24 November 2016

Sijil Anugerah dan Penghargaan :: Teacher CIC Prima Samudera

Assalamualaikum...

Sebab membayangkan November masih bersisa kurang seminggu pun lagi nak habis.. mama rileks je tak fikir apa hadiah abang Eusoff nak berikan untuk teacher-teacher CIC Prima Samudera. Minggu depan sempat fikir-fikir nak buat apa katanyeee sebelum betul-betul hujung bulan.

Tetiba, papa call pagi semalam (Rabu) bagitahu esok, Khamis (hari ini) akan diadakan majlis jamuan akhir tahun. Tak perlu pakai baju sekolah, tema fancy katanya.. kena bawa makanan untuk kawan-kawan juga (mama order donut mini je...)

Rupanya minggu ni dah minggu terakhir bersekolah. Patut la dapat banyak tempahan untuk cenderahati untuk cikgu-cikgu minggu lepas. Rupanya minggu ni kat mana-mana pun dah pakat buat majlis akhir tahun dah.. Mujur la tempahan-tempahan customer siap on-time! Tapi untuk abang Eusoff takde fikir nak buat apa-apa pula..

Terpaksa la fikir laju-laju apa benda la nak buat untuk abang berikan pada teacher harini. Yang tak perlu dihantar kedai/kilang untuk printing sebab dah sangat last minit.. yang tak susah untuk dapatkan dimana-mana, yang comel dan yang pasti biarlah yang sangat istimewa untuk dihadiahkan kepada teacher-teacher semua.

Akhirnya... terfikir untuk hadiahkan "Sijil Anugerah dan Penghargaan" untuk teacher dari abang Eusoff. Sijil yang ditandatangani oleh abang Eusoff sendiri dan diframekan! Gigih mama mendesign dan malam tadi juga mencari frame cun-cun itu.

Harap teacher suka.






===========================================================================

Teacher..
Memang selayaknya teacher DIANUGERAHI
Memang selayaknya teacher diberi PENGHARGAAN

Kerana jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik anak bangsa, sangat tinggi nilainya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian sehingga ke akhir hayat. Amin..

Teacher Aini
Teacher Wanie
Teacher Farah
Teacher Ila
Teacher Ika

Terima kasih atas segala-galanya dan maafkan silap dan salah Khilfi Eusoff.
Memori di Children Islamic Centre, Prima Samudera bersama kalian tetap di dalam hati Khilfi Eusoff selamanya..

-Mama, Papa & Eusoff-

===========================================================================








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015