Selamat hari Rabu kepada semua..
Cuti sekolah sudah menghampiri... mama papa yang ada anak sekolah mesti dah plan macam-macam untuk anak-anak dimusim cuti nanti kan..? Melancong, balik kampung, bersunat, mengikuti program-program akademik berbayar dan banyaakkk lagi.
Bulan terakhir menyarung seragam CIC |
Kami pun sedang memikir-mikir dalam tempoh sebulan nanti (Disember) apa aktiviti yang perlu dirancang untuk abang Eusoff.. biar seharian di rumah ada aktiviti berfaedah dibuat..bukan hanya mengadap tv semata dan weekend pula ada aktiviti yang boleh menghilangkan boring setelah seminggu duduk di rumah sahaja.
Rupanya begini "rasa" bila anak-anak nak cuti sekolah dan mama ada di rumah 24/7. Asyik fikirkan nak planning sesuatu yang paling baik untuk mereka.
Sepanjang cuti sekolah nanti, mama berfikir-fikir untuk perelokkan lagi ejaan dan melancarkan lagi bacaan abang Eusoff.. rumi mahupun jawi (iqra'). Insya Allah..
Papa kata dah boleh buat jadual untuk abang. Biar dia belajar untuk berdisiplin dan mengikut setiap waktu yang telah ditetapkan.. belajar, tengok tv, mengaji dan bermain.
Mama bimbang untuk mulakannya sebab mama "takut" abang tak boleh nak ikut jadual yang dah ditetapkan.
Buang jauh-jauh lahh perasaan itu... dan cuba je! Belum cuba belum tahu kan... Doakan saya ye semoga dipermudahkan...😊
No comments:
Post a Comment