Esok, 1 Disember 2016. Abang Eusoff sudah cuti sekolah!!🎉🎊🎉
Pagi tadi kejutkan abang bangun ke sekolah.. boleh dia mintak esok je sekolah.. harini nak holiday mama... Seronok-seronok dia nak main tukar-tukar yee..
Harini hari terakhir abang dengan teacher dan kawan-kawan yang ada.. katanya tak ramai pun kawan-kawan..sikit je. Harini manfaatkan waktu bersama kawan-kawan ye.. nak gelak-gelak, nak kejar mengejar.. esok tak jumpa dah..
Jadual cuti sekolah abang, mama dah tampal kat pintu bilik. Hehe.. mama usaha takat mana termampu pastikan abang ikut jadual tersebut. Setakat mana dia nak... setakat mana dia boleh bertoleransi...
Bukan nak paksa-paksa sangat pun.. sebagai guide line untuk dia je. Tahun depan nanti pun abang kena ikut jadual juga.. jadual kelas, kan..?
Jadi perlahan-lahan kenalkan dia pada jadual. Harap-harap biarlah dia belajar untuk "menuruti"......
Mama cuma ikhtiar. Mama akan cuba untuk konsisten setakat mana termampu.. untuk manfaat anak-anak mama.
Abang Eusoff ikut jadual, Elyass pun kene la ikut juga yee..😅
Gambar sekadar hiasan 😆 |