22 November 2016

Persediaan persekolahan tahun 1 sesi 2017 :: Alat tulis

Assalamualaikum...

Kelengkapan sekolah yang besar-besar dah siap beli Sabtu lepas. Cuma tinggal lagi beberapa benda yang perlu dibeli lagi.. tapi kena tunggu sekolah bagitahu dah ada stok. So yang itu.. masih pending.

Semalam... papa balik dari kerja, ajak selesaikan barang-barang alat tulis abang pulak. Bukan banyak pun... nak cari benda-benda basic je.. cari yang murah-murah.

Excited nye abang.. semua benda pun nak pokemon. Sebab tak semua alat tulis pun ada yang pokemon.. jadi mana ada je laa.. mujur la dia tak kisan..

"Boleh la mama...boleh..boleh..."

Jawab dia bila mama bagi pilihan.. "yang ini boleh tak abang? ok juga ni....."

Mujur boleh bertolak ansur ye.. kalo tak boleh mahunya jadi singa mama...😅

Teringat sewaktu majlis suai mesra tempoh hari, guru besar berpesan.. jangan beli alat tulis yang terlalu canggih/mahal/rare... sebab tak semua ibu bapa mampu belikan untuk anak-anak. Bimbang bila teringin.. terambil pula kawan punya. Anak-anak balik sekolah cakap barang ini hilang.. barang itu hilang.. dah emosi mama papa tak stabil.. Jadi belikan sahaja alat tulis yang biasa-biasa saja.

Ye.. memang betul apa cakap guru besar tu.. Sangat setuju!


Dalam gandaan dua..

1. Kotak pensil
2. Pensil warna
3. Pembaris
4. Pemadam
5. Penggorek
6. Gam
7. Pensil 2B
8. Pembalut buku latihan
9. Set pensil picit (pakej sekali pensil warna)

Cukup la kan...? Alat tulis untuk masuk darjah satu ini la saje kan...? ke ada lagi eh? Puas fikir dah semalam kat kedai stationery tu... rasa takde apa dah....😁





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIANA SAILA
Designed by UMIESUEstudio 2015