ini, akan dirahmati hendaknya dan semoga Allah memberikan kita anak-anak yang cerdik pandai akalnya dalam menuntut ilmu.. Insya Allah..


Itu sahaja antara kelengkapan sekolah yang dah dibeli untuk tahun 1 sesi 2017 nanti:

1- Bag 2 biji (Untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama)
2- Kasut 2 pasang
3- Stoking 3 pasang
4- Baju putih dan seluar biru 3 pasang (sekolah kebangsaan)
5- Baju dan seluar baju melayu putih dan sampin merah 2 pasang (sekolah agama)
6- Jam tangan

Itu sahaja dulu untuk kelengkapan besar-besar.. 

Masih ada yang perlu dibeli:
-Kelengkapan alat tulis
-Buku rampaian/ buku tulis (beli di sekolah)
-Lencana (beli di sekolah)
-Tali leher (beli di sekolah)
-Baju transisi (beli di sekolah)
-Seluar sukan (beli di sekolah)

Besar dah kamu wahai abang. terasa baru menulis pasal abang sudah bersekolah 3 tahun lepas... ceritanya di sini : Khilfi Eusoff dah bersekolah :) Sekarang dah nak melangkah ke tahun 1 dah pun. Cepatnya masa berlalu..........







19 November 2016

Live :: Hari Suai Mesra Tahun satu 2017 (SKLK)

Assalamualaikum...

Bersiaran secara langsung dari sekolah rendah abang Eusoff untuk Hari Suai Mesra Tahun satu 2017, Sek Kebangsaan Lembah Keramat.



Sehabis baik stabilkan mood abang Eusoff pagi ni.. dan ulang-ulang cakap abang Eusoff dah big boy dan abang good boy.. Senyum melerek dia...

Alhamdulillah emosi stabil.

Sesampai di sekolah sedikit terkejut dan teruja dia bila tengok ramai kawan-kawan yang sama macam dia menggalas bag sekolah.. berkasut.. dan semua pun diammm je.... muka ketat belaka..hihi..
Yang happy go lucky pun ada je☺


Apa yang mama takut..... tak berlaku pun... abang nampak sangat rileks je.. boleh beratur dalam barisan bersama kawan-kawan mengikut nombor bilik sebelum masuk ke kelas untuk ujian.


Sempat menitip nasihat terakhir untuk abang, "jawab elok-elok soalan ye sayang... mana yang tak tahu..cuba-cuba tanya cikgu.. kot la cikgu baik nak tolong.. Abang good boy.. and abang can do it!"

Abang angguk dan senyummmm...😊



Mama papa dan adik Elyass masuk dewan untuk taklimat.

Abang dah masuk kelas dah. Mama tarik nafas panjang-panjang... redha atas apa sahaja kemampuan abang Eusoff menjawab soalan. Bukan nak ambik exam UPSR pun... sekadar penentuan kelas cuma.

Hari ni seharian urusan untuk persekolahan abang je. Lepas siap urusan pagi ini, terus nak mencari barang-barang sekolah abang untuk sekolah rendah dan sekolah agama.

☺ Ada emak ayah yang macam saya, menghadiri majlis suai mesra tahun satu 2017 untuk anak-anak?? Saya doakan semoga dipermudahkan urusan. 

Insya Allah.

18 November 2016

Ubat cacing untuk Elyass!

Assalamualaikum...

Usia Kashfi Elyass sudah menginjak 2 tahun 3 bulan. Masa untuk makan ubat cacing!! Nyaris-nyaris terlupa nak berikan Elyass ubat cacing ni. Malam tadi ke farmasi cari ubat mama, tetiba terpandang pula ubat cacing ni.. terus ambil satu!


Bahaya kalau tak membendung perihal jangkitan cacing ni sebab ia adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus atau organ tubuh.

Elyass pula sekarang ni memang tengah aktif.... waktu makan kalau mama papa terlepas pandang, terus ambil makanan cepat-cepat masuk mulut.. tanpa sempat mama papa hantar dia ke singki basuh tangan dulu. Makanan yang makan beli diluar pun, bimbang tak dimasak sempurna.. dan macam-macam lagi la yang boleh menyebabkan kewujudan cacing dalam badan anak-anak kecil ni.

Antara simpton-simpton yang disebabkan oleh cacing dalam tubuh:

-Pucat akibat anaemia (kekurangan darah merah)
-Cepat rasa lemah dan letih
-Kurang selera makan
-Abdomen kembung (Perut)
-Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur

Bila di kaji dan perhalusi simpton-simpton di atas... Alhamdulillah..Elyass takde lagi simpton-simpton tersebut. Jadi elok lah mencegah dari mengubati kan.

Makan le dulu ubat ni ye Elyass... Insya Allah sihat..


Waktu beli ubat malam tadi, memang tengah mendukung Elyass. Dia tengok je mama tengah pilih ubat cacing. Ada dua pilihan... antara syrup dan tablet. Saya ambil tablet sebab dah plan konon-konon itu adalah "gula-gula".. Sebab Elyass makin susah nak makan ubat sekarang ni.

Tanya dia, "Eyash nak gula-gula..?"

Terus dia jawab, "Nak..." dan ambil kotak kat tangan mama.. Masuk kereta terus tunjuk kat abang Eusoff dia ada gula-gula. Satu hal nak terangkan kat abang Eusoff pasal "gula-gula" Elyass tu. Dalam kereta abang joint sekali bagitahu Elyass, "gula-gula tu sedap adik...." hihi

Sampai rumah, Elyass terus minta nak makan...




Alhamdulillah.. memang abis sebiji "gula-gula" dia gigit dan kemam. Mudah sungguh makan ubat kali ni...hihihi

Bila tanya sedap tak?
Dia senyum dan angguk... :) apa taknya.. perisa pisang dan vanilla, tentu la sedap..



15 November 2016

Angkut bekas "mor" dah pepagi..

Assalamualaikum...

Selamat pagi Selasa!!!!!!


Kawan-kawan mama semua dah breakfast?

Elyass tengah breakfast ni.... favourite tiap-tiap pagi adalah mintak.. "mor"

Owh..sebelum ni pun pernah cerita pasal "mor" ni.. rajin-rajin jom la baca..😊

Mor..mor..? Apa tuuuuu???


Pagi-pagi dah masuk dapur mengangkut bekas bagi mama tolong ambilkan.. mama baru lepas vacum karpet sapu lantai rumah la sayang oiii..hehe

Kerja vacum/sapu sehari berkali-kali! Setiap masa pun dak kecik ni nak mengemor jadi berabuk di mana-mana pun.. mama kena rajin la.. kalau datang mood malas.. kena tahan la habuk-habuk "mor" kat carpet ngan lantai tuuu....


Cedapnya "mor".. tak dapat nasi pun takpe asalkan stok "mor" sentiasa ada. Kalau terputus stok.. bertahan la nak mengadap dia mengamuk cari "mor" kat dapur.




10 November 2016

Hari Suai Mesra Ibu Bapa dan Murid tahun 1 2017

Assalamualaikum...



Sampai dah surat yang tengah ditunggu-tunggu untuk abang Eusoff..

HARI SUAI MESRA IBU BAPA DAN MURID TAHUN 1 2017.

Hari itu juga la nanti akan ada ujian untuk penentuan kelas.. jangan abang Eusoff perangai macam-macam sudah laaa..😅 

Haishh.. debaran kian terasa.. mama Eusoff memang melebih-melebih emosinya..😉
Harapnya semua ok-ok la hendaknya...


08 November 2016

Best friend forever đŸ‘Ŧ

Assalamualaikum....

Berakhir sudah hari-hari yang memang ditunggu-tunggu... 

Pok De kami dah kahwin!! Yeayyyyy... kami dah ada "Che De"

2-3 hari berkampung di Melaka... anak-anak bukan main seronok bersama sepupu-sepupu.. Mama papa tengok pun terasa penat!

Harini back to normal life...
Abang dah sekolah dah... papa ambil cuti rehat sehari lagi.. meregangkan otot-otot...

Gambar 2 beradik pagi ni sebelum abang ke sekolah.. nampak macam best friend forever kan..? hahha memang pun.. cuma reatilinya memang ada jugak la part gusti.. siku.. dan kaki..😄


03 November 2016

Hantaran perkahwinan simple tapi sweet

Assalamualaikum....

Hari ni kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Cuti-cuti Malaysia.. Err... itu bukan tujuan utama sebenarnya. Kami menghantar rombongan perkahwinan, adik menamatkan zaman bujang dengan orang Melaka, 05/11/2016. Seronoknya tengok orang nak kahwin.. terimbau kenangan dahulu kala sewaktu nak mendirikan masjid. "Rasa" dia memang lain macam.. Sekarang dah berEusoffdanElyass dah punnn..... Alhamdulillah laa. Semoga Allah memberkati dan merahmati rumah tangga kami.

Saje je seronok-seronok nak simpan disini gubahan hantaran hasil keras kejung tangan untuk adik ipar berikan pada isteri. Harap-harap tuan hantaran suka la ye.. 








Berkonsep simple tapi nak nampak elegant, jadi kita guna warna hitam, cream, kelabu dan campur sikit merah. Minimumkan penggunaan hiasan, cukup sekadar bunga dan sekeping kad penyeri hantaran.

Cehhhhhh.. penjelasan macam pakar jeee.. hihihhii

Share sini untuk perkongsian..mana tahu ada yang sedang mencari-cari idea kan..?

Doakan kami selamat sampai Melaka dan semoga majlis perkahwinan berjalan lancar. Insya Allah..


02 November 2016

Kemana perginya KUNCI???

Assalamualaikum...

Sepagi duduk di SOHO mengadap kerja yang masih tak sudah... tengah hari meneliti pula kerja-kerja rumah hingga selesai menjelang petang sambil-sambil melayan si kecil sorang.

Kashfi Elyass sudah keboringan.. menangis-nangis minta keluar rumah. Lepas Asar, siap-siap nak keluar... dah keluar pintu kayu.. grill berkunci.

Masuk rumah balik mencari-cari segugus kunci.. Dah sudah.... mana pergi KUNCI????? Abis cari satu rumah..  dengan Elyass sekali pun mencari..

Give up dah..! Yang pasti kunci memang ada tapi tak tahu letaknya di mana.

Tanya Elyass dia buat muka berfikir je..! Agaknya cuba ingat-ingat dia pernah ke main-main dengan kunci yang mama cari.

Dah tak larat mencari.. sambung tengok tv.., Elyass lak sambung merengek tak henti.. nak keluar juga sangat-sangat dah..

Terfikir nak cari dalam bilik anak-anak.. dalam bekas-bekas mainan... sekali goncang kenderaan-kenderaan, berkerincing bunyi kunci. 





Patut ta tak jumpa cari serumah.. dia sumbat kunci dalam traktor. Kalo tak goncang tadi memang tak jumpa la kunci.

Ada rezeki Elyass keluar jalan-jalan arini. Cuaca pun elok arini...
Lain kali jangan main-main kunci mama lagi..

Mama babab nanti!



01 November 2016

Lagi 2 bulan je.. boleh guna lagi ni... :)

Assalamualaikum...

Asyik-asyik cerita adik je mama tulis untuk memori disini. Cerita abang jarang-jarang ada.. Sebab abang seharian sekolah. Adik seharian dengan mama..memang cerita adik je la lebihnya.. :)

Ok.. harini cerita abang.

Pagi tadi pakaikan sock untuk abang sewaktu nak ke sekolah. Dah berlobang! Pakaikan semalam masa nak gi sekolah masih elok je lagi... tengok-tengok harini berlobang sebesar peumbuk abang dah.. fuhhhhh.. macam mana buat pun entah laaa.. Nak tukarkan sock lain, dia tetap nak pakai sock tu jugak.. "Takpe la mama... takpe..takpe..." Dalam hati, terdetik juge.. kalo mama sock macam ni konfirm dah tak selesa.. Balik karang mama jahitkan ye.. Lagi 2 bulan je pun dah nak abis tahun 2016. Nanti nak masuk darjah satu, mama beli sock baru. 



26hb November anak-anak dah start cuti sekolah dah pun.. tak sampai sebulan je lagi dah kan? Abang Eusoff tetap akan ke sekolah macam biasa untuk Disember ni, sebab ambilkan dia "Package Zamrud" dan abang kena ke sekolah berpakaian sekolah lengkap juga. Biar dia belajar reading lebih dengan teacher sambil mama dan papa pun, pulun tiap-tiap malam ajar abang reading Jawi dan Rumi. Progress reading abang setakat ni, Alhamdulillah... ada perkembangan positif sejak akhir-akhir ni.

Mama excited dengan kemampuan abang.. Slowly but surely!! 


Dalam November/Disember ni juga abang ada peperiksaan di CIC dan peperiksaan di sekolah keb untuk penentuan kelas bagi tahun 1, 2017. Harap ok lah dia nanti tu...

Tepek sini video untuk persembahan hari convocation abang 05 November 2016 nanti. Namun sedihnya..sebab abang tak dapat ikut serta sebab sama tarikh pulak dengan majlis perkahwinan Pok De Eusoff dan Elyass. Takpe laa.. nanti tengok update fb CIC saje la untuk majlis convo tu..

video

Mama/Papa minta teacher bagi abang joint latihan persembahan..sebab excited dia balik sekolah mesti buat persembahan kat mama, papa dan Elyass pulak..

Love you abang <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015